Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, September 3, 2010

82 : Kuih Tok Aji Serban Resepi Bonda


Bahan-bahan:-

Lapisan Bawah
1 cawan pulut untuk loyang bulat yang sederhana besar.
Santan cair
Garam
Gula
1 helai pandan yang disimpul

Lapisan Atas
Santan pekat dari satu biji kelapa
Gula pasir (secukup rasa)
Gula Melaka / Nisan Terengganu 1 ketup
5 biji telur
1 sudu teh garam
Air daun pandan

Cara-cara :-

Lapisan Bawah

1. Basuhkan pulut dan toskan sehingga tiada ada dalam beras pulut tersebut.
2. Masukkan santan cair ,2 inci dari ketinggian pulut tu.
3. Masukkan garam dan gula dan gaul rata dan daun pandan.
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil-sambil tu, jangan lupa kacau pulut tersebut supaya senang nanti nak potong.
6.Keluarkan dari kukusan.
7. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik dengan plastik.
*Masukkan kain dalam plastik dan tekan.Hati-hati pulut panas yer..

Lapisan Atas

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan tapiskan.Masukkan kedalam pulut tadi.
2. Jerang dahulu kukusan sampai menggelegak, kemudian baru masukkan loyang.
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru potong.

2 sedang makan:

sumpit said...

wow ada gak nama gini ek... kalo buley pic kasi la yang jelas sikit yer... tak pernah tengok lagi kuih tu...

KORANG BACA LA SENDIRI!!!

eyda said...

Sdap...dh try buat

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss