Permohonan
adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di INTEC
Education College (INTEC) secara Kontrak.
I. JAWATAN
II.
SYARAT LANTIKAN
1)
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan
seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;
c)
(i) Diploma dalam
bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer)
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2)
PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;
c)
(i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan
penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan.
III. PERHATIAN KEPADA PEMOHON
i)
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18
tahun ke atas.
ii)
Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan
sijil-sijil yang disahkan.
iii)
Hanya permohonan yang di senarai pendek akan dipanggil
untuk temu duga.
iv)
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga
(3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
IV. PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan
Jawatan Pentadbian yang boleh diperoleh dengan melayari laman web INTEC di www.intec.uitm.edu.my
dan juga boleh didapati sendiri di Pejabat Human Capital INTEC.
Sila kemukakan permohonan kepada :
PENGURUS
PEJABAT HUMAN CAPITAL
INTEC EDUCATION COLLEGE
JALAN SENANGIN SATU, 17/2A
SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-55227018
/ 55227023 / 03-55227024
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Februari 2014.