Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya dan Menyambut Hari Kemerdekaan



Thursday, August 25, 2011

JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami! 17 Aug - 25 Aug 2011


Macamana nak dapat photobook free?
Klik banner di atas atau di sini: JOM PHOTOBOOK

Siapa leh join?
Semua boleh, tapi terhad kepada bloggers sahaja!
Ada 2 kategori
Kategori A: utk client yang pernah tempah photobook dgn KedaiGambarKami
Kategori B: utk mereka yang BELUM pernah menempah photobook dgn KedaiGambarKami

Hadiahnye , macamane???

Kategori A



First prize: 
 


1 x photobook bersaiz 8.5 x 8.5 inci softcover 20 pages bernilai RM169.00!


2nd Prize
2 x e-voucher KedaiGambarKami bernilai RM20.00 setiap satu

Kategori B



First Prize:



1 x photobook bersaiz 8.5 x 6 inci softcover, 20 pages bernilai RM129.00!


2nd prize:
2 x e-voucher KedaiGambarKami bernilai RM20.00 setiap satu

Tarikh tutup: 25 August 2011, jam 12 tgh malam

Bila nak umum pemenang?
Pengumuman pemenang adalah pada 6 atau 7 September 2011.
Keputusan juri adalah muktamad.Pemenang tertakluk kepada T & C oleh KedaiGambarKami.  

Kenapa me layak menang ?

Sebabnya me belum pernah ada photobook dan ada banyak sungguh gambar yang  belum dicuci lagi :) harapnya ada rezeki kali ni. Amin :) tentunya dengan sentuhan profesional dari KedaiGambarKami ! Baik Punya !!

 
Mudah bukan?Jom sertai JOM PHOTOBOOK GIVEAWAY!Mana tahu rezeki anda menang photobook, boleh guna untuk gambar hari raya nanti!!:)

Friday, August 19, 2011

Ramadan Buffet Promotions @ De Palma Hotels

Ramadan Buffet Promotions@ De Palma Hotels
 
 

Let's celebrate Ramadhan festive with over 101 recipes at Ramadhan Buffet. We're offering special deal for De Palma Hotels fans who make reservation via this page. * click here

BUY 5, FREE 1* for
AMPANG: RM68 nett/pax
SHAH ALAM: RM55 nett/pax
KUALA SELANGOR:RM33 nett/pax
DPSCC, PETALING JAYA: RM38 nett/pax

(this offer do not include of Palma Cafe)
____________________________________________________________
 
To reserve your Ramadhan buffet seating, please provide us your:
-full name
-reservation date (throughout Ramadan, August 1-28)
-contact no.
(Note: please provide the info at comment box OR email to hanizah@depalmahotel.com)

We shall contact you to follow up the booking.


*T&C This offer only valid for reservation made via Facebook, for the first week of RAMADAN 1432H (1-7 August 2011), applicable for adult reservation only.

Thursday, August 18, 2011

Aneka Selera Ramadhan @ Hotel Armada Petaling Jaya , RM 75++






Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel : (603) 7954 6888
Fax : (603) 7956 8088
Email: armada@armada.com.my
Website : http://www.armada.com.my

Tuesday, August 16, 2011

Ramadan Buffet RM 89 ++ | GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : (603) 5511 8811    
Fax : (603) 5511 8899  
Toll Free No : 1800 - 38 - 1388 (within Malaysia only)
E-mail : info@bluewavehotels.com

Monday, August 15, 2011

Ramadan Buffet RM 65 | SACC Convention Centre



THIS Ramadan, break fast with family and friends at Shah Alam Convention Centre (SACC) from Aug 2 to 28.

The buffet themed Ramadan Rasa Nusantara will be presenting a selection of over 100 types of mouth-watering dishes, ranging from tempting appetisers to satisfying desserts and visitors will surely be spoilt for choice.

The buffet spread will feature Nusantara cuisine from the Malay archipelago or Rumpun Melayu, cuisines which originated from the Sumatra, Jawa, Lampung, South Thailand, South Philippines, Malaysia and Brunei regions.

Some of the highlights include the popular Kambing Kebuli, Beriyani , Lidah Bakar, Satay and Udang Bakar Berempah.

There will also be a Bazaar Aidiffitri, zakat collection counter and surau for the diners’ convenience.

The Ramadan buffet is priced at RM65 nett for adults and RM30 nett for children aged from 6 to 10 years. For details and reservation, call 03-5511 8814.

Berbuka Puasa dengan Signatur kafe Di-Atas Brasserie

DI-ATAS Brasserie di Hotel Legend Kuala Lumpur tersenarai antara lokasi mewah yang menjadi pilihan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Menawarkan lebih 100 menu kepada tetamunya, tanggungjawab tersebut terletak di atas bahu Chef Samsuddin Ahmad dan krewnya.

Pada tahun ini, Di-Atas Brasserie memperkenalkan makanan dalam pelbagai pendekatan seperti masak secara langsung, ala gerai makanan, makanan panggang, BBQ, makanan goreng dan sebagainya.

Bagi menu hidangan utama, Di-Atas Brasserie menawarkan menu-menu khas iaitu ayam percik pelangi, ikan pari bakar Legend dan ayam goreng penyet sebagai signatur kafe tersebut.


DI-Atas Brasserie, menawarkan menu-menu khas iaitu ayam percik pelangi, ikan pari bakar Legend dan ayam goreng penyet sebagai signatur kafe tersebut.

Penggemar rendang turut ditawarkan rendang tok, redang minang, rendang ayam, rendang minangkabau dan banyak lagi. Tempura, dim sum, martabak, kuetiau goreng, popiah, shawarma ayam dan daging, mi daging, otak-otak dan sebagainya. Antara pemanis mulut yang ditawarkan termasuklah pelbagai perisa jeli, tart, kek, krumble dan karamel krim.

SELAIN berbuka puasa, orang ramai juga boleh bersahur di Di-Atas Brasserie.Bagi minuman pula, Di-Atas Brasserie menyediakan air bandung, jus kurma madu, cincau dan cendol, teh tarik serta Nescafe tarik. Menu-menu lain yang terdapat di Di-Atas Brasserie ialah pelbagai jenis kerabu, rojak mamak, tauhu sumbat, makanan laut segar, nasi himpit kuah kacang dan pelbagai jenis sup.

SELAIN berbuka puasa, orang ramai juga boleh bersahur di Di-Atas Brasserie.




Bagi mereka yang mahu bersahur, Di-Atas Brasserie, Hotel Legend beroperasi dari pukul 4 pagi pada harga RM32 seorang. Makanan-makanan yang akan disediakan pada sesi ini berkonsep sihat dan ringan sahaja.


Untuk tempahan, , sila hubungi talian 03-4042 9888 sambungan 9032 atau faks 03-4043 8602 atau e-mel fb@legendsgroup.com. - NIZHA PERIASWAMY.


sumber credit to : here

Sunday, August 14, 2011

101 Hidangan Berbuka Puasa di Restoren Duyung Di Kelab Darul Ehsan


RESTORAN Duyong yang terletak di Kelab Darul Ehsan, Ampang memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati juadah buka puasa dengan selera tradisi. Menghidangkan kira-kira 101 jenis makanan hidangan bufet yang terdiri daripada lauk-pauk, pencuci mulut dan minuman, Restoran Duyong pasti tidak menghampakan anda.

Antara masakan kampung ialah cencaru masak terutup, daging beriani, gulai tempoyak, kambing masak halia dan daging kambing masak kicap.

Chef Eksekutif Kelab Darul Ehsan, Mustafa Kamal Ahmad Sarbani berkata, bufet Ramadan di Restoran Duyong pasti menjanjikan kelainan kepada pengunjung walaupun hanya menyajikan hidangan tradisional.

"Kebanyakan resipi adalah hasil ubah suai saya sepanjang 25 tahun menjadi tukang masak. Saya ada menambah atau mengurangkan rasa dan rempah yang digunakan bersesuaian dengan selera semua.

"Sebagai contoh, masakan sambal saya ditambah dengan lengkuas supaya rasanya lebih sedap," katanya ketika majlis prarasa di restoran itu baru-baru ini.

Kata Mustafa lagi, kebanyakan lauk yang terdapat dalam senarai menu bufet Restoran Duyong dipanggang seperti kambing panggang.

"Cara memanggang lebih berkhasiat daripada bergoreng kerana kurang menggunakan minyak dan rendah kolesterol," ujarnya.

Bagi sajian makanan laut pula, Restoran Duyong akan menyajikan hidangan dalam bentuk masakan gaya Cina seperti loh hon chai, udang kon poh, udang masak mentega dan sotong masak cili kering.

Sebagai pencuci mulut, pelbagai pastri barat dan kuih-muih tempatan terhidang di meja restoran yang terletak di Ampang itu.

"Sebenarnya, saya mahir dalam pembuatan kuih talam, jadi pengunjung boleh merasa pelbagai kuih jenis itu seperti talam keladi, talam madu tiga dan talam jagung," katanya yang berusia hampir 50 tahun.

Sebanyak 10 set lauk akan disediakan untuk disajikan mengikut giliran supaya pengunjung tidak bosan untuk berkunjung lagi ke restoran itu.

Sepanjang majlis berbuka puasa nanti, tetamu akan dihiburkan dengan nyanyian dan muzik ghazal dari Johor.


Sumber credit to : here

Saturday, August 13, 2011

Berbuka Puasa di Hard Rock Hotel Menu ala Amerika

 
 SET Ramadan Platter menawarkan nasi goreng atau twistet Mac, ayam barbeku, sandwic kambing, sandwic sirlion, mini burger keju Hard Rock dan sebagainya.

HOTEL berkonsepkan hiburan pertama negara, Hard Rock Hotel (HRH) Batu Feringghi, Pulau Pinang menyediakan juadah enak kepada para pelanggannya untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Pelanggan boleh memilih dua lokasi berbeza untuk berbuka puasa iaitu sama ada di Starz Diner, Hard Rock Hotel atau di Hard Rock Cafe.

Berkonsepkan bufet, Starz Diner menyajikan kira-kira 30 menu berkonsepkan hidangan Melayu sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan seperti ulam-ulaman bersama sambal belacan, rojak buah, soto ayam dan pelbagai kuih-muih.

Hidangan utamanya pula seperti ayam percik, sate, kari kepala ikan dan murtabak yang dihidangkan bersama nasi, sambal belacan serta ikan bakar.

Sebagai penghilang dahaga, air sirap bandung cukup istimewa untuk membasah tekak atau anda boleh mencuba teh tarik serta kopi tarik ala Hard Rock Hotel.

Menurut Pengurus Besarnya, John Primmer, menu Melayu sesuai dengan selera masyarakat tempatan semasa bulan Ramadan terutama mereka yang berbuka bersama keluarga, rakan-rakan atau berbuka beramai-ramai.

"Pelanggan yang inginkan cita rasa ala Amerika sepenuhnya, set Ramadan Platter di Hard Rock Cafe pasti memenuhi selera sambil dihiburkan dengan persembahan muzik.

"Setiap hidangan ini mengandungi nasi goreng atau twistet Mac, ayam barbeku, sandwic kambing, sandwic sirlion, mini burger keju Hard Rock, kentang bakar, popia sayuran dan ayam tupelo.

"Set hidangan ini cukup untuk dua orang dewasa yang turut disajikan bersama sup pilihan serta pencuci mulut," ujarnya.

Pada harga RM58 seorang dan separuh harga bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, bufet Starz Diner atau set Ramadan Platter di Hard Rock Cafe memang memberi pengalaman berbuka puasa yang berbeza kepada pelanggan.

Kecuali pada hari Ahad, bufet di Starz Diner digantikan dengan bufet Ramadan di Pizzeria HRH pada harga RM60 seorang.

Ujar Primmer, pihaknya turut menyediakan pakej bankuet Ramadan kepada pelanggan untuk majlis berbuka puasa pada harga RM55 seorang.

"Sepanjang Ramadan ini HRH turut menawarkan pakej kadar bilik istimewa iaitu RM390 semalam yang meliputi pakej sahur dan berbuka untuk dua orang sama ada di Starz Diner atau Hard Rock Cafe," ujarnya. - ZAKI SALLEH

sumber credit to : here

Friday, August 12, 2011

Berbuka Puasa Sup gear box di Hotel Grand Season




SUP gear box antara menu yang harus dicuba oleh setiap pengunjung di Hotel Grand Season.


SUP gear box antara menu yang harus dicuba oleh setiap pengunjung di Hotel Grand Season.

TAHUN ini Hotel Grand Season yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur menawarkan lebih 60 jenis makanan untuk tetamunya berbuka puasa sempena Ramadan.

Bertempat di Season Cafe Teh Halia, antara lauk-pauk yang dihidangkan merangkumi makanan tradisi Melayu, hidangan India, makanan laut Cina dan sajian Barat.

Makanan pengenalan hotel yang harus dicuba sebelum merasa hidangan lain sudah tentunya sup gear box.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Grand Season, Chef Randy Y.L Liow, sup tersebut hanya menggunakan bahagian-bahagian daging lembu terpilih.


"Rempah-ratus dan daging lembu itu akan direneh antara lima hingga enam jam bagi mendapatkan rasa daging lembu yang pekat pada sup.

"Bahan-bahan yang terpilih pula akan dipastikan segar dan berkualiti baik tanpa menggunakan rempah segera," ujar Chef Randy yang berpengalaman selama 28 tahun dalam bidang kulinari.

Tambah Chef Randy, pihak hotel turut menyediakan makanan tradisional lain seperti nasi kandar dengan lauk-pauk seperti kari kepala ikan gaya mamak Pulau Pinang dan kambing masak kicap berempah.

"Kami juga membawa khas seorang chef dari Johor yang pakar dalam memasak hidangan Melayu seperti pelbagai jenis kerabu, sate, masak ketam lemak cili api, daging kerutup, sotong sambal dan lain-lain," kata Chef Randy lagi.

Hidangan nasi beriani dari Johor dan rendang daging batang pinang juga disediakan bagi penggemar tegar kedua-dua masakan itu.

Sajian lain yang turut dihidangkan adalah kulinari India dengan makanan yang dikenali ramai iaitu roti naan dan ayam tandoori.

Berbeza dengan dijual di kedai-kedai mamak, roti naan yang terdapat di Hotel Grand Season lebih nipis dan rangup dan jika dicecah, kuah akan meresap dalam rongga roti dengan mudah.

Jika inginkan kelainan, kupang goreng ala kam heong, ikan tiga rasa gaya Cina dan makanan Jepun seperti sushi dan gulungan futumaki pasti membuka selera. - MOHD. ADLAN JAAFAR

Sumber credit to : here

Thursday, August 11, 2011

Buffet Ramadan RM35 di Restoren & Katering Tirai Ratus Shah Alam


Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM20 (<12 tahun)

Alamat :-




Hidangan Tetap
* Bariani Ayam / Kambing
* Nasi Ayam Hainan
*Nasi Putih
*Nasi Ayam Berlada


Hidangan Harian Secara Selangan
*Nasi Minyak Kismis
*Kambing Bakar
*Ayam Kampung Goreng Berempah
*Ayam masak merah
*Daging Dendeng
*Daging Bakar Kuah Asam
*Udang Harlock
*Ikan Goreng Berempah
*Mee Tirai
*Sotong Sumbat Kelapa
*Mee Rebus
*Mee Bandung
*Mee Rebus
*Kuih Muih
*Buah-buahan


Untuk tempahan :-

No Telefon : 03-551 20000
Email : tempah@tirairatus.com.my


Friday, August 5, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG (PENTADBIRAN - KONTRAK TABUNG AMANAH InED) - PENOLONG PENDAFTAR,PEGAWAI EKSEKUTIF,PEREKA, PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT, & PENOLONG AKAUNTAN

Institut Perkembangan Pendidikan (InED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah InED) di InED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam seperti ketetapan berikut: 


I.                     JAWATAN

BIL
JAWATAN
GRED
STATUS
JAWATAN
SKIM
PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
1.
PENOLONG PENDAFTAR
N41

Kontrak (Tabung Amanah InED)
PEGAWAI TADBIR

P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28

P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55

P3T1 RM1883.73 - P3T27 RM5220.62

2.
PEGAWAI EKSEKUTIF
N27

Kontrak (Tabung Amanah InED)
PENOLONG PEGAWAI TADBIR

P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

3.
PEREKA
B27
Kontrak (Tabung Amanah InED)
PEREKA

P1T1 RM1210.60 - P1T26 RM3033.15

P2T1 RM1280.18 - P2T26 RM3219.30

P3T1 RM1352.78 - P3T26 RM3411.31

4.
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
F29

Kontrak (Tabung Amanah InED)
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

P1T1 RM1544.86 - P1T21 RM3034.66

P2T1 RM1615.95 - P2T21 RM3237.37

P3T1 RM1690.06 - P3T21 RM3415.79

5.
PENOLONG AKAUNTAN
W27

Kontrak (Tabung Amanah InED)

PENOLONG KERJA AKAUN

P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64

P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79

P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah diisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari website: http://ined.uitm.edu.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 22 Ogos 2011.

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
PUSAT PENTADBIRAN, PENGAMBILAN PELAJAR & ICT
PEJABAT PENGARAH, DWELLING 3
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE PERSIARAN RAJA MUDA
SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM
SELANGOR.
(U/P: CIK SAEIDAH HJ JANTAN/ PN.ROSLINA YAHIA/PN.NORHANNAH AMIR)


NO.TEL : (03) 55225302/55225237

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha