Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, November 19, 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Monday, November 18, 2013

KEKOSONGAN JAWATAN PEJABAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UITM SHAH ALAM

 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputra Warganegara 
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan Jawatan 
Kontrak di Pejabat Teknologi Maklumat UiTM Shah Alam. 



 2. SYARAT KELAYAKAN


2.1 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer , Teknologi Maklumat atau
Kejuruteraan Perisian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,145.88 ] DAN
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



 2.2 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; DAN
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,745.69 ]
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
 Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON 

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
 Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod
 perkhidmatan yang dikemaskini.

b) Setiap permohonan mestilah disertakan dengan transkrip dan sijil SPM.

c) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang
dipanggil TEMUDUGA perlu membawa sijil asal, dokumentasi atau ringkasan eksekutif projek
yang pernah dilaksanakan untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada universiti selepas tiga (3) bulan dari
 tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM
http://pengambilan-infotech.uitm.edu.my/ dan membuat permohonan secara dalam talian
(‘ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 02 Disember 2013. Sebarang pertanyaan boleh
diajukan kepada :

Pengarah
Pejabat Teknologi Maklumat
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

No.Tel : (03) 5544 2191 / (03) 5544 2575 / (03) 55211809
Emel : pjwtninfotech@salam.uitm.edu.my

Friday, November 1, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PEJABAT PENGURUSAN FASILITI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PEJABAT PENGURUSAN FASILITI 

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputra Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Pejabat Pengurusan Fasiliti
secara kontrak.

1.IKLAN PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29 DAN JURUTEKNIK
2. BORANG PERMOHONAN JAWATAN PPF


 PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
b) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan
dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
yang boleh diperolehi dengan melayari laman web Pejabat Pengurusan Fasiliti di
http://www.ppf.uitm.edu.my atau boleh didapati sendiri di kaunter Pejabat Pengurusan
Fasiliti, UiTM Shah Alam.

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENGARAH
PEJABAT PENGURUSAN FASILITI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
(U.P.: KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN, PPF)
Tel: 03-5544 2262, 5544 2263, 5544 2334

Tarikh Iklan : 1 November 2013
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Khamis, 14 November 2013.


 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha