Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, April 8, 2014

PERMOHONAN PRA/DIPLOMA DI KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU UiTM SESI MEI 2014 & PERMOHONAN SARJANA MUDA e-PJJ/PLK SESI SEPTEMBER 2014

Dimaklumkan bahawa permohonan Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi September 2014  telah dibuka sehingga 25 Mei 2014 (Ahad), manakala tarikh akhir penghantaran borang permohonan dan dokumen sokongan pada 28 Mei 2014 ( Rabu).

Bagi permohonan Pra Diploma/Diploma secara usahasama dengan Kolej-kolej Bersekutu (KKB) pula, tarikh tutup permohonan online adalah pada 18 Mei 2014 (Ahad) dan tarikh akhir secara walk in di KKB pad 1 Jun 2014 (Ahad).


SESI KEMASUKANPERINGKAT PENGAJIANPERMOHONANTARIKH BUKATUTUP
SEPTEMBER 2014IJAZAHPERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA (KLIK DISINI)
25 MEI 2014
MEI 2014DIPLOMAPERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA (KLIK DISINI)
2 MAC 2014
MEI 2014PRA/DIPLOMAPERMOHONAN PRA DIPLOMA / DIPLOMA KOLEJ BERSEKUTU UiTM (KLIK DISINI)
11 FEBRUARI 2014
18 MEI 2014

Cara Memohon :-

1. Pemohon dikehendaki untuk membeli wang pos di mana-mana kaunter Pejabat Pos Malaysia
atas nama Bendahari UiTM dengan harga RM10 bagi setiap permohonan.

2. Permohonan boleh dibuat melalui :

• Aplikasi atas talian (online) : sila ke laman sesawang  www.online.uitm.edu.my/ined/
untuk mengisi borang permohonan. Pemohon diminta untuk membaca terlebih dahulu
“Syarat Kemasukan Program Akademik” sebelum mengisi borang permohonan.

• Datang terus (walk-in) ke Kolej-kolej Bersekutu pilihan masing-masing dengan
mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
i. Salinan kad pengenalan Calon, Ibu dan Bapa
ii. Salinan sijil kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
iii. Salinan sijil keputusan peperiksaan SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Nota : Semua salinan dokumen i, ii, dan iii di atas hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Pengambilan Pelajar iNED di talian 03-5522 5291/5584/5406.


Tuesday, April 1, 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 DI INTEC

JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di INTEC Education College (INTEC) secara  Kontrak.


I.      JAWATAN


 
 
II.        SYARAT LANTIKAN

1)     PENOLONG AKAUNTAN (GRED W27)

            Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)    Warganegara Malaysia;

b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)             
(i)     Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian perbankan atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan: RM1,667.08]

(ii)    Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan: RM1,892.68]

DAN

d)    Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


III.        PERHATIAN KEPADA PEMOHON

                 i)          Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

                ii)          Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

              iii)          Hanya permohonan yang di senarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

              iv)          Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



IV.        PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan Pentadbian yang boleh diperoleh dengan melayari laman web INTEC di www.intec.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Human Capital INTEC.

Sila kemukakan permohonan kepada  :

PENGURUS
PEJABAT HUMAN CAPITAL
INTEC EDUCATION COLLEGE
JALAN SENANGIN SATU, 17/2A
SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel:     03-55227018 / 55227023 / 03-55227205


Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 April 2014.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha