Thursday, September 30, 2010
Tempat Makan : Kak Nora, Seksyen 7
Dapur Berasap Pada Jam 3:04 PM 0 sedang makan
Labels: tempat makan
Wednesday, September 29, 2010
Info 50 : IBM Capitalize on the Power of an IBM Solution Seminar, 14-Oct-2010 (Thu)
Date: 14th October 2010,Thursday
Time: 9:30am - 4:30pm (registration starts at 9:00am)
Venue: Tulip Room,Concourse Level,One World Hotel
To RSVP, please contact Catherine or Calvin at 03-2091 9045 or email ibmcapitalize@ap-comms.com
Online Register : here
More info : here
Dapur Berasap Pada Jam 9:00 AM 0 sedang makan
Labels: info
Tuesday, September 28, 2010
Tempat Makan : JM Beriani Shah Alam Seksyen 7
Dapur Berasap Pada Jam 9:00 AM 0 sedang makan
Labels: tempat makan
Monday, September 27, 2010
Info 49 : PROGRAM KURSUS HAJI/UMRAH INTENSIF PERINGKAT UiTM 2010/1431H ANJURAN CITU
Dimaklumkan bahawa Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam akan menganjurkan program seperti di atas. Butir-butir program adalah seperti berikut :
Tarikh : 5 – 6 Oktober 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama Pusat Islam
KURSUS TERBUKA UNTUK SEMUA STAF UiTM. UNTUK MENCARI DAN MENAMBAHKAN ILMU TENTANG HAJI DAN UMRAH.
ORANG LUAR JUGA DIALU-ALUKAN DENGAN BAYARAN RM 20.00.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust. Hj. Md. Idris Abdullah ext: 2353, Puan Norasmiza ext – 5638 dan Puan Ropenah ext – 2350
Dapur Berasap Pada Jam 1:51 PM 0 sedang makan
Labels: info
Friday, September 24, 2010
Info 48 : Seminar Strategi Menjawab Soalan SPM pada 25/9/2010
Program Seminar Strategik menjawab soalan SPM anjuran MITASA / UTUSAN
Tarikh : 25/9/2010
Masa: 8.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah INTEC, Blok U, UiTM Seksyen 17, Shah Alam.
Pendaftaran masih dibuka. Sila daftar segera.
Pembayaran yuran ke akaun MITASA, (Affin Bank) No : 100140005313
atau bayar pada hari pendaftaran jam 8.00 pagi, 25/9/2010.
Untuk pertanyaan: 0193598641 / 0194588373
Dapur Berasap Pada Jam 10:00 AM 0 sedang makan
Labels: info
Wednesday, September 22, 2010
Info 47: Oat Cegah Risiko Sakit Jantung
ADAKAH jantung anda dalam keadaan baik? Ia perlu difikirkan setiap wanita apabila penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia malah lebih bahaya daripada semua penyakit kanser secara keseluruhan.
Mulai 1990 sehingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sebanyak 135 peratus. Pada 2006, 23 peratus kematian wanita disebabkan penyakit jantung, suatu yang amat membimbangkan apabila ia membabitkan satu kematian bagi setiap empat wanita.
Beberapa cara berikut dapat memberi penerangan mengenai keadaan jantung.
Lemak di sekeliling pinggang dan kawasan perut menandakan risiko lebih besar daripada lemak pada sebahagian bawah tubuh badan.
Ini bermakna wanita yang mempunyai bentuk badan buah epal iaitu lemaknya tertumpu di dalam perut berbanding punggungnya mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih besar daripada wanita yang mempunyai bentuk badan buah pear iaitu wanita yang mempunyai punggung lebih besar dan pinggul kecil.
Lemak abdomen juga boleh diketahui dengan mengukur lilitan pinggang. Ukuran melebihi 80 sentimeter (32 inci) menandakan anda obes dan mempunyai risiko besar untuk mendapat sakit dada, sakit jantung ataupun strok dan diabetes.
Indeks berkenaan menunjukkan hubungan antara berat dan ketinggian iaitu berkait rapat dengan lemak badan dan risiko kesihatan.
Bahagi berat anda dalam kilogram dengan dua kali ketinggian dalam meter (kilogram/m2). Indeks jisim tubuh 25.0 hingga 29.9 adalah berlebihan berat badan dan lebih daripada 30 adalah obes.
Berlebihan berat badan atau obes menjadikan fungsi metabolik anda dalam satu keadaan huru-hara dan membawa kolesterol darah tinggi, glukosa darah tinggi dan tekanan darah tinggi - tiga faktor utama kepada penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Paling teruk apabila anda mempunyai salah satu daripadanya, ia mengambil masa tidak lama untuk mendapatkan dua yang lain.
Paras kolesterol juga dapat menentukan risiko anda mendapat penyakit jantung. Doktor mencadangkan wanita harus memastikan jumlah paras kolesterol mereka di bawah 5.2mmol/L, kolesterol tidak baik (LDL-C) lebih rendah daripada 2.6 mmol/L dan kolesterol baik (HDL-C) lebih tinggi daripada 1.3 mmol/L.
Terlalu banyak kolesterol tidak baik memang berbahaya untuk kesihatan kerana ia menjadi toksik dan menghasilkan plak (satu proses dinamakan aterosklerosis). Ia menyempitkan ruang salur darah yang akan menyekat pengaliran darah.
Apabila aliran darah jantung tersumbat, seseorang akan mengalami serangan jantung dan jika berlaku kepada otak, seseorang itu akan mendapat strok.
Berikut tip berguna untuk melindungi jantung:
1. Rendah dan tinggi yang betul. Langkah pertama mengamalkan diet yang memastikan jantung sihat dan berkeadaan baik. Dua prinsip mudah untuk diingati - rendah lemak, tinggi serat.
Kurangkan makanan berlemak contohnya makanan bergoreng dan berminyak. Dapatkan makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau dipanggang.
Pada masa sama, pilih makanan yang tinggi serat. Mulakan mengambil sayur-sayuran yang dimasak sedikit, mengambil buah-buahan dengan kulit, memilih bijirin dan roti gandum penuh. Satu sumber makanan yang kaya dengan serat adalah oat.
2. Faktor oat. Oat adalah 100 peratus makanan semula jadi yang boleh melakukan satu perubahan besar untuk kesihatan jantung. Diet yang tinggi dengan bijirin oat atau bran oat serta diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Oat adalah makanan yang kaya dengan serat larut, sejenis serat yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Ia mengikat bendalir hempedu yang sarat dengan kolesterol di dalam perut dan menghalang kolesterol daripada memasuki aliran darah, menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Selain merendahkan paras kolesterol, oat turut membantu mengurangkan berat badan. Sebagai satu sumber tenaga rendah lemak, oat memerlukan masa lebih panjang untuk dihadamkan. Ini bermakna, ia membuatkan kita kenyang untuk jangka masa yang panjang.
3. Nutrien lengkap. Memandangkan serat larut oat amat penting, terdapat tiga nutrien lain yang harus diambil oleh wanita sebagai keperluan harian mereka iaitu kalsium, zat besi dan asid folik.
Ketumpatan tulang akan merosot dengan peningkatan umur dan bilangan kalsium mencukupi untuk memperbaiki kesihatan tulang serta menghalang osteoporosis. Ini kritikal kerana kajian menunjukkan seorang daripada dua wanita berumur lebih 50 tahun mempunyai masalah osteoporosis.
Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah dan peredaran darah yang sihat. Kekurangan zat besi membawa kepada kekurangan darah yang biasa berlaku di kalangan wanita ketika datang haid.
Asid folik adalah satu kemestian untuk semua wanita di peringkat usia subur. Asid folik bukan saja boleh menyokong penghasilan sel darah merah dan menghalang kekurangan darah, ia dapat mengurangkan risiko mendapat bayi dengan satu kecacatan tiub neuron.
4. Kekal aktif. Wanita hari ini kekal aktif berterusan dan ia bukan mudah untuk makan secara betul. Justeru, makanan yang mudah menjadi pilihan.
Pilih produk makanan yang mengandungi cukup nutrien seperti serat larut oat, asid folik, zat besi dan kalsium yang boleh diambil dengan mudah.
5. Mulakan langkah. Sesibuk mana jadual anda, luangkan waktu untuk bersenam. Anda sudah menikmati makanan dengan betul, mengapa tidak memaksimumkan faedah dengan menambah senaman biasa?
Misalnya, anda boleh memaksimumkan faedah pengambilan kalsium dengan latihan berat untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Apa yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 20 minit senaman setiap hari dalam seminggu.
Walau apapun umur anda, belum terlambat untuk berfikir mengenai jantung anda. Lakukan sedikit perubahan menerusi cara makan serta senaman, mulakan sedikit langkah dan berusaha.
Tauhu sumbat Quaker Oats
Bahan A:
8 keping tauhu (separuh keras)
1/2 cawan air
Bahan B:
40 gram Quaker Oats Cepat Dimasak
30 gram ubi sengkuang - dipotong kecil
20 gram lobak merah - dipotong kecil
3 gram atau sehelai daun ketumbar - dihiris halus
1 camca besar sos tiram
Serbuk lada secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan menggoreng:
2 cawan minyak masak
Cara menyediakannya:
- Potong setiap keping tauhu kepada dua keping bentuk segi tiga.
- Campurkan semua bahan B dalam satu mangkuk hingga sebati untuk dijadikan inti.
- Keluarkan isi tauhu menggunakan pisau.
- Sumbatkan inti ke dalam setiap keping tauhu yang ada.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Setelah cukup panas, goreng hingga berwarna kuning keemasan.
- Alihkan dan hidangkan.
Sumber : SINI
Dapur Berasap Pada Jam 11:37 AM 0 sedang makan
Labels: info
Friday, September 17, 2010
Info 46 : Roti Untuk Kesihatan
Diadun daripada bahan berkualiti premium, hidangan baru ini secara khasnya diuli, direka bentuk dan dibakar hingga mencapai tahap kesempurnaannya.
Diilhamkan daripada alam semula jadi yang ringkas, roti dan pastri BreadTalk X Nature lembut dan anjal di luar, gebu, tidak mengandungi telur serta rendah kandungan gula.
Ia menggunakan buah zaitun, beri biru dan kismis yang dipilih dengan teliti. Antara roti yang bakal menjadi pilihan ramai adalah roti Perancis dengan buah zaitun. Teksturnya lembut dengan rasa asli buah zaitun Mediterranean. Hanya sapu mentega berkrim bersama roti berkhasiat ini untuk dinikmati ketika bersarapan.
Selain itu, roti Perancis dengan kismis yang lembut dan menyegarkan sesuai digandingkan bersama hidangan teh untuk waktu tengah hari.
Hidangan ayam dengan keju Parmesan pula menyediakan roti berinti cebisan daging ayam dan cendawan diperkayakan dengan sos keju berkrim bersama parutan keju Parmesan.
Ia dibalut dalam ban yang gebu dan kenyal, sekali gus menjadi hidangan mengenyangkan pada bila-bila masa.
Untuk pencuci mulut pula, antara pilihan ialah roti coklat berkrim keju.
Jika ingin mencuba sesuatu yang berbeza, antara pilihan ialah Spring in The City iaitu gabungan isi ayam dengan daun bawang dan lobak merah disaluti tepung digoreng garing. Tidak ketinggalan, roti bakar Popeye dengan perisa istimewa iaitu manisan berkhasiat diadun dengan bayam segar bagi mereka yang gemarkan sayur-sayuran sebagai asas bahan makanan harian mereka.
Sajian berkenaan boleh didapati pada harga serendah RM2.80 hingga RM7.60 untuk ban, roti, kek kering dan gulungan swiss. Ia kini boleh didapati di semua cawangan Breadtalk di seluruh negara.
sumber : sini
Dapur Berasap Pada Jam 11:12 AM 0 sedang makan
Labels: info
Wednesday, September 8, 2010
84 : Acar Jelatah / Acar mentah
1 batang timun
1 biji cili merah
Kobis dihiris halus
2 ulas bawang merah dihiris halus
Cara-cara:-
Masukkan cuka kedalam mangkuk dan gula.Kacau gula sampai larut dan boleh masukkan bahan-bahan diatas.
Sesuai dimakan dengan nasi minyak atau nasi tomato!
Dapur Berasap Pada Jam 12:23 PM 0 sedang makan
Labels: sayur
Tuesday, September 7, 2010
Monday, September 6, 2010
83 : Nasi Minyak Ala Eliss
Bahan-bahan :-
2 sudu besar planta
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
1 inci halia
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
6 biji buah pegaga
3 cawan beras
3 cawan air
1 cawan susu cair
½ camca kecil pewarna kuning
sedikit garam
kismis
Cara-cara:-
Goreng bawang besar dan bawang putih dengan planta sehingga kekuningan. Masukkan rempah ratus dan halia . Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair, garam dan pewarna kuning. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.
Dapur Berasap Pada Jam 3:24 PM 0 sedang makan
Labels: nasi
Friday, September 3, 2010
82 : Kuih Tok Aji Serban Resepi Bonda
Bahan-bahan:-
Lapisan Bawah
1 cawan pulut untuk loyang bulat yang sederhana besar.
Santan cair
Garam
Gula
1 helai pandan yang disimpul
Lapisan Atas
Santan pekat dari satu biji kelapa
Gula pasir (secukup rasa)
Gula Melaka / Nisan Terengganu 1 ketup
5 biji telur
1 sudu teh garam
Air daun pandan
Cara-cara :-
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan toskan sehingga tiada ada dalam beras pulut tersebut.
2. Masukkan santan cair ,2 inci dari ketinggian pulut tu.
3. Masukkan garam dan gula dan gaul rata dan daun pandan.
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil-sambil tu, jangan lupa kacau pulut tersebut supaya senang nanti nak potong.
6.Keluarkan dari kukusan.
7. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik dengan plastik.
*Masukkan kain dalam plastik dan tekan.Hati-hati pulut panas yer..
Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan tapiskan.Masukkan kedalam pulut tadi.
2. Jerang dahulu kukusan sampai menggelegak, kemudian baru masukkan loyang.
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru potong.
Dapur Berasap Pada Jam 8:54 AM 2 sedang makan
Labels: kuih muih
Thursday, September 2, 2010
Info 45 : Warehouse Sales @ The Atria Shopping Centre From 3rd - 5th September 2010
Venue: Lot 3.01, Tingkat 3, Block B, The Atria Shopping Centre,
Jalan SS22/23, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Time: 10.30am – 7.00pm.
Date: 03rd – 05th September 2010
Dapur Berasap Pada Jam 9:23 AM 0 sedang makan
Labels: info