Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Wednesday, January 29, 2014

Jawatan Kosong Pentadbiran 2014 INTEC Education College ( INTEC)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di INTEC Education College (INTEC) secara  Kontrak.


I.      JAWATAN


II.        SYARAT LANTIKAN

1)     PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

            Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)    Warganegara Malaysia;

b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)       (i)  Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN

d)  Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada         peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf                 dengannya oleh kerajaan.





2)     PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)

            Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)    Warganegara Malaysia;

b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)       (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


III.        PERHATIAN KEPADA PEMOHON

                 i)          Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

                ii)          Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

              iii)          Hanya permohonan yang di senarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

              iv)          Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



IV.        PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan Pentadbian yang boleh diperoleh dengan melayari laman web INTEC di www.intec.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Human Capital INTEC.

Sila kemukakan permohonan kepada  :

PENGURUS
PEJABAT HUMAN CAPITAL
INTEC EDUCATION COLLEGE
JALAN SENANGIN SATU, 17/2A
SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel:     03-55227018 / 55227023 / 03-55227024


Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Februari 2014.

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss