Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
- Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Bumiputera sahaja.
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
- SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Bagaimanapun permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan secara pos mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.
- Untuk Bukan Staf UiTM
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Untuk Staf UiTM sahaja
Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf
- Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
NO.TEL: (03) 5544 3089/3090/3092/3093
NO.TEL: (03) 5544 2166/2550/2602/2210- Bantuan Teknikal
Email: perjawatan@salam.uitm.edu.my
UNTUK MEMOHON ----> KLIK SINI
Info 35 : Permohonan Jawatan Kosong UiTM Tarikh Tutup 26/04/2010
















