Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Monday, September 14, 2009

13 : Kerepek Gunting

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2...)
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Caranya:
  • Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
  • Tuang bahan kisar kedalam tepung
  • masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
  • Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
  • Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
  • Kemudian canai nipis2...& panjang
  • taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
  • potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
  • ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
  • pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma)
  • Bila dah garing angkat dan sejatkan
  • Siap untuk dimakan
resepi credit to : here

Tapi kalo malas...beli jer :) ngan niza...

Entry adalah dicilok dari SINI.

Untuk tempahan sila hubungi owner blog ni yer :)
Raya dah nak dekattt ni kannn... Apa juadah korang raya ni haa?? Aku nk beraya umah korang nihh...hehe

Biskut raya? Ketupat? Dodol?? Ooohh itu semua hidangan biasa di hari raya..

Meh aku nk promote sikit hidangan istimewa di hari aidilfitri korang....Bukan takat time raya ja boleh makaannn, nak makan lani pun bulehhh.... tapi lepas buka pose lerrr...

Ex-schoolmate aku mintak tolong la aku promote kan kerepek gunting mak dia buat...aku panggil mak dia mak aji..hahaha

mmg marveless laaahh cakap luu....

Dah kekdahnya orang tua-tua yang membuat.. mengadun tepung, menguli tepung, gunting satu-satu, menggoreng sumaaa nyaaa tradisional wehh demi menjaga kualiti kerepek gunting diaa....

Special import dari Kedah nun.. rangup dan sangat 'addicted'.. makan sekali nak lagi nak lagi...

Cepat-cepat weh mai beli kasi test satuu.. dijamin puas hati...

Harga RM13 untuk sebungkus.... berbaloi baloi...

Zaman la ni tak dak orang rajin nak gunting-gunting bagai kott... siap letak daun kari bagi wangiii...



Mari mari semuaaa mai beli.. Sapa nak roger2 la aku.... dan untuk warga UiTM, mai la jenguk kat Unit Dokumen ni haa... mcm tak tau pulekkk....:p



Sekali cuba pasti nak lagiiii..

Kerepek Gunting Mak Aji
RM 13 12 / bungkus

Mai beli la ni jugakk!!!!!!

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss