Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Monday, February 22, 2010

49 :Ikan Bawal Masak Diraja



  
125 ml / 4 fl oz Minyak untuk menggoreng 
3 ulas Bawang putih, potong dadu
 ¼ Cup / 2 oz Gula 
½ Cup / 4 oz California Golden raisins, potong dadu halus 
2 sudu makan / 1 fl oz  Air Asam Jawa
 6 cili merah, ditumbuk halus
 1 Potong daripada Mangga, potong menjadi dadu
3 sudu makan / 1 ½ fl oz Tomato Ketchup

 
Kaedah
Ikan bawal digoreng, sampai rangup. Sisihkan.

Tumis bahan tumbuk. (bawang putih dan cili) Tambahkan California Golden raisins, mangga dan bahan lain untuk sos. Biarkan mendidih. Tambah Cuka, Garam dan Gula secukupnya. Boleh tambah Tepung Jagung untuk  mengentalkan sos. Tuangkan di atas ikan dan sajikan.

Friday, February 12, 2010

48 : Ayam Masak Madu

* Enak dimakan bersama dengan nasi beriani/nasi minyak

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Wednesday, February 10, 2010

Info 28:Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.
Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih.

Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. 

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
 
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Tuesday, February 9, 2010

47:Ikan Bawal Putih Masak Serai


Bahan-bahan:-
Ikan bawal putih
Cili padi
Batang saderi
Serai
Bawang Merah
Bawang putih


Cara-cara:-

Tumis bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan air.Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.Apabila menggelegak, masukkan ikan .Tambah garam dan bahan perasa.Dan letakkan batang saderi dan cili padi.Angkat!

Monday, February 8, 2010

Info 27: National Higher Education Carnival 2010

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha