Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Wednesday, February 10, 2010

Info 28:Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.
Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih.

Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. 

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
 
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

6 sedang makan:

Unknown said...

emm, bagus sgt2 tips ni...nice info...

nazihahisa said...

perhhhh dahsat...

Ad said...

ops...ooo...alamak...saya selalu amalkan x buka tingkap...

zella y said...

info yg amat berguna bg semua yg ade kereta n juga yg blum ade kereta...
;)

MIRWAN MUHAMMAD said...

saya sentiasa amalkan tutup cermin.....makin rapat makin bagus...baru bawa motor RXZ.. tak ada air cond, tak ada pewangi..tapi ada asap...haha2..T.Q dgn info ini..

jajarina said...

oh, saye slalu trus on aircon and buka tingkap.. if x buka tingkap, mampuih kepanasan la.. hehe
btw, tanx 4 sharing tips berguna ni :)

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss