Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Sunday, August 14, 2011

101 Hidangan Berbuka Puasa di Restoren Duyung Di Kelab Darul Ehsan


RESTORAN Duyong yang terletak di Kelab Darul Ehsan, Ampang memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati juadah buka puasa dengan selera tradisi. Menghidangkan kira-kira 101 jenis makanan hidangan bufet yang terdiri daripada lauk-pauk, pencuci mulut dan minuman, Restoran Duyong pasti tidak menghampakan anda.

Antara masakan kampung ialah cencaru masak terutup, daging beriani, gulai tempoyak, kambing masak halia dan daging kambing masak kicap.

Chef Eksekutif Kelab Darul Ehsan, Mustafa Kamal Ahmad Sarbani berkata, bufet Ramadan di Restoran Duyong pasti menjanjikan kelainan kepada pengunjung walaupun hanya menyajikan hidangan tradisional.

"Kebanyakan resipi adalah hasil ubah suai saya sepanjang 25 tahun menjadi tukang masak. Saya ada menambah atau mengurangkan rasa dan rempah yang digunakan bersesuaian dengan selera semua.

"Sebagai contoh, masakan sambal saya ditambah dengan lengkuas supaya rasanya lebih sedap," katanya ketika majlis prarasa di restoran itu baru-baru ini.

Kata Mustafa lagi, kebanyakan lauk yang terdapat dalam senarai menu bufet Restoran Duyong dipanggang seperti kambing panggang.

"Cara memanggang lebih berkhasiat daripada bergoreng kerana kurang menggunakan minyak dan rendah kolesterol," ujarnya.

Bagi sajian makanan laut pula, Restoran Duyong akan menyajikan hidangan dalam bentuk masakan gaya Cina seperti loh hon chai, udang kon poh, udang masak mentega dan sotong masak cili kering.

Sebagai pencuci mulut, pelbagai pastri barat dan kuih-muih tempatan terhidang di meja restoran yang terletak di Ampang itu.

"Sebenarnya, saya mahir dalam pembuatan kuih talam, jadi pengunjung boleh merasa pelbagai kuih jenis itu seperti talam keladi, talam madu tiga dan talam jagung," katanya yang berusia hampir 50 tahun.

Sebanyak 10 set lauk akan disediakan untuk disajikan mengikut giliran supaya pengunjung tidak bosan untuk berkunjung lagi ke restoran itu.

Sepanjang majlis berbuka puasa nanti, tetamu akan dihiburkan dengan nyanyian dan muzik ghazal dari Johor.


Sumber credit to : here

1 sedang makan:

isabelle said...

Laa.aku igt ko pi mkn situ.baru nak tny details

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss