Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, April 8, 2014

PERMOHONAN PRA/DIPLOMA DI KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU UiTM SESI MEI 2014 & PERMOHONAN SARJANA MUDA e-PJJ/PLK SESI SEPTEMBER 2014

Dimaklumkan bahawa permohonan Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi September 2014  telah dibuka sehingga 25 Mei 2014 (Ahad), manakala tarikh akhir penghantaran borang permohonan dan dokumen sokongan pada 28 Mei 2014 ( Rabu).

Bagi permohonan Pra Diploma/Diploma secara usahasama dengan Kolej-kolej Bersekutu (KKB) pula, tarikh tutup permohonan online adalah pada 18 Mei 2014 (Ahad) dan tarikh akhir secara walk in di KKB pad 1 Jun 2014 (Ahad).


SESI KEMASUKANPERINGKAT PENGAJIANPERMOHONANTARIKH BUKATUTUP
SEPTEMBER 2014IJAZAHPERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA (KLIK DISINI)
25 MEI 2014
MEI 2014DIPLOMAPERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA (KLIK DISINI)
2 MAC 2014
MEI 2014PRA/DIPLOMAPERMOHONAN PRA DIPLOMA / DIPLOMA KOLEJ BERSEKUTU UiTM (KLIK DISINI)
11 FEBRUARI 2014
18 MEI 2014

Cara Memohon :-

1. Pemohon dikehendaki untuk membeli wang pos di mana-mana kaunter Pejabat Pos Malaysia
atas nama Bendahari UiTM dengan harga RM10 bagi setiap permohonan.

2. Permohonan boleh dibuat melalui :

• Aplikasi atas talian (online) : sila ke laman sesawang  www.online.uitm.edu.my/ined/
untuk mengisi borang permohonan. Pemohon diminta untuk membaca terlebih dahulu
“Syarat Kemasukan Program Akademik” sebelum mengisi borang permohonan.

• Datang terus (walk-in) ke Kolej-kolej Bersekutu pilihan masing-masing dengan
mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
i. Salinan kad pengenalan Calon, Ibu dan Bapa
ii. Salinan sijil kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
iii. Salinan sijil keputusan peperiksaan SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Nota : Semua salinan dokumen i, ii, dan iii di atas hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Pengambilan Pelajar iNED di talian 03-5522 5291/5584/5406.


0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss