Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Wednesday, March 16, 2011

110 : Sagu Gula Melaka



Bahan-bahan :-


1 1/2 cawan sagu
6 cawan air


Santan :-

  • 3 cawan santan

  • 1/2 cawan gula pasir

  • 1/2 sudu kecil garam



  • Jika tiada santan, boleh gunakan susu sejat.

    Gula Melaka :-

  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah

  • 1 cawan air

  • 1 helai daun pandan / esen vanila



  • Cara-cara :-

    Untuk Sagu
     1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
    2.Masak hingga sagu menjadi jernih iaitu sagu dah tiada putih-putih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Sejukkan di dalam peti air didalam bekas kecil atau terpulang kepada anda.

    Untuk Santan
    1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
     2.Buang daun pandan dan sejukkan.

    Untuk Gula Melaka

    1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
    2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

    Sedia untuk dihidangkan...

    Masukkan sagu dalam bekas kecil, curahkan santan , kemudian curahkan gula melaka. Enak dimakan sejuk-sejuk :)

    1 sedang makan:

    Kasih Zulaikha said...

    salam
    i read and i follow
    nanti nak try la resepi ni..look delicious..

    Post a Comment

    Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

    xoxo,

    Eliss