Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Wednesday, September 30, 2009

18: Penang Char Kuey Teow




Bahan-bahan ( 2 org )

* * UTK PASTE *
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
* 1 sk gula
* * UTK MEE *
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh
* kerang
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur

Cara-cara

1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

resepi credit to : here

Tuesday, September 29, 2009

17 : Rempah Ikan Bakar



Bahan-bahan:-
Cili boh
Bawang merah dan bawang putih (dikisar sekali)
Serai dan halia(dikisar sekali)
air belacan
Gula melaka 1 ketul
Gula dan garam secukup rasa
Bunga kantan dikisar
Daun limau purut 3 helai

Cara Menyediakan:-
Panaskan minyak...
Tumiskan cili boh sehingga garing..
Lepas tu masukkan gula melaka..
Tumiskan pula bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..
Pastu masukkan serai dan halia..
Pastu masukkan bunga kantan yang dikisar tadi..
Masukkan air belacan,gula dan garam secukup rasa dan daun limau purut

Memula tu bakar ikan ala2 setengah masak macam tu, balik depan belakang, kendian taruk rempah ikan bakar ni dlm ikan tersebut.. selepas itu ikan di balut dengan daun pisang atau aluminium foil..

Monday, September 28, 2009

16 : Keropok Keping

 

Siapa yang ingin dapatkan KEROPOK IKAN PARANG TERENGGANU dengan harga RM 13.  RM12.00  Setengah Kilo, Sila dapatkannya daripada saya..

First come first serve :) Terhad :) TQ

Insya Allah, dijamin sedap...

 Self pickup only   @ PSMB, UiTM Shah Alam / @ Loji Pembersihan Air Sg Langat, Hulu Langat

email : elisssmie [ @] gmail.com

Tapi kalo rajin, sila laa buat sendiri :)

Ni resepi keropok lekor, kalo keropok keping, biasa dihiris dengan menggunakan mesin pemotong khas dan dijemur ditengah panas:)

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Ikan
    Bersihkan ikan.
  2. Koyak-ikan
    Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  3. Isi-ikan
    Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto.
  6. Lekor
    Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Rebus
    Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2.
 resepi credit to : here

Sunday, September 27, 2009

Info 8 : Kad Raya

Selamat Hari Raya
Buat semua rakan-rakan dan blogger :)

Wednesday, September 16, 2009

15 : Kerepek Pisang


Bahan-Bahan :

2 biji pisang tanduk yang setengah masak (dihiris tipis-tipis)
Minyak untuk menggoreng
2 cawan gula
1½ cawan air
5 sm kulit kayu manis
Cara-cara:
Pijarkan minyak yang banyak di atas api yang panas. Gorengkan hirisan pisang hingga kuning dan garing. Masukkan gula ke dalam sebuah kuali yang bersih. Masukkan air dan kulit kayu manis. Jerangkan di atas api, sambil mengacaunya hingga gula hancur. Didihkan hingga pekat sedikit. Masukkan kerepek pisang. Kacau hingga berbalut rata-rata. Angkat dari api dan keluarkan kayu manis. Sejukkan betul-betul sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara.


Resepi credit to :here

Tuesday, September 15, 2009

14 : Tat Nanas



Bahan2:
Bahan-bahan untuk inti:
4 cawan nanas parut
3 ½ cawan gula
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan untuk kulitnya:
500 gm tepung gandum
300 gm tepung naik sendiri
500 gm mentega
2 biji kuning telur
¼ sudu teh serbuk vanilin

Bahan hiasan:
1 biji kuning telur dipukul sedikit
Bunga cengkih secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Cara2:
Ayak kedua jenis tepung dalam mangkuk adunan.
Masukkan mentega dan gaul sampai berbiji.
Tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit dan campurkan serbuk vanilin.
Uli perlahan. Biarkan selama 15 minit.
Sekiranya adunan terlalu lembut masukkan sesudu tepung gandum dan uli sampai sebati, sepertimana adunan tat biasa.
Ambil sejemput adunan.
Leperkan, masukkan inti dan bentuk seperti nanas.
Gunting atasnya untuk membuat kulitnya.
Cucukkan bunga cengkih sebagai tangkainya.
Sapu telur merah dan isikan dalam mangkuk kertas serta bakar sampai masak.

Resepi credit to : here

Monday, September 14, 2009

13 : Kerepek Gunting

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2...)
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Caranya:
  • Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
  • Tuang bahan kisar kedalam tepung
  • masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
  • Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
  • Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
  • Kemudian canai nipis2...& panjang
  • taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
  • potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
  • ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
  • pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma)
  • Bila dah garing angkat dan sejatkan
  • Siap untuk dimakan
resepi credit to : here

Tapi kalo malas...beli jer :) ngan niza...

Entry adalah dicilok dari SINI.

Untuk tempahan sila hubungi owner blog ni yer :)
Raya dah nak dekattt ni kannn... Apa juadah korang raya ni haa?? Aku nk beraya umah korang nihh...hehe

Biskut raya? Ketupat? Dodol?? Ooohh itu semua hidangan biasa di hari raya..

Meh aku nk promote sikit hidangan istimewa di hari aidilfitri korang....Bukan takat time raya ja boleh makaannn, nak makan lani pun bulehhh.... tapi lepas buka pose lerrr...

Ex-schoolmate aku mintak tolong la aku promote kan kerepek gunting mak dia buat...aku panggil mak dia mak aji..hahaha

mmg marveless laaahh cakap luu....

Dah kekdahnya orang tua-tua yang membuat.. mengadun tepung, menguli tepung, gunting satu-satu, menggoreng sumaaa nyaaa tradisional wehh demi menjaga kualiti kerepek gunting diaa....

Special import dari Kedah nun.. rangup dan sangat 'addicted'.. makan sekali nak lagi nak lagi...

Cepat-cepat weh mai beli kasi test satuu.. dijamin puas hati...

Harga RM13 untuk sebungkus.... berbaloi baloi...

Zaman la ni tak dak orang rajin nak gunting-gunting bagai kott... siap letak daun kari bagi wangiii...



Mari mari semuaaa mai beli.. Sapa nak roger2 la aku.... dan untuk warga UiTM, mai la jenguk kat Unit Dokumen ni haa... mcm tak tau pulekkk....:p



Sekali cuba pasti nak lagiiii..

Kerepek Gunting Mak Aji
RM 13 12 / bungkus

Mai beli la ni jugakk!!!!!!

Friday, September 11, 2009

12: Daging Black Pepper

Atas permintaan Cikgu Nani



Bahan-bahan:-


1)Daging ikut suka banyak mana
2)Dikisar- Lada Hitam ikut suka(kalo nak lebih pedas buh banyak), bawang merah , bawang putih
3)Hiasan- lada merah dan bawang besar
4)Sos Cili
5)Kicap
6)Serbuk perasa
7)Garam

Cara-caranya:-

1)Rebus dahulu daging sampai empuk..
2)Masukkan minyak dan tumis bahan kisar.
3)Masukkan Sos Cili , kicap,serbuk perasa, garam, lada merah dan bawang besar...
4)Siap..sedia utk hidang..

p/s: kalo ganti dengan hati lembu pun sedap...

Thursday, September 10, 2009

Info 7: JEMPUTAN KE JUALAN JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan jualan ”Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya”. Program ini bertujuan untuk membantu para pengguna mendapatkan bekalan barangan keperluan khususnya untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri pada harga yang lebih berpatutan berbanding harga pasaran. Sehubungan itu, Kementerian ini dengan besar hatinya ingin menjemput semua untuk menghadiri jualan tersebut seperti ketetapan berikut: -

Tarikh            :           11-13 September 2009
Masa             :           10.00 pagi – 9.00 malam
Tempat          :           Berhadapan Bazaar Ramadhan, Presint 2, Putrajaya


Tuesday, September 8, 2009

Info 6 : Peluang Belajar di UiTM Dihatiku

Tawaran masih terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM...

Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi kemasukan sesi Disember 2009 secara sepenuh masa atau separuh masa melalui program-program pengajian seperti berikut:
1.Asasi / Diploma / Pra Diploma-Lepasan SPM / Setaraf ...

2.Ijazah Sarjana Muda-Lepasan STPM / Matriks / Diploma / Setaraf

3.Profesional dan Lepasan Ijazah-AC150, AC550, AC551, AC553, AM550, LW601
-Secara Sepenuh Masa atau Separuh Masa



TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Asasi/Diploma/Pra Diplomadan Ijazah Sarjana Muda:

-30 September 2009 (12:00 malam)


Profesional dan Lepasan Ijazah:

-30 September 2009 (12:00 malam)

info : dari sini

p/s: masih banyak lagi kekosongan khabarnya.....

Friday, September 4, 2009

Info 6: Exclusive Online Deals from Ogawa just for You

As you might have already knew, Ogawa is having a Mega Raya promotion where all their items are sold at 50% of their retail price! But guess what?You are entitled to a special online promotion for 4 exclusive items from Ogawa offering up to 70% discount!!

ogawa-coupons-view.JPG

Click on the image above and print out the vouchers (color or BW are both accepted). Just bring along the printed voucher to any Ogawa centres in Malaysia and you can make purchase for any of the 4 items for the exclusive online price!! There are no limits to how many times you can print the vouchers, so by all means you can print and share them with your friends, family and colleagues!Start printing and enjoy these special online promotions from Ogawa now.

Be sure to also check out OgawaWorld.net to find out more about their Mega Raya promotion! You don’t want to miss out sales giving 50% discount and win up to RM10, 000 shopping vouchers and a shopping experience with Aznil!

Info 5 : Inginkan Duit Raya?

mysuperkids giveaway


Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!


weblog popular 1Malaysia



Mommy Lina telah berbesar berkecil hati membuat giveaway,

The PRIZES will be:

1st:
PETRONAS fuel voucher worth RM70
Special blog review by MySuperKids
2nd:
PETRONAS fuel voucher worth RM50
3rd:
PETRONAS fuel voucher worth RM30

How to join?
Very easy-peasy. Sangat-sangat senang.
Just copy and paste code yang  Mommy Lyna provide to your sidebar, and inform them when you’re done. Simple, ain’t it?
  1. Tampalkan code di atas di sidebar – 1 KAD CABUTAN <— ini syarat wajib utk sertai giveaway ni.
  2. Buat satu entry ringkas, just copy+paste code di atas juga dalam entry anda – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  3. Buat satu lagi entry tentang giveaway ni dengan backlink ke MySuperKids – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  4. Add MySuperKids.net di blogroll – 1 LAGI KAD CABUTAN (yg dah add pun dikira).
  5. Masukkan link entry ini di FaceBook (notes/status/wall,etc.) – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  6. Masukkan link entry ini di Twitter – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  7. Kalau ada lebih dari satu blog dan buat benda yang sama – CABUTAN DIKIRA 2 KALI.
Makin banyak anda buat, makin banyaklah peluang untuk menang :D
Senang je kan?

*this giveaway is open to everybody and anybody. if you don’t have blog and you’re interested to be in, just create a simple blog with www.blogger.com or www.wordpress.com or any bloghosting your prefer and just do the same thing :) Senang kan.

**this giveaway is closed on 30 September 2009 (still mood raya lagi kan? Open house tak habis lagi tu)

Apa lagik, terjah laa skang...hikss

p/s: Kalo menang, jimat aku nak balik trg ni..hehehehe

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha