Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, October 29, 2010

96 : Kerabu Perut



Bahan-bahan:-

100 gm kacang panjang(dipotong 3cm)
200 gm tauge
500 gm perut lembu
½ biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai
2 sudu besar udang kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
20 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 biji limau nipis


Cara-cara:-

Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil.
Tauge& kacang panjang dicelur.
Kelapa diparut & digoreng untuk dijadikan kerisik.
Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi ditumbuk hingga halus.
Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik.
Tambahkan perut lembu, kacang panjang & tauge.
Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata.
Kemudian taburkan bawang besar & cili merah hiris di atasnya.

resepi credit to : here

Thursday, October 28, 2010

95 : Sandwic Gulung


Bahan-bahan :-


Roti Sandwic
Sardin
Cili
Timun
Tomato
Perahan limau nipis
Telur
garam secukup rasa

Inti :-

Masukkan sardin kedalam bekas, dan masukkan garam dan kacau sebati.Masukkan perahan limau nipis, timun , cili dan tomato.

Cara-cara:-

1) Gelekkan roti dengan penggelek dan masukkan inti yang telah disiapkan tadi.Gulung dan celupkan di dalam telur untuk gam agar inti tidak terkeluar.

2) Goreng dengan api yang sederhana.Balik-balikkan.Sedia untuk dihidang.

Wednesday, October 27, 2010

Tempat Makan : Medan Selera Seksyen 9, Shah Alam

Venue : Medan Selera Seksyen 9, Shah Alam
Menu : Grilled Chicken + Lamb Chop With Rice + Nuggets





Taste :


Monday, October 25, 2010

94 : Meatballs Spagetti / Spagetti Bebola Daging / Spaghetti with meatballs




Bahan-bahan :-

*Bebola Daging
* 1 1/2 camca besar minyak zaitun
* 1 ulas bawang merah didadu
* 1 ulas bawang putih diketuk

* 2 camca besar tomato puri
* 400g  spaghetti
* 1/4 cawan daun parsley dicincang
* 2 camca besar daun basil dicincang
* Garam dan serbuk lada hitam
*Stok air rebusan daging

Cara-cara:-


1.Panaskan minyak zaitun dalam api yang sederhana.Masukkan bawang mereah dan masakkan hingga lembit dan masukkan bawah putih untuk menambah aroma.

2. Masukkan tomato, stok dan tomato puri. Panaskan api sehingga mendidih.Kemudian perlahan api sederhana.Masukkan bebola daging dan kacau sampai sos pekat dan bebola daging tu masak.


3.Boleh la nak rebus spagetti tu dan letak garam dan minyak zaitun sket dalam air untuk elakkan melekat dan toskan.


4.Masukkan daun parsli dan daun basil kedalam kuah dan kacau.Boleh tambahkan bahan perasa iaitu garam dan serbuk lada hitam.Nak best, masukkan keju kalo ada.Tak der tak per.Belasah ajer :p


5.Boleh laa dihidangkan.

Friday, October 22, 2010

Info 53 : Drypers Change for Charity



Plant a smile on an underprivileged child’s face by performing a diaper change that can make a difference.For every diaper changed, Drypers’ will multiply the donation in the form of baby diaper products by 10 TIMES, channelled to selected underprivileged children’s organisations. Hence, the more baby diapers changed, the higher the donation will accumulate!

Time: Wednesday, October 20 at 10:00am - October 24 at 10:00pm
Location: Atrium, Ikano Power Centre (in front of Cold Storage), Mutiara Damansara
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

credit to : here

Thursday, October 21, 2010

93 : Steamboat Tomyam / Steamboat Seafood/Steamboat Ayam


* A. BAHAN2 UNTUK SUP :

Perasa Ayam


* Air - 4 liter
* Tulang / kerangka ayam
* Garam secukup rasa

Perasa Tomyam

Masukkan pes tomyam ke dalam air dan renehkan hingga masak.(macam nak buat tomyam)


* B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :

* 6 biji cili merah - dimesin
* 1 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 sudu minyak bijan
* 3 sudu besar sos ikan
* cuka makan
* air
* gula


* C. BAHAN2 UNTUK DISTIMKAN :

* Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
* udang/ayam/sotong/cuttlefish
* kobis cina/cendawan tiram/pak choy/enoki mushrooms
* telur ayam

resepi edited n credit to :here

Friday, October 15, 2010

Info 52 : Bajet 2011 - RM 500 Untuk Penjawat Awam

 Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah :p

Boleh lah daripada tiada :p

92 : Tepung Suji / Tepung Talam Suji


* BAHAN LAPISAN BAWAH

* 1 1/2 cawan tepung suji
* 4 cawan santan pekat
* 3/4 cawan gula pasir
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning


* BAHAN LAPISAN ATAS

* 4 cawan santan pekat
* 2 sudu besar tepung kastard
* 1 cawan tepung gandum
* 3 sudu besar gula
* 1 cawan gula merah

Cara-cara :-

1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

2. Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.


resepi credit to : here

Thursday, October 14, 2010

Info 51 : PERMOHONAN ONLINE DIBUKA SEMULA BAGI PELAJAR SEM 3 DIPLOMA, PELAJAR SEM AKHIR DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DAN PELAJAR PRA DIPLOMA KE DIPLOMA


 Dimaklumkan bahawasanya permohonan kemasukan sesi Disember 2010 ke UiTM akan dibuka semula mulai 18/10/2010 sehingga 31/10/2010 melalui laman web online.uitm.edu.my bagi kategori program bertemuduga dan juga bukan bertemu duga:


    1) Pelajar Pra Diploma ke Program Diploma
    2) Pelajar Sem 3 Diploma ke Program Ijazah Sarjana Muda
    3) Pelajar Sem Akhir Diploma / Ijazah Sarjana Muda ke Program Ijazah Sarjana Muda / Profesional


Mohon sebar kepada yang berminat yer :)

Wednesday, October 13, 2010

91 : Resepi Sardin Segera




 Bahan-bahan :-

Satu Tin Sardin
Garam secukup rasa
Limau Nipis dan Lemon Secukupnya
Bawang Merah dipotong nipis
Tomato 1 biji dicincang dadu
Cili padi ikut suka


Cara-cara :- 

1) Tuang Kuah Sardin kedalam bekas.Jangan keluarkan ikan lagi.
2) Masukkan sedikit garam dan kacau rata.
3) Masukkan ikan sardin kedalam bekas .
4) Perah asam limau dan lemon secukupnya.
5) Masukkan bawang merah dan tomato dan cili padi.

Siap ! Enak dimakan dengan nasi panas-panas dan telur dadar :)

Tuesday, October 12, 2010

90 : Chilled Oreo Cheesecake

 pic credit to : here


Bahan A

2 paket biskut oreo –buang semua krim tgh dia ( 1 paket oreo dikisar/dihancurkan-sebagai base/tapak kek.1 paket lagi ...oreo dipatahkan 4 dan diletak kat tengah dan atas cheesecake)

30g mentega -dicairkan

Bahan B

250g cream cheese
1 bekas yogurt- (plain yogurt je..yang bekas cam cawan/gelas tu)
5 sudu besar susu segar
1 kotak kecil(200g) whipping cream
5 sudu besar gula kastor
1 sudu besar jus lemon


Bahan C

1 sudu besar gelatin yang halal*
5 sudu besar air*
(masukkan gelatin dalam air.kemudian cairkan guna microwave.selepas dah keluarkan dari microwave,kacau guna sudu ATAU, bancuh je gelatin nih dgn air panas yg baru masak..senang)


Cara-cara:

1.pastikan mentega dan cream cheese telah dikeluarkan awal dari peti sejuk dan biarkannya lembut secara semulajadi di suhu bilik. bila kedua2nya dah betul2 lembut,baru la boleh mula buat cheesecake.

2. kisar 1 peket biskut oreo yang telah dibuang krimnya. Cairkan mentega. Kemudian, gaulkan biskut yang dah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan tu. bubuh dalam loyang kek,tekan hingga mampat.(guna Tupperware biasa pun boley..ikut suka je). Kemudian masukkan dalam peti sejuk.

3. Masukkan bahan B dalam blender dan blend sehingga sebati.

4. Kemudian, masukkan Bahan C ke dalam blender tadi. blend lagi sampai sebati.

5. Kemudian,keluarkan loyang/bekas berisi biskut tadi dari peti sejuk,tuang adunan cheese separuh.kemudian bubuh biskut oreo yang di patah-patahkan, kemudian tuang lagi adunan cheese sampai habis. pastu,bubuh beskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai topping kek.sejukkan dalam peti sejuk selama 3jam sebelum dimakan.

6. Dah...bolehlah rasa air tangan sendiri macam ala2 Secret Recipe

resepi credit to : Sharina

Monday, October 11, 2010

89 : Paru Masak Sambal



Bahan-bahan :-

1/2 kilo paru - rebus , jangan potong lagi. Lepas dah siap rebus baru potong nipis-nipis mengikut kehendak masing-masing dan gorengkan atas minyak yang panas.

Bahan kisar:-

3-4 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2" halia
sedikit air
Gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa


Cara-caranya :-

1.Tumiskan bahan kisar, masukkan air asam jawa dan gula hingga naik bau.
2.Masukkan air tumisan paru.
3. Masukkan paru yang telah digoreng tadi kedalam sambal dan gaul sebati. Angkat dan hidangkan :)

Friday, October 8, 2010

88 : Cream Puff


Bahan Pastry:


330 gm air
190 gm mentega
secubit garam
240 gm tepung gandum
9 biji telur
Custard Cream:
55 gm custard powder
2 biji telur
1 tin susu cair - dibahagikan dua
225 ml air
160 gm gula
½ sudu makan mentega
sedikit esen vanilla

Cara-cara untuk membuat pastry:

1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.

Cara-cara untuk membuat custard cream:

Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
Tapis dan ketepikan.
Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.

Tips : Pastikan yang adunan tadi sejuk dahulu jika tidak ia akan menjadi leper!!

resepi credit to http://resepi.mesra.net/Detailed/4222.shtml

Thursday, October 7, 2010

87 : Kek Coklat




Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) :-

* 2 biji telur
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan gula perang
* Bahan A
* 1 sudu kecil vanila
* 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
* 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
* Bahan B
* 2 sudu kecil sodium bicarbonate
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 cawan tepung gandum
* ==============================
* ** Topping **
* 1/2 cawan koko van hauten
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :-

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Sumber resipi: fendy75@myresipi.com

Tuesday, October 5, 2010

86 : Chicken Chop



Black Pepper Sauce

Black pepper sauce 1/2 botol gitu
Masukkan air
Buh sos tiram 2-3 sudu
Buh tepung jagung 1 sudu
Buh button mushroom yang sudah dipotong dadu
Perasakan dengan garam dan gula


Ayam

1 paket tepung kentucky jenama ADABI
2 biji telur di pukul sampai kembang
Ayam potong-potong ikut suka dan cucuk-cucuk dengan garfu.Bersihkan dan toskan...
Celupkan potongan ayam ke dalam telur dan golek ke dalam tepung kentucky tu (jangan buh air), then masukkan dalam minyak yang btol2 panas ok...dah masak angkat ler...

Friday, October 1, 2010

85 : Ayam Berempah



Bahan-bahan :-


500 gm ayam

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

3 cm halia

4 cm lengkuas

1 batang serai

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan manis

Sedikit kunyit

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-

1.Untuk ayam berempah, gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama lima jam atau satu
   hari .
2.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha