Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Thursday, April 15, 2010

Info 35 : Permohonan Jawatan Kosong UiTM Tarikh Tutup 26/04/2010

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


1)   Syarat Permohonan
  • Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Bumiputera sahaja.
2)   Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
  • Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
3)   Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan : 
  • Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
4)   Syarat Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut:-
  • SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Bagaimanapun permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan secara pos mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.
5)   Cara Memohon
  • Untuk Bukan Staf UiTM

    Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  • Untuk Staf UiTM sahaja

    Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf
6)   Tarikh Tutup Iklan : 26/04/2010
7)   Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga .
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .
8)   Pertanyaan
        Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.
        Bahagian Pengurusan Perjawatan
        Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

        Pejabat Pendaftar
        Universiti Teknologi MARA
        40450 Shah Alam
        Selangor Darul Ehsan
        NO.TEL: (03) 5544 3089/3090/3092/3093
        NO.TEL: (03) 5544 2166/2550/2602/2210- Bantuan Teknikal
        Email: perjawatan@salam.uitm.edu.my 



UNTUK MEMOHON ----> KLIK SINI 
 

Tuesday, April 13, 2010

54: Ketam Berlada /Chili Crabs



Bahan-bahan:-

5 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu cili boh
2 sudu kicap cair
1 biji telur dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu Sos tomato
1 sudu Sos cili
Bahan perasa


Cara-cara:-

Tumis bawang putih sampai naik bau.Masukkan cili boh, kicap cair, sos tomato, sos cili , garam dan bahan perasa.
Masukkan ketam.Lepas hampir masak, masukkan telur.Hidangkan panas-panas.

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached




Semua IT gadget sekarang menghadkan penggunaan wayar.Contohnya wireless mouse ni.Antara contoh lain seperti wireless router, wireless speaker dan macam -macam lagilah wireless.Maklumlah zaman serba moden ni kan semua nak wireless.Tapi kalo wireless menjadikan kerja menjadi amat mudah kan?Tak perlu wayar dan tak payah cucuk mana-mana.Mudah jugak kena curi ni..hehehe,So berhati-hati lah yer.Prevention is better than cure :)

So, dengan inisiatif tanpa wayar ni, PI mengeluarkan modem terbaru betul-betul tanpa wayar punya! Portable Modem Wiggy :) Just plug and play sahaja seperti kebanyakan modem yang berada dipasaran dan maklumat adalah dihujung jari anda...Selain dari tu, dengan Portable Modem Wiggy ini, anda boleh browse internet di mana sahaja.Tak perlu duduk jer dalam bilik kan.Sebagai blogger tegar, mestilah nak selalu update belog, atau twitter dan facebook kan?



Macam ni baru betul-betul potong kan?



Terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan di P1.


Ini antara yang ditawarkan menggunakan WIGGY !


Kalau ada sebarang masalah, tak faham ker dan nak mendapatkan maklumat tambahan, boleh jer chat terus dengan pihak PI Sales Chat yang sedia membantu anda.Mesti layanan yang terbaik punya dari P1.


Tapi, kalo nak tahu kawasan anda support atau tidak PI ni, korang boleh rujuk SINI.
Ataupun cuma check melalui SMS sahaja.Mudah bukan??


Langkah 1:
Taip P1House NoStreet NameCityPostcode
Contoh.: P1 10, Jalan 2/23D,Setapak,53000

  Langkah 2: Hantar SMS kepada 36660.

Langkah 3: Anda akan menerima SMS yang menyatakan kawasan anda mempunyai liputan P1 W1MAX atau tidak.


p/s: Kang tak pepasal network takdak tapi dah terbeli pula.

Kalo dah ada liputan tu, apa tunggu lagi.Sign up jer lah kan?


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Friday, April 9, 2010

53 : Ayam Percik



Bahan-bahannya:-


Bahan A
2 atau 3 batang serai
cili boh
santan
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
bawang putih 3 biji
Santan kalo kotak kecik dah laa(separuh guna masa nak blend, separuh masukkan ke dlm periuk)


Bahan B
asam keping
bahan perasa
gula
garam

AYAM



Ayam tadi direbus setengah masak sebelum dibakar untuk mempercepatkan proses pembakaran.Ayam ini dilumur kunyit dan garam sebelum direbus macam nak buat goreng gitu.


Cara-caranya:-

UTK KUAH

Kisar kesemua bahan diatas (bahan A)..dengan santan . Untuk mengurangkan kepekatan, tambahkan sedikit air Kalau guna santan bukan dalam kotak, guna air lebihan terakhir santan yang diramas.
Kemudian masukkan kedalam santan yang telah diblender tadi kedalam santan yang telah dimasukkan ke dlm periuk..

Panaskan api.

Masukkan Bahan B.


UTK AYAM

 

Bakar ayam (tidak terlalu lama sebab air ayam sudah kering semasa direbus tadi ) dan siramkan dengan kuah . Separuh daripada kuah tadi disimpan untuk dibuat kuah .


Hidangkan bersama nasi panas. Insya Allah, terangkat :)

Thursday, April 8, 2010

52 : Kerabu Epal Udang Sotong


Bahan-bahan:-

500 gm udang (direbus)
4 ekor sotong dipotong bulat (direbus)
5 biji cili (ditumbuk halus)
3 batang serai (dihiris)
1 biji epal dipotong nipis
2 biji tomato (dibelah empat)
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah dipotong dadu
1 biji limau nipis (diambil airnya)
2 sudu besar besar sos ikan

Cara-cara:-

Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan.

Wednesday, April 7, 2010

Info 34 : Spice Up - Bahan Pemerap Citarasa Malaysia

HASIL DARI SOKONGAN SERTA PERMINTAAN WARGA UiTM, KINI "SPICE UP" BERADA DI PASARAN...

 


SPICE-UP
Bahan Pemerap Citarasa Malaysia
 
Bahan pemerap istimewa bercitarasa Malaysia adalah produk penyelidikan yang memengani pingat perak IID 09 UiTM. Spice Up amat sesuai untuk kaedah Memanggang (BBQ), Menyalai, Mengoreng serta Membakar Daging Lembu, Daging Kambing, Ayam dan Ikan. Di botolkan dalam dua pilihan asas (paprika & kunyit). Bagi Spice Up yang berasaskan kunyit, ia juga amat sesuai untuk ayam goreng, tempe goreng dan ubi kayu goreng. Ia memudahkan para suri rumah dan sesiapa saja yang menggemari BBQ, Ikan Bakar, Ayam Goreng Berempah dan Ayam Percik.
 
 
Kaedah Penggunaan
 
Goncangkan SPICE-UP terlebih dahulu sebelum digunakan bagi membolehkan ramuan menjadi sebati. Sapukan ramuan tersebut pada permukaan daging/ayam/ikan sehingga rata. Garam telah sedia ada, boleh ditambah mengikut citarasa. Perapkan selama 30 minit (lebih lama lagi baik) sebelum dimasak.
 
 
Bahan – bahan
 
Bawang Merah, Bawang Putih, Jintan, Serbuk Paprika/ Serbuk Kunyit, Gula, Garam dan Minyak Kelapa Sawit .
    
Kini boleh didapati di oulet – outlet Hotel UiTM atau hubungi Shazali 013 2499309 atau Khairul 012 6876512 untuk penghantaran terus. Pengedar diperlukan.
 
 
Harga RM 12 sebotol

Tuesday, April 6, 2010

51: Fruits Chocolate Fondue

 
 
Ingredients:
1/2 cup butter
1/2 cup unsweetened cocoa powder
3/4 cup sugar
1/2 cup heavy cream
1 teaspoon vanilla

Directions:
Melt butter in a medium saucepan. Remove from heat.

Add cocoa, sugar, and cream. Heat until smooth. Remove from heat and stir in vanilla.

Serve with slices of fruit (banana, pinapple, strawberries, apple), chunks of pound cake and marshmallows.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha