Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Monday, November 18, 2013

KEKOSONGAN JAWATAN PEJABAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UITM SHAH ALAM

 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputra Warganegara 
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan Jawatan 
Kontrak di Pejabat Teknologi Maklumat UiTM Shah Alam. 



 2. SYARAT KELAYAKAN


2.1 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer , Teknologi Maklumat atau
Kejuruteraan Perisian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,145.88 ] DAN
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



 2.2 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; DAN
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,745.69 ]
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
 Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON 

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
 Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod
 perkhidmatan yang dikemaskini.

b) Setiap permohonan mestilah disertakan dengan transkrip dan sijil SPM.

c) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang
dipanggil TEMUDUGA perlu membawa sijil asal, dokumentasi atau ringkasan eksekutif projek
yang pernah dilaksanakan untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada universiti selepas tiga (3) bulan dari
 tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM
http://pengambilan-infotech.uitm.edu.my/ dan membuat permohonan secara dalam talian
(‘ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 02 Disember 2013. Sebarang pertanyaan boleh
diajukan kepada :

Pengarah
Pejabat Teknologi Maklumat
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

No.Tel : (03) 5544 2191 / (03) 5544 2575 / (03) 55211809
Emel : pjwtninfotech@salam.uitm.edu.my

2 sedang makan:

salzahari said...

hi..i kwn blog Is. nak mntak tlg laa utk my niece...currently she is working at Alor Setar (Syarikat Air Darulaman/ SADA) F41 and her husband kat Sri Kembangan. she just lost her baby last 2 months...she desperately need new place to be with her husband..

Eliss said...

boleh la buat permohonan mana tahu ada rezeki. saya memang x boleh nak recommend apa2 cuma sampaikan maklumat ajer.

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss