Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, April 9, 2010

53 : Ayam Percik



Bahan-bahannya:-


Bahan A
2 atau 3 batang serai
cili boh
santan
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
bawang putih 3 biji
Santan kalo kotak kecik dah laa(separuh guna masa nak blend, separuh masukkan ke dlm periuk)


Bahan B
asam keping
bahan perasa
gula
garam

AYAM



Ayam tadi direbus setengah masak sebelum dibakar untuk mempercepatkan proses pembakaran.Ayam ini dilumur kunyit dan garam sebelum direbus macam nak buat goreng gitu.


Cara-caranya:-

UTK KUAH

Kisar kesemua bahan diatas (bahan A)..dengan santan . Untuk mengurangkan kepekatan, tambahkan sedikit air Kalau guna santan bukan dalam kotak, guna air lebihan terakhir santan yang diramas.
Kemudian masukkan kedalam santan yang telah diblender tadi kedalam santan yang telah dimasukkan ke dlm periuk..

Panaskan api.

Masukkan Bahan B.


UTK AYAM

 

Bakar ayam (tidak terlalu lama sebab air ayam sudah kering semasa direbus tadi ) dan siramkan dengan kuah . Separuh daripada kuah tadi disimpan untuk dibuat kuah .


Hidangkan bersama nasi panas. Insya Allah, terangkat :)

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss