Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Wednesday, January 29, 2014

Jawatan Kosong Pentadbiran 2014 INTEC Education College ( INTEC)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di INTEC Education College (INTEC) secara  Kontrak.


I.      JAWATAN


II.        SYARAT LANTIKAN

1)     PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

            Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)    Warganegara Malaysia;

b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)       (i)  Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN

d)  Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada         peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf                 dengannya oleh kerajaan.





2)     PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)

            Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)    Warganegara Malaysia;

b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)       (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


III.        PERHATIAN KEPADA PEMOHON

                 i)          Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

                ii)          Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

              iii)          Hanya permohonan yang di senarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

              iv)          Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



IV.        PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan Pentadbian yang boleh diperoleh dengan melayari laman web INTEC di www.intec.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Human Capital INTEC.

Sila kemukakan permohonan kepada  :

PENGURUS
PEJABAT HUMAN CAPITAL
INTEC EDUCATION COLLEGE
JALAN SENANGIN SATU, 17/2A
SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel:     03-55227018 / 55227023 / 03-55227024


Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Februari 2014.

Wednesday, January 8, 2014

IKLAN TAWARAN SYARAHAN SAMBILAN INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED) BAGI PROGRAM SARJANA MUDA SESI PENGAJIAN MAC 2014 – JULAI 2014

IKLAN TAWARAN SYARAHAN SAMBILAN INSTITUT PENDIDIKAN NEO  (iNED)
BAGI PROGRAM SARJANA MUDA
SESI PENGAJIAN MAC 2014 – JULAI 2014



1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:

a) Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah sedia ada / pensyarah UiTM
b) Setiap pemohon hendaklah memiliki Sarjana (Master) dalam bidang berkaitan.
c) Pihak iNED, UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan  pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh Pengajian iaitu bermula dari MAC  2014- JULAI 2014 )
3. Kadar Bayaran : Fasilitator Seminar (SF) : RM100/jam dan Pemudahcara Pembelajaran (LF) : RM11.00/pelajar/bulan
4. Calon yang berminat sila buat permohonan secara atas talian di http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/smp
5. Tarikh  permohonan :  8 Januari  2014 – 24 Januari  2014


Nota:

Senarai program yang ditawarkan oleh iNED Sesi Mac 2014  – Julai  2014

Program Sarjana Muda

e-PJJ

1) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran (BM220/BM240)

2) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan (BM222/BM242)

3) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia (BM223/BM243)

4) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi (BM224/BM244)

5) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa (BM226/BM246)

6) Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (BM232)

7) Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) (MC222/MC242)

8) Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) (SR221/SR241)

9) Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) (AM228)

10) Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) (HS222/HS242)

11) Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian) (HS225/HS245)

12) Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) (HS220/HS240)

13) Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian) (HS223/HS243)

14) Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) (HS224/HS244)
15) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari (HM225/HM245)

16) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HM222/HM242)

17) Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan (IM224/IM244)

18) Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian) (IM225/IM245)

19) Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian) (IM226/IM246)

20) Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Sekolah Rendah (ED231) : Program Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia



PLK

21) Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (AC220)

22) Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (LW213) (Sabtu/Ahad)

23) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran (BM220)

24) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan (BM222)

25) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia (BM223)

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha