Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, April 16, 2010

Info 36 :Program 1 Bumi Untuk Semua Sempena Hari Bumi 2010 & Hari Antarabangsa Buku & Hakcipta




Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam akan menganjurkan Pameran Usahasama dengan Jabatan Alam Sekitar Selangor yang bertemakan "1 Bumi Untuk Semua" bersempena dengan Hari Bumi 2010.

Selain daripada itu, pada tarikh tersebut Perpustakaan Negara Malaysia juga akan menganjurkan Program Hari Antarabangsa Buku & Hakcipta 2010 yang akan dibawa secara langsung menerusi saluran RTM pada jam 9.00 pagi  (selama 3 minit) bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

        Tarikh        : 23 April 2010 (Jumaat)
        Masa        : 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
        Tempat     : Aras 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1


Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan kepada setiap pengunjung yang menyertai acara yang dianjurkan. Setiap penyertaan aktiviti yang disertai akan menerima 1 Kupon bagi memenangi  Hadiah Cabutan Bertuah dari pihak Jabatan Alam Sekitar Selangor.

Jadual Aktiviti : Klik SINI



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi, Cik Azwani, Pustakawan di talian 03-55211708, emel: azwani8102@salam.uitm.edu.my.This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Selain itu, maklumat program juga boleh dilayari melalui http://www.library.uitm.edu.my/

Kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Program ini bagi menjayakan dan memeriahkan lagi Pameran Usahasama ini sempena sambutan Hari Bumi 2010 dan juga Hari Antarabangsa Buku & Hakcipta.

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss