DI-ATAS Brasserie di Hotel Legend Kuala Lumpur tersenarai antara lokasi mewah yang menjadi pilihan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Menawarkan lebih 100 menu kepada tetamunya, tanggungjawab tersebut terletak di atas bahu Chef Samsuddin Ahmad dan krewnya.
Pada tahun ini, Di-Atas Brasserie memperkenalkan makanan dalam pelbagai pendekatan seperti masak secara langsung, ala gerai makanan, makanan panggang, BBQ, makanan goreng dan sebagainya.
Bagi menu hidangan utama, Di-Atas Brasserie menawarkan menu-menu khas iaitu ayam percik pelangi, ikan pari bakar Legend dan ayam goreng penyet sebagai signatur kafe tersebut.
![]() |
DI-Atas Brasserie, menawarkan menu-menu khas iaitu ayam percik pelangi, ikan pari bakar Legend dan ayam goreng penyet sebagai signatur kafe tersebut. |
Penggemar rendang turut ditawarkan rendang tok, redang minang, rendang ayam, rendang minangkabau dan banyak lagi. Tempura, dim sum, martabak, kuetiau goreng, popiah, shawarma ayam dan daging, mi daging, otak-otak dan sebagainya. Antara pemanis mulut yang ditawarkan termasuklah pelbagai perisa jeli, tart, kek, krumble dan karamel krim.
SELAIN berbuka puasa, orang ramai juga boleh bersahur di Di-Atas Brasserie.Bagi minuman pula, Di-Atas Brasserie menyediakan air bandung, jus kurma madu, cincau dan cendol, teh tarik serta Nescafe tarik. Menu-menu lain yang terdapat di Di-Atas Brasserie ialah pelbagai jenis kerabu, rojak mamak, tauhu sumbat, makanan laut segar, nasi himpit kuah kacang dan pelbagai jenis sup.
![]() |
SELAIN berbuka puasa, orang ramai juga boleh bersahur di Di-Atas Brasserie. |
Bagi mereka yang mahu bersahur, Di-Atas Brasserie, Hotel Legend beroperasi dari pukul 4 pagi pada harga RM32 seorang. Makanan-makanan yang akan disediakan pada sesi ini berkonsep sihat dan ringan sahaja.
Untuk tempahan, , sila hubungi talian 03-4042 9888 sambungan 9032 atau faks 03-4043 8602 atau e-mel fb@legendsgroup.com. - NIZHA PERIASWAMY.
sumber credit to : here
0 sedang makan:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)
xoxo,
Eliss