Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, September 17, 2010

Info 46 : Roti Untuk Kesihatan


 pic credit to : source


BUTIK roti dan pastri terkenal, Breadtalk menyediakan aneka perisa dan inti menarik yang pasti memikat selera pelanggan melalui menu terkini, BreadTalk X Nature berkonsepkan Makan Sihat Hidup Sihat.
Diadun daripada bahan berkualiti premium, hidangan baru ini secara khasnya diuli, direka bentuk dan dibakar hingga mencapai tahap kesempurnaannya.
Diilhamkan daripada alam semula jadi yang ringkas, roti dan pastri BreadTalk X Nature lembut dan anjal di luar, gebu, tidak mengandungi telur serta rendah kandungan gula.

Ia menggunakan buah zaitun, beri biru dan kismis yang dipilih dengan teliti. Antara roti yang bakal menjadi pilihan ramai adalah roti Perancis dengan buah zaitun. Teksturnya lembut dengan rasa asli buah zaitun Mediterranean. Hanya sapu mentega berkrim bersama roti berkhasiat ini untuk dinikmati ketika bersarapan.

Selain itu, roti Perancis dengan kismis yang lembut dan menyegarkan sesuai digandingkan bersama hidangan teh untuk waktu tengah hari.

Hidangan ayam dengan keju Parmesan pula menyediakan roti berinti cebisan daging ayam dan cendawan diperkayakan dengan sos keju berkrim bersama parutan keju Parmesan.

Ia dibalut dalam ban yang gebu dan kenyal, sekali gus menjadi hidangan mengenyangkan pada bila-bila masa.

Untuk pencuci mulut pula, antara pilihan ialah roti coklat berkrim keju.

Jika ingin mencuba sesuatu yang berbeza, antara pilihan ialah Spring in The City iaitu gabungan isi ayam dengan daun bawang dan lobak merah disaluti tepung digoreng garing. Tidak ketinggalan, roti bakar Popeye dengan perisa istimewa iaitu manisan berkhasiat diadun dengan bayam segar bagi mereka yang gemarkan sayur-sayuran sebagai asas bahan makanan harian mereka.

Sajian berkenaan boleh didapati pada harga serendah RM2.80 hingga RM7.60 untuk ban, roti, kek kering dan gulungan swiss. Ia kini boleh didapati di semua cawangan Breadtalk di seluruh negara.


sumber : sini

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss