Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Thursday, March 31, 2011

Info : Kerja atau Kesihatan ? | Saya pilih Kesihatan, korang ?



Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Take a profile test to a journey of self-discovery and improvement.

Friday, March 25, 2011

Info : Hari Air Sedunia 2011




credit to : here

Thursday, March 24, 2011

Info : Sistem Semak Syarat Kelayakan ke IPTA

Untuk semakan, Program apa yang anda layak untuk ke IPTA boleh klik sini laju-laju...




Masukkan maklumat yang diperlukan dan pilih kelayakan akademik anda..

Klik butang seterusnya , dan pilih IPTA pilihan anda...dan tekan butang Semak Syarat.


 


Hasilnya...Anda boleh pilih Program yang bertanda / dan bukan yang bertanda X untuk mengelakkan permohonan anda di tolak !

Buatlah keputusan yang bijak !!

Wednesday, March 23, 2011

Info : RM25 instead of RM56 for 12 Cupcakes + 10 Cream Puffs + 7 Cheese Tarts from Irenebakelove Online Bakery, Shah Alam [55% OFF]






Redemption period: 27 March 2011 - 31 May 2011




Jangan terlepas peluang untuk deal yang lebih hebat, daftar sekarang Klik sini laju-laju :)

Tuesday, March 22, 2011

Menu Si Cilik : Kuey Teow Rebus Terengganu Simple


Bahan-bahan :-

Keuy teow
Ayam direbus untuk dijadikan stok dan ditambah sedikit garam jika suka.
Sayur
Fish ball
Tauhu dipotong dadu


Cara-cara:-

1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.Masukkan tauhu.
2. Masukkan stok ayam
3. Masukkan kuey teow , sayur dan fish ball.
4. Sedia dihidangkan.Taburkan dengan daun bawang atau kucai.

Friday, March 18, 2011

112 : Singgang Sotong



Bahan-bahan :-

8 ekor sotong sederhana
3 biji lada merah / cili padi
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - diketuk
3 keping asam keping/ gelugur
2 tangkai daun kesum
4 batang bendi dipotong dua
Secubit garam dan bahan perasa
Air


Cara-cara :-

1.Bersihkan sotong, potong bulat-bulat.
2. Kisar lada, bawang dan kunyit hingga lumat.
3.Masukkan air bersama bahan yang dikisar kedalam periuk.
4.Masukkan lengkuas, serai, asam gelugur dan bendi.
5. Setelah mendidih,masukkan sotong , daun kesum serta garam dan bahan perasa.

Thursday, March 17, 2011

111: Paprik Seafood



Bahan-bahan :-

Seafood - sotong , udang, lala dan sebagainya - direbus sekejap
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong dadu
5 biji cili padi - diketuk
Daun limau purut, bunga kobis, kacang buncis/panjang, lobak dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara : -

1.Panaskan kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yg diketuk, kacau sekejap.
2.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.
3. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
4.Masukkan seafood, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5.Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. Masukkan bahan perasa.

Wednesday, March 16, 2011

RM14.90 for an All-Time American meal of Wild Mushroom Soup + Garlic Bread + Columbus Lamb Chop + Lemonade at Rosemary Bites

RM14.90 for an All-Time American meal of Wild Mushroom Soup + Garlic Bread + Columbus Lamb Chop + Lemonade at Rosemary Bites

    110 : Sagu Gula Melaka



    Bahan-bahan :-


    1 1/2 cawan sagu
    6 cawan air


    Santan :-

  • 3 cawan santan

  • 1/2 cawan gula pasir

  • 1/2 sudu kecil garam



  • Jika tiada santan, boleh gunakan susu sejat.

    Gula Melaka :-

  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah

  • 1 cawan air

  • 1 helai daun pandan / esen vanila



  • Cara-cara :-

    Untuk Sagu
     1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
    2.Masak hingga sagu menjadi jernih iaitu sagu dah tiada putih-putih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Sejukkan di dalam peti air didalam bekas kecil atau terpulang kepada anda.

    Untuk Santan
    1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
     2.Buang daun pandan dan sejukkan.

    Untuk Gula Melaka

    1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
    2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

    Sedia untuk dihidangkan...

    Masukkan sagu dalam bekas kecil, curahkan santan , kemudian curahkan gula melaka. Enak dimakan sejuk-sejuk :)

    Tuesday, March 15, 2011

    RM49 instead of RM90 for 1 Soup + 4 types of Main Dishes + 1 Dessert + 1 Drink at Rendezvous


    RM49 instead of RM90 for 1 Soup + 4 types of Main Dishes + 1 Dessert + 1 Drink at Rendezvous, Green Hall, Penang.

    Heloooo Penangites! Whazzap land of food? Hawker stalls? Why not try fine dining? This Arabic & Mediterranean Restaurant puts you in the mood in its classy, intimate and cozy interior. Go on and book your table now.

    Terliur tak ? Tempahnya sekarang, klik sini laju-laju :)

    rendezvousinside5
    Fine Dining at its best
     

    rendezvousinside1
    The infamous Seafood Paella
     

    rendezvousinside4  rendezvousinside
    Elegantly decorated


    Menarik kan ? Tempahnya sekarang, klik sini laju-laju :)

    Monday, March 14, 2011

    Info : IBM Virtualization as Foundation to Cloud Workshop, 2nd March 2011 (Wednesday)


    Date : 2nd March 2011, Wednesday
    Time : 2:00pm – 5:15 pm (Registration & Lunch starts at 12.30pm)
    Venue : Function 7 & 8 Renaissance Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50450 Kuala Lumpur

    Highlights

     
    Gain unmatched virtualization capabilities with IBM eX5

    Leverage VMware vSphere Private Cloud as a Better Platform for Tier 1 Apps

    Improve storage efficiency through greater resource utilization

    Discover how Intel’s Optimal System supports your journey to Cloud Computing


    Kindly register by 18 February 2011 to IBM_systemx@ap-comms.com or call Selina and Sunny 03-2091 9045 to secure a place! Online registration or more information can also be found here.

    Friday, March 11, 2011

    Info : Anggerik Terrace Coffee House : March & April 2011 Promotion

    Anggerik Terrace Coffee House
    March and April 2011 promotion



     Iced Blended Fever
    Buy one get 50% off for second glass (single receipt)

    Happy Hour
    Just RM 0.50 for every cup of Hot Tea or Coffee
    (From 3pm until 6pm, Weekdays only)


    Western Oriental
    With any order from Western Oriental Get
    Free of Hot Tea OR Hot Coffee OR 1 Scoop of Ice Cream
    OR
    50% off Dessert
    OR
    50% off Soup
    Please do not hesitate to call 03 – 5519 2069/78/75 ext 310 for any inquiry

    Hotel UiTM Shah Alam
    

    Thursday, March 10, 2011

    109 : Kerabu Terung Resepi Bonda




    Bahan-bahan :-

    5 biji terung panjang dicelur
    4 biji limau nipis...ambil airnya
    1 cawan santan pekat
    3 biji bawang merah
    1 sudu besar lada hitam
    2 ekor ikan direbus dan diambil isinya
    garam/gula secukup rasa
    1 sudu besar kerisik

    Cara-cara:-

    Tumbuk bawang merah , lada hitam dan isi ikan.
    Masukkan bahan tumbuk di dalam bekasm masukkan santan dan kerisik kemudian terung.Gaul rata dan masukkan gula dan garam serta perahan limau nipis.

    Sedia dihidangkan.Enak dimakan dengan nasi panas :)

    Wednesday, March 9, 2011

    Info : Skim Rumah Pertamaku



    Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

    Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


    Ciri-ciri dan Faedah Utama

    Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
    •Pembiayaan sehingga 100%
    •Harta kediaman sahaja


    Kriteria Kelayakan

    Peminjam/Pelanggan Yang Layak

    •Warganegara Malaysia

    •Pembeli rumah pertama

    •Individu berumur sehingga 35 tahun

    •Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

    •Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan ( pekerja swasta sahaja, kerja sendiri tidak boleh)
    •Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.


    Harta Yang Layak

    •Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

    •Nilai minimum hartanah RM100,000

    •Nilai maksimum hartanah RM220,000

    •Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)



    Keperluan Pembiayaan

    •Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun

    •Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
    •Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

    •Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)

    •Insurans/takaful kebakaran diwajibkan


    Permohonan

    Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

     Maklumat lanjut : http://srp.com.my/

    Monday, March 7, 2011

    Menu Untuk Si Cilik : Spiral Spageti Goreng Simple





    Bahan-bahan :-

    2 biji bawang putih diketuk
    1 batang kacang panjang dihiris
    1 mangkuk spiral spageti
    Kobis bunga
    1 biji telur
    Lada sulah
    Garam
    Keju

    Cara-cara :

    Rebus spiral spageti sehingga al dente.Toskan.

    Tumis bawang putih dengan olive oil dan masukkan telur.Masukkan spageti dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan lada sulah.Akhir sekali, tabur keju .Sedia untuk dihidangkan :)

    Tuesday, March 1, 2011

    Info : PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2011




    1. Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011. Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011 :
      • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
      • Penerapan Diploma Semester 03 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
      • Penerapan Asasi Undang-undang UiTM (PI005 / PI006) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
      • Penerapan Diploma Perakaunan AC 110 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
      • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
      • Penerapan Diploma UiTM (Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Mikrobiologi, Diploma Sains, Diploma Farmasi) ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan UiTM, Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM, Ijazah Sarjana Muda Pergigian UiTM
      • Penerapan AC150 UiTM ke AC 551 UiTM (CAT ke ACCA)
      • Penerapan AC160 ke AC 550 UiTM (CBA ke CIMA)
      Penggunaan url http://upu.mohe.gov.my menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Terima kasih.
    2. Bagi pemohon yang ingin memohon ke program berikut juga memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (program Pra Diploma/Diploma) , sesi Julai 2011 (program Profesional (kecuali Program LW pada September 2011) dan sesi September 2011 (program Ijazah Sarjana Muda) Permohonan online dan pembelian no. slip bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011. Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011 :
      PRA DIPLOMA
      PD 003
      Pra Diploma Perdagangan
      PD 005
      Pra Diploma Perakaunan
      PD 008
      Pra Diploma Sains
      PROFESIONAL
      AC 150
      CAT - Certified Accounting Technicians (UK)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      AC 160
      CBA - Certificate In Business Accounting
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      AC 550
      CIMA - The Chartered Institute of Management Accountants (UK)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      AC 551
      ACCA - Association of Chartered Certified Accountants (UK)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      AC 553
      CPA - Certified Public Accountants (Australia)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      AM 550
      ICSA - The Institute of Chartered Secretaries and Administrators (UK)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      BM 551
      CIM – Chartered Institute of Marketing (UK)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      BM 552
      CILT -  Chartered Institute of Logistics And Transport (UK)
      LW 222
      Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
      (PROGRAM BERTEMU DUGA)
      LW 601
      Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan
    3. Sila layari url berikut untuk jadual Sesi Pengajian Akademik UITM.
    4. Selain daripada program dan kategori diatas, permohonan kemasukan Sesi 2011 ke UiTM dan IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (UPU). Sila layari http://upu.mohe.gov.my/

     
    Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha