Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, January 23, 2015

Iklan Jawatan Kosong di INTEC Education College 2015

INTEC Education College dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di INTEC Education College.



1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

1.1 Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

(d) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

1.2 DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. PEMBANTU KEMAHIRAN H17

1.1 Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU
(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

DAN

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

1.2 DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyelenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17

1.1 Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan di Gred J17 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan :
a) A0/A1 : RM 1,318.42
b) A4-2/A4-1/A4 : RM 1,374.81
c) B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM 1,431.21

DAN

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

1.2 DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyelenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
ii) Hanya permohonan yang di senarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan INTEC Education College yang boleh diperoleh dengan melayari laman web INTEC di www.intec.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Human Capital INTEC.

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENGURUS
PEJABAT HUMAN CAPITAL
INTEC EDUCATION COLLEGE
JALAN SENANGIN SATU 17/2A, SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

(u.p : En. Mohd Rafede Abdul Aziz)
Tel: 03-55227000 / 55227023 / 03-55227018


Borang permohonan : http://www.intec.edu.my/main/images/job/jawatan.pdf


Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu, 4 Februari 2015.

Wednesday, January 21, 2015

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Tahun 2015


Calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan dipelawa masuk ke Politeknik bagi mengikuti Program Diploma Politeknik Sepenuh Masa Sesi Jun 2015. Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID berharga RM 15.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dan mengisi borang permohonan melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar - UPU di http://upu.moe.gov.my

Calon perlu mengisi kedua-dua borang permohonan iaitu Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier dan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti & ILKA

semakKlik di sini untuk mengisi borang permohonan.



KemasukanPeringkat PengajianKategori PemohonTarikh BukaTarikh TutupKeputusanTempat Memohon
Mac 2015Sarjana MudaLulusan Diploma / Diploma Lanjutan Politeknik15/12/201409/01/201528/01/2015www.politeknik.edu.my
Jun 2015DiplomaLulusan SPM19/01/201506/04/201506/05/2015http://upu.moe.gov.my
Jun 2015DiplomaLulusan Sijil Politeknik
Lulusan Sijil Kolej Komuniti
Lulusan SKM
Lulusan IKM / Institut Pertanian / PERDA-Tech
16/02/201506/04/201518/05/2015www.politeknik.edu.my
Jun 2015Diploma (Mod Separuh Masa)Lulusan SPM
Lulusan Sijil Politeknik
Lulusan Sijil Kolej Komuniti
Lulusan SKM
Lulusan IKM / Institut Pertanian / PERDA-Tech
16/03/201518/05/201529/05/2015www.politeknik.edu.my
Jun 2015Diploma LanjutanLulusan Diploma Politeknik16/02/201506/04/201518/05/2015www.politeknik.edu.my
Jun 2015Sijil Kemahiran KhasLulusan Sekolah Pendidikan Khas16/02/201506/04/201518/05/2015Bahagian Pendidikan Khas / Jabatan Pendidikan Negeri
September 2015Sarjana MudaLulusan Diploma / Diploma Lanjutan Politeknik06/07/201527/07/201507/08/2015www.politeknik.edu.my


Sumber : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha