Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, November 10, 2009

29 : Laksa Penang






Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • Ikan sardin 1/2 kilo
  • Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
  • Bwg Merah (5 ulas)
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
  • Bwg Besar (dimayang halus)
  • Timun
  • Cili masak atau cili padi
  • Daun Salad
  • Telur Rebus
  • Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
  • Daun Kesum dan Bunga Kantan
  • Limau Nipis

Cara-cara

  1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
  2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
  3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
  4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
  5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
  6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
  7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang) 
 resepi credit to :here
 
Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain.
Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai.
Tapi kalau masuk pun tak der masalah.
Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .
Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri .
Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam
dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat 

 credit to : here

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss