Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, April 21, 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)

INSTITUT PENDIDIKAN NEO(iNED)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera  Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

i. JAWATAN

Bil.
Jawatan
Gred
Status Jawatan Skim Perkhidmatan Gaji Minimum Gaji Maksimum

1
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
FA29
Kontrak (Tabung Amanah iNED) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat RM1,855.00 RM5,684.00

2
JURUTEKNIK KOMPUTER

FT19
Kontrak (Tabung Amanah iNED)
Juruteknik Komputer
RM1,377.00
RM4,052.00


ii. SYARAT PERLANTIKAN


PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Terdiri daripada warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) i)  Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
       DAN
iii) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JURUTEKNIK KOMPUTER

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Terdiri daripada warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) i)   Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ATAU

ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan ATAU

iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan ATAU

       DAN
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



iii. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

c. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



vi. PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang Institut Pendidikan Neo (iNED) http://www.ined.uitm.edu.my atau boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Neo (iNED).


Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 12 Mei 2017.

Sila kemukakan permohonan kepada :

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KUALITI
INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)
                   ARAS 2, UiTM – MTDC TECHNORENEUR CENTRE
                   UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
                   40450 SHAH ALAM
                   SELANGOR

  u/p:   Pn. Rosni Shafeai/ Pn. Roslina Kasmani
No.Tel:  03 5544 8336/ 8332


Bil.Rujukan :  500-iNED (BPK. 19/2)
Bil.Iklan  :  2/2017
Tarikh  :  21 April 2017

 

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss