Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, October 12, 2010

90 : Chilled Oreo Cheesecake

 pic credit to : here


Bahan A

2 paket biskut oreo –buang semua krim tgh dia ( 1 paket oreo dikisar/dihancurkan-sebagai base/tapak kek.1 paket lagi ...oreo dipatahkan 4 dan diletak kat tengah dan atas cheesecake)

30g mentega -dicairkan

Bahan B

250g cream cheese
1 bekas yogurt- (plain yogurt je..yang bekas cam cawan/gelas tu)
5 sudu besar susu segar
1 kotak kecil(200g) whipping cream
5 sudu besar gula kastor
1 sudu besar jus lemon


Bahan C

1 sudu besar gelatin yang halal*
5 sudu besar air*
(masukkan gelatin dalam air.kemudian cairkan guna microwave.selepas dah keluarkan dari microwave,kacau guna sudu ATAU, bancuh je gelatin nih dgn air panas yg baru masak..senang)


Cara-cara:

1.pastikan mentega dan cream cheese telah dikeluarkan awal dari peti sejuk dan biarkannya lembut secara semulajadi di suhu bilik. bila kedua2nya dah betul2 lembut,baru la boleh mula buat cheesecake.

2. kisar 1 peket biskut oreo yang telah dibuang krimnya. Cairkan mentega. Kemudian, gaulkan biskut yang dah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan tu. bubuh dalam loyang kek,tekan hingga mampat.(guna Tupperware biasa pun boley..ikut suka je). Kemudian masukkan dalam peti sejuk.

3. Masukkan bahan B dalam blender dan blend sehingga sebati.

4. Kemudian, masukkan Bahan C ke dalam blender tadi. blend lagi sampai sebati.

5. Kemudian,keluarkan loyang/bekas berisi biskut tadi dari peti sejuk,tuang adunan cheese separuh.kemudian bubuh biskut oreo yang di patah-patahkan, kemudian tuang lagi adunan cheese sampai habis. pastu,bubuh beskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai topping kek.sejukkan dalam peti sejuk selama 3jam sebelum dimakan.

6. Dah...bolehlah rasa air tangan sendiri macam ala2 Secret Recipe

resepi credit to : Sharina

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss