Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Wednesday, November 25, 2009

Info 18 : Customized Felt Tshirt Giveaway

ElissMieNuha

Bersempena dengan produk baru yang akan dilancarkan dari kedai HANI, dier berbesar hati ingin memberikan 4 Customized Felt Tshirt Giveaway. Tak kisah la untuk saiz apa pon. Kalau dah menang cabutan bertuah tu anda boleh request nak buat design apa.



ElissMieNuhaFamily


Design yang saya nak:
design ibu, ayah dan anak perempuan

perkataan : Nuha's Family

Bagi yang nak turut serta join contest INI, tengok syarat seperti disini :)

Syarat-syarat untuk memasuki dan memenangi giveaway ini adalah (senang aje..):
1. Buat satu entry khas di blog anda untuk Customized Felt Tshirt Giveaway. Nyatakan juga design/perkataan yang anda ingin lihat diatas tshirt anda.
2. Tinggalkan komen anda bersama link entry yang telah anda buat berserta email diruangan komen
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30tengah hari.


contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE
Itu aje... Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik khas nanti.

p.s: Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan awal pon boleh. Boleh dipakai dimana saja tak kira untuk bersiar-siar, mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir, Photoshoot, family day dan pelbagai lagi majlis. Email saja ke tinihani@gmail.com

Monday, November 23, 2009

34 : Nasi Beriyani / Nasi Beriani




NASI BERIANI (8 ~ 10 orang makan)

1 kg beras basmathi
½ kg beras wangi (Brand umbrella)
Air (Ikut sama banyak dengan beras)
½ tin susu cair
2 sudu besar air limau Sunkist

Bahan2 Tumis
1 senduk minyak sapi
½ cawan minyak jagung
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk rempah beriani

*10 biji bawang merah
*6 biji bawang putih
*2 cm halia tua
*Dikisar halus


CARA-CARA

Panaskan minyak sapi dan minyak jagung.
Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar.
Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan rempah beriani & terus tumis tetapi jangan sampai hangus ya...
Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.
Masukkan air mengikut sukatan beras.
Tambahkan lagi ½ cawan air.
Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.

Nota :
Jika suka boleh masukkan 1 cawan jagung sebelum air menggelegak.
Boleh juga masukkan daun pandan untuk wangi, sedikit daun sup, daun pudina dan daun bawang.
Untuk masak nasi minyak, gunakan resepi di atas tetapi tak perlu masukkan rempah beriani.
Untuk masak nasi jagung, hanya tambahkan jagung.
Untuk nasi tomato masukkan tomato puree & tomato sos sesedap rasa.

Tips:
Jika lebih halia nasi akan menjadi muak.
Untuk lebih sedap, masakkan ayam/daging beriani dan ambil kuahnya sebagai ganti rempah beriani. Nasi akan menjadi lebih sedap.

resepi credit to : here

Wednesday, November 18, 2009

Info 16 : Pisang





There’s some good message about eating bananas and a lot available in Malaysia .

So, eat as much as you can
 
For banana lovers
The fully ripe banana produces a substance called TNF which has the
ability to combat abnormal cells.
 
So don't be surprised very soon the shop will go out of stock for
bananas.
 
As the banana ripens, it develops dark spots or patches on the skin. The
more dark patches it has, the higher will be its' immunity enhancement quality.

Hence the Japanese love bananas for a good reason.

According to a Japanese scientific research, banana contains TNF which has anti-cancer properties. The degree of anti-cancer effect corresponds to the degree of ripeness of the fruit, ie the riper the banana, the better
the anti-cancer quality.
 
In an animal experiment carried out by a professor in Tokyo U comparing
the various health benefits of different fruits,using banana, grape,
apple, water melon, pineapple, pear and persimmon, it was found that
banana gave the best results. It increased the number of white blood
cells, enhanced the immunity of the body and produced anti-cancer
substance TNF.
 
The recommendation is to eat 1 to 2 banana a day to increase your body
immunity to diseases like cold, flu and others.
 
According to the Japanese professor, yellow skin bananas with dark spots
on it are 8 times more effective in enhancing the property of white
blood cells than the green skin version

Tuesday, November 17, 2009

33 : Nasi Lemak Antarabangsa



Bahan Nasi Lemak:
 
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)
Garam secukup rasa
Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat



Cara-cara:


Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.



resepi credit to : here

Monday, November 16, 2009

32 : Puding Roti Karamel



Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
5 keping roti gardenia yang dah nak expired tu :P dipotong2 atau dicarik2 saja kalo malas :P
1 tin susu cair F&N aku guna
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla


Cara:
1. Memula, panaskan dulu kukusan
2. Pukul telur sampai kembang dan masukkan susu dan gula..Pukul lagi..dan lagi dan lagi..tambah esen vanilla..
3. Susun roti dalam loyang yang ada gula yang telah dicaikan.Then masukkan bancuhan B plak dalam loyang tu.
4. Tutupkan penutup loyang dengan kain, nanti menitis plak air dari tudung kukusan tu
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.

Thursday, November 12, 2009

Info 15: Wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE?



Here's your chance to have a

session for FREE.

 


I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE  

kerana 

my nuha selalu menangis time saya nak ambil gambar dia


I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE  

kerana

my nuha selalu marah-marah bila saya nak ambil gambar dia



I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE  

kerana

my nuha selalu jer pejam mata setiap kali saya nak ambil gambar dia

 


I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE  

kerana

my nuha selalu lari-lari setiap kali saya nak ambil gambar dia

Dan

Saya yakin,

a portraiture session with TRIPLETSplusONE  

bukan saja mampu memberikan gambar-gambar yang cantik-cantik 

malah mampu membuat saya tersenyum sepanjang hari melihat hasilnya nanti...


The prizes are:

1st Place: ONE HOUR PORTRAITURE SESSION

2nd Place: RM150 Voucher

3rd Place: RM100 Voucer

Closing date:21th November.  

*voucher is not valid for the Special Delivery: Fresh from Oven session
**Those outside KL who wish to participate are most welcome, however portraiture session will be held in KL.

 

Wednesday, November 11, 2009

31 : Pau


Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Pau1
    Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Pau2
    Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Pau3
    Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Pau
    Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan. 
resepi credit to :here

30 : Ayam masak halia



Bahan:

500gm dada ayam
5cm halia muda (dihiris)-kita pakai halia muda jeruk je
3ulas bawang putih (dicincang)
2 camb minyak
daun bawang

Bahan Perasa:
1 camb sos tiram
sedikit air
stok ayam
1 sd kecil tepung jagung

Cara:

1. Bersihkan dada ayam dan keringkan dgn tisu dapur dan potong.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia muda hingga naik baunya.
3. Masukkan daging ayam dan masak atas api sederhana sambil dikacau rata-rata.
4. Kemudian bubuh pula bahan perasa.
5. Masukkan daun bawang dan gaul hingga sebati.
6. Angkat apabila sudah masak.Hidangkan panas-panas


resepi credit to : here



Tuesday, November 10, 2009

29 : Laksa Penang






Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • Ikan sardin 1/2 kilo
  • Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
  • Bwg Merah (5 ulas)
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
  • Bwg Besar (dimayang halus)
  • Timun
  • Cili masak atau cili padi
  • Daun Salad
  • Telur Rebus
  • Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
  • Daun Kesum dan Bunga Kantan
  • Limau Nipis

Cara-cara

  1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
  2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
  3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
  4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
  5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
  6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
  7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang) 
 resepi credit to :here
 
Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain.
Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai.
Tapi kalau masuk pun tak der masalah.
Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .
Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri .
Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam
dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat 

 credit to : here

Monday, November 9, 2009

28 : Ikan Singgang


Bahan-bahan:-
1 ekor ikan tongkol
Bendi (ikut suka)

Bahan A:-
1 inci lengkuas
2 ulas bawang merah  dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 keping asam keping
Cili padi (ikut suka)


Cara-cara:-
Rebus kesemua bahan A sampai mendidih..lepas tu masukkan ikan dan bendi..letak garam dan serbuk perasa..

Friday, November 6, 2009

27 : Sate Ikan




Bahan-bahan Pemprosesan Sate Ikan

100% Ikan
1.6% Halia
0.85% Lada putih
8% Gula
3% Cili Boh
3% Kicap Cair
1% Cuka
0.75% Garam
0.75% MSG
25% Air

Cara-cara Pemprosesan Sate Ikan

Penyediaan Ikan
1. Ikan disiang dengan membuang kepala, ekor dan sisik. Ikan kemudian dibelah dari bahagian bawah dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu.' Bersihkan dari kotoran darah dan lemak.
2. Ikan yang telah siap dibersihkan, dijemur di bawah cahaya matahari sehingga kering (1 hingga 3 hari).
3. Ikan yang telah kering dinipiskan dengan menggunakan mesin penggelek. Ikan dicelup ke dalam kuah 5 hingga 10 minit, kemudian dibakar dalam ketuhar pada suhu 130 0 C hingga 140 0 C sehingga ranggup.

Penyediaan Kuah
1. Halia dibuang kulit, dicuci dan dipotong halus sebelum dihancurkan. Halia dan lada putih yang telah dihancurkan dicampur dengan ramuan lain seperti, gula, cili boh, kicap cair, cuka, garam, serbuk perasa dan air.
2. Masak bahan campuran sehingga mendidih dan ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan.

resepi credit to : here

Info 14 : Botol air dlm kereta (Peringatan Utk Wanita)‏

Berkongsi Email dari Gina ..

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah
berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara
Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada
di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol
memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong
berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan
di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin
akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari
plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun
ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak
perempuan mengetahui ini semua.

Thursday, November 5, 2009

Info 13 : Chatterbox 1st Anniversary GIVEAWAY

Ingin menyertai contest lagi?

Hanz akan menyambut 1st Anniversary Giveaway.

Saya sebenarnya mengenali Hanz dari MBP..masa tu MBP ada review pasal blog Hanz ni.. Hari tu Hanz ada berkunjung blog me yang hina dina untuk mewar-warkan pasal contest ni..Secara keseluruhannya, segala informasi dalam blog Hanz berguna untuk para mommies...macam-macam ada...Pelajaran awal kanak-kanak, keibubapaan,breastfeeding macam-macam lagikk laa... tak percaya? Terjah laah...tapi yang tak berapa nak fasih berbahasa inggeris tu tak per..sebab bahasa yang digunakan mudah faham :) kalo tak faham, aku rasa Hanz tak keberatan nak terang balik kan Hanz kan?

Syaratnya mudah sahaja...


Wednesday, November 4, 2009

Info 12: Contest Reka Tagline Produk Dan Menang

Mahu menyertai peraduan?




Monday, November 2, 2009

26 : Udang Goreng Kunyit


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 300gm udang kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji cili hijau
  • 3 sudu besar minyak masak 
  • * tambahan- kobis putih

Cara-cara

  1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
  2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
  3. Goreng sehingga garing
  4. Setelah garing, masukkan bawang besar, kobis putih dan cili hijau yang dihiris slice.
  5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup! 
resepi credit to : here

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha