Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, August 12, 2011

Berbuka Puasa Sup gear box di Hotel Grand Season




SUP gear box antara menu yang harus dicuba oleh setiap pengunjung di Hotel Grand Season.


SUP gear box antara menu yang harus dicuba oleh setiap pengunjung di Hotel Grand Season.

TAHUN ini Hotel Grand Season yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur menawarkan lebih 60 jenis makanan untuk tetamunya berbuka puasa sempena Ramadan.

Bertempat di Season Cafe Teh Halia, antara lauk-pauk yang dihidangkan merangkumi makanan tradisi Melayu, hidangan India, makanan laut Cina dan sajian Barat.

Makanan pengenalan hotel yang harus dicuba sebelum merasa hidangan lain sudah tentunya sup gear box.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Grand Season, Chef Randy Y.L Liow, sup tersebut hanya menggunakan bahagian-bahagian daging lembu terpilih.


"Rempah-ratus dan daging lembu itu akan direneh antara lima hingga enam jam bagi mendapatkan rasa daging lembu yang pekat pada sup.

"Bahan-bahan yang terpilih pula akan dipastikan segar dan berkualiti baik tanpa menggunakan rempah segera," ujar Chef Randy yang berpengalaman selama 28 tahun dalam bidang kulinari.

Tambah Chef Randy, pihak hotel turut menyediakan makanan tradisional lain seperti nasi kandar dengan lauk-pauk seperti kari kepala ikan gaya mamak Pulau Pinang dan kambing masak kicap berempah.

"Kami juga membawa khas seorang chef dari Johor yang pakar dalam memasak hidangan Melayu seperti pelbagai jenis kerabu, sate, masak ketam lemak cili api, daging kerutup, sotong sambal dan lain-lain," kata Chef Randy lagi.

Hidangan nasi beriani dari Johor dan rendang daging batang pinang juga disediakan bagi penggemar tegar kedua-dua masakan itu.

Sajian lain yang turut dihidangkan adalah kulinari India dengan makanan yang dikenali ramai iaitu roti naan dan ayam tandoori.

Berbeza dengan dijual di kedai-kedai mamak, roti naan yang terdapat di Hotel Grand Season lebih nipis dan rangup dan jika dicecah, kuah akan meresap dalam rongga roti dengan mudah.

Jika inginkan kelainan, kupang goreng ala kam heong, ikan tiga rasa gaya Cina dan makanan Jepun seperti sushi dan gulungan futumaki pasti membuka selera. - MOHD. ADLAN JAAFAR

Sumber credit to : here

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss