Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, November 30, 2010

Info 65 : Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!



BlackBerry® Bold 9780

RRP RM1,888

Leave the dull to the masses. With BlackBerry® Bold9780's, you're one of a kind. Its rich features and stylish look will make fans of even non-believers

Watch the video Subscribe with plan


5MP camera
3.15MP camera
512MB on board
256MB on board
Blackberry OS 6
Blackberry OS 5
The new Bold™ 9780 is a step up from Bold™ 9700 with superior enhancements. Polished with a 5 MP camera and a 512 MB memory. Yet, at the core of its fantastic appeal is the new BlackBerry® 6 OS. BlackBerry® Bold™ 9780 is an obvious enrichment.

Key Features:
Blackberry 6
Packed with the new BlackBerry®6 OS, BlackBerry®Bold9780 will drive you towards simplicity with a touch of class. Not only will you be able to update all your social feeds at once, you can also surf websites faster with a richer and more engaging interface.
Exceptional battery life
The BlackBerry® Bold9780 has the longest battery life among all phones in the BlackBerry® range. With 6 hours of talk time and 38 hours of music playback time, your ears will be working overtime.
Wi-Fi
Equipped with Wi-Fi® capabilities, the BlackBerry® Bold™ 9780 will enable you to effortlessly switch between various networks to access your BlackBerry services. Lugging your laptop around or looking for the nearest cyber cafe is now a thing of the past.
3G network support
With a 3G support, you can always check emails, browse website or stream videos just anywhere around the world on 3G networks. With BlackBerry® Bold™ 9780, it is now easier to keep in touch.
High Resolution Screen
The BlackBerry® Bold 9780 provides a dazzling display for an engaging experience. Your daily task be it viewing videos, surfing websites or reading emails are now livelier.
Share and go media
Upload your videos and share your music instantly with friends and family through the BlackBerry® Bold9780. Equipped with a microSD slot, you can now carry all your videos and musics wherever you go.

Monday, November 29, 2010

Pemenang Teka Tabung adalah .....................................

Setelah berhempas pulas sampai juling mata aku tilik nombor-nombor yang meneka Duit Tabung aku tu..Akhirnya....Pemenang Teka Tabung yang paling hampir adalah ....................................

 -

-


 -


 -

-


 -



 -

-


 -

 -



 -

-


 -



  Yang membawa pulang....Macam program roda impian pulak..hehehehe :p


1 X Key Chain Sepasang Brooch , sorry Nia, orang jual key chain UiTM tutup pulak :p
1 X Notepad
Shopping Discount from Little Mama’s LOVE of 5%
 1 X Free exchange banner diruangan iklan berbayar selama sebulan di belog elissmie.com
1 X Blog review oleh elissmie.com


Nia, sila email aku elissmie [at] gmail [dot] com , address yer :)

Info 64 : PROGRAM CONVOJOBSHOP 30 NOV - 5 DIS 2010

Sukacita dimaklumkan Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UiTM akan menganjurkan program ConvoJobShop yang dijalankan di Bangunan Budisiswa bermula pada 30 November sehingga 6 Disember 2010. Ia mula dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.


Pengisian program ini terdiri dari temu duga terbuka dan juga kaunter promosi organisasi. Para graduan, pelajar dan Alumni UiTM adalah dijemput untuk memeriahkan program dan sila hadir dengan membawa sijil dan dokumen yang berkaitan beserta resume lengkap dengan surat permohonan kerja. Sehingga kini, terdapat sebanyak 20 organisasi telah mengesahkan penyertaan bagi tujuan temu duga, ‘screening’, pengumpulan resume, taklimat syarikat dan maklumat organisasi yang akan dijalankan di Foyer Bangunan Budisiswa dan di Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara syarikat yang menyertai adalah Bank Rakyat, Puspakom, Parkson, Western Digital, MBSB, RHB dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di laman www.jobshop.uitm.edu.my atau facebook Pusat Kerjaya & Kaunseling www.facebook.com/pkkuitm.


  
















*MORE THEN  900 VACANCIES
 
  Welcome to Career and Counseling Centre Website. You also can find us on 

 
 
 
 

Friday, November 26, 2010

Cuba teka duit tabung aku ada berapa??

Terbuka kepada semua follower belog Aku Bukan Chef atau Elissmie atau My Nuha atau  sahaja. Sebelum teka pastikan korang dah follow salah satu belog, samada belog Aku Bukan Chef atau Elissmie atau My Nuha atau  sahaja yer....

Hanya teka pada komen box kat bawah ni. TAK PERLU buat entry kat belog :p



Tarikh tekaan : Hari ni sampai Isnin sebelum diumumkan pemenang. (26 - 29 November 2010)

Isnin (29 November 2011) ni aku akan umumkan pemenang yang bertuah yer yang meneka tepat atau hampir tepat yang terpantas !

Hanya sekali sahaja seorang. Anonymous yang tak der belog pun boleh, cuma masa komen tu letak sekali email address, senang nak contact nanti TAPI  kena follow jugak belog mana-mana diatas yer.


Hadiah :-

1 X Key Chain

1 X Notepad
Shopping Discount from Little Mama’s LOVE of 5%
 1 X Free exchange banner diruangan iklan berbayar selama sebulan di belog elissmie.com
1 X Blog review oleh elissmie.com



Info 63 : Cara potong Daging Yang Betul

 Cara-cara untuk memotong daging yang betul :-

 
 
1)Menentukan arah uratnya. Ini boleh dilihat di permukaan daging itu sendiri. Menentukan urat pada potongan daging yang besar adalah sedikit sukar, memandangkan setiap bahagian terdiri daripada beberapa otot, yang mempunyai urat tersendiri.

2) Potong daging merentas uratnya untuk menambah kelembutan daging. Memotong daging secara merentas akan memendekkan otot kepada segmen lebih kecil, menjadikan ia lebih senang untuk dikunyah.

3)Untuk memotong daging dengan senang, separa-bekukan terlebih dahulu. Kemudian daging akan lebih mudah dipotong.
 
Credit to : source 
 
 
 

Thursday, November 25, 2010

102 : Telur Dadar Gebu Ala Sheila Rusly

Bahan-bahan :-

Telur dua biji dibasuh bersih
2 sudu mayonis
1 sudu kecil garam
Bawang dipotong nipis
Lada merah dipotong nipis




Cara-cara:-


Sediakan Mayonis.



Mula-mula pukul telur, dan masukkan 2 sudu mayonis tadi dan pukul lagi.Masukkan bahan-bahan tambahan jika suka seperti bawang dan lada.
Sedia untuk digoreng.



Sedia untuk dihidangkan. Pastikan api yang kecil digunakan.

Wednesday, November 24, 2010

Info 62 : Jawatan Kosong UiTM Johor

Universiti Teknologi MARA Johor, Kampus Bandaraya Johor Bahru dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP/KONTRAK/SEMENTARA  di UiTM Johor, Kampus Bandaraya Johor Bahru bagi memenuhi Wawasan 2020 negara.




BIL.
 JAWATAN
GRED GAJI
GRED GAJI

1.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI)


N17

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

2.

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN


N17

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

3.

PEMBANTU BELIA DAN SUKAN

S17

P1T1RM820.38  – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

4.

PEMBANTU PERPUSTAKAAN

S17

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95


Borang Permohonan Jawatan November 2010
Syarat Kelayakan Bagi Iklan Perjawatan November 2010

Info 61 : Cendawan Busut


Cendawan Busut yang sudah dipetik.

Perlu dibersihkan terlebih dahulu dan dibelah dua.



Cendawan ini boleh dimasak Sayur Lemak , Pindang, Masak Air dan Sayur Pedas . 


Tuesday, November 23, 2010

101 : Sayur Pedas Labu Air Bersama Cendawan Tiram Resepi Bonda


Bahan-Bahan:-

Sebiji labu air di belah dan dipotong separa bulat
5-6 kuntum cendawan tiram 
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan untuk ditumbuk :-

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

 2 ekor ikan selar/kembung/sardin direbus dan diambil isinya.
 Lada hitam mengikut tahap kepedasan

Cara-cara:-

1. Masukkan air, dan masukkan labu sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Tunggu sehingga labu empuk.Kemudian masukkan cendawan.
3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan :)

*Sesetengah orang tambah budu dan keropok, mengikut tekak masing-masing :)

Monday, November 22, 2010

Info 60 : Jawatan Kosong @ Jakel





JAWATAN KOSONG PEKERJA TETAP & PART TIME

JAKEL KUALA LUMPUR & JAKEL SHAH ALAM
 
JAKEL kini memerlukan mereka yang sedang mencari pekerjaan atau para penuntut di IPTA / IPTS yang kini sedang bercuti hujung tahun untuk mengisi kekosongan jawatan di JAKEL KUALA LUMPUR dan JAKEL SHAH ALAM. Tumpuan kepada para penuntut khasnya kerana berpeluang menimba pengalaman baru sebelum menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian.
Antara kelebihan yang disediakan oleh JAKEL ;

- Gaji pokok RM850
- Elaun Kedatangan di beri
- Komisyen Jualan di beri
- Bekerja Lebih Masa (OT) di bayar
- Asrama & Kemudahan Asas Disediakan untuk lelaki & wanita yang tinggal jauh.

Rebutlah peluang menarik ini disamping mempelajari selok-belok perniagaan dalam bidang tekstil dan memantapkan diri untuk membuka perniagaan sendiri di masa akan datang.

Sila bawa resume / maklumat peribadi untuk temuduga bertempat di


JAKEL KUALA LUMPUR dan JAKEL SHAH ALAM (Walk-in Interview)di alamat;
JAKEL SHAH ALAM
(Depan Pintu Belakang UiTM)
No. 27, 29, 31, 33 & 35,
Jalan Plumbum S7/5,
40000 Shah Alam.
JAKEL KUALA LUMPUR
No. 209, 210, 211 & 212,
Jalan Bunus Off Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur

Tuesday, November 16, 2010

Tempat Makan : Putera Ayu , Padang Jawa





Menu : Ikan kerapu stim limau, kailan ikan masin, nasi putih dan telur dadar

Total Price : RM 59.30

Taste :



 Boleh duduk dalam bangsal kalo mahu ! Kena bersila lah .

 Harap lampu ajer yang chantek :p servis lembapan :p

 Ni deko kat ruang dalam..


Korang dah pernah makan kat sini ??? Apa pandangan korang ??

p/s: 

Hubby cakap, kalo terdesak sangat baru pergi kedai ni tapi teringin jugak nak makan ikan bakar berempah kat situ :p

Monday, November 15, 2010

Info 59 : Job Vacancy: HSE MS Executive at Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, S.Alam




Job Vacancy: HSE MS Executive at Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, S.Alam

Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Seksyen 13, Shah Alam,
Sedang mencari seorang yg berpengalaman dalam menguruskan OHS Mgmt System dgn kadar segera
(kemasukan December 2010)

Tak perlu sijil SHO / green book tapi mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan sistem pengurusan OHSAS 18001 dan jika ada pengalaman dlm pengurusan ISO 14001 juga satu kelebihan.
.

Hubungi :  Redzuan Yusuf - HSQM
Tel : 03 - 5522 8589 samb: 1787
012-3082720

Thursday, November 11, 2010

Info 58 : Kerap kencing tanda sakit ??

Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah

TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).

Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka - malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.

Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.

Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.

Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).

“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.

“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.

“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini.

Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.

“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.

Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.

“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.

Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.

Fakta: Faktor risiko OAB
# Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar

INFO: Tip tangani OAB
# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.

Sumber : SINI

p/s :

Harap-harap dijauhkan segala penyakit...

Wednesday, November 10, 2010

Info 57 : Minyak Sihat ?


Pastikan jenis untuk goreng dan digunakan tidak lebih dua kali

PENGGUNAAN minyak masak dalam masakan sememangnya mencetuskan banyak persoalan seperti jumlah yang sepatutnya digunakan dan jenis minyak yang terbaik untuk menjaga kesihatan.
Apatah lagi ada pelbagai jenis dan jenama minyak di pasaran, termasuk yang diselit dengan dakwaan bahawa ia baik untuk kesihatan.
Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fenm, berkata secara umumnya minyak masak terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu.

Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik di antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini adalah seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.

Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah,” katanya.

Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari.
Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini kata Ho, tidak sesuai untuk menggoreng. Sebaliknya hanya untuk menumis.

“Minyak jenis mono tak tepu seperti minyak zaitun, minyak dedak padi atau campuran minyak jagung, tidak digalakkan untuk menggoreng. Walaupun minyak ini didakwa baik untuk jantung tetapi ia tidak sesuai untuk menggoreng,” katanya.

Ho turut mengakui sukarnya untuk menyediakan makanan tanpa minyak. Apatah lagi majoriti rakyat negara ini sudah biasa dengan pelbagai makanan goreng sejak kecil lagi.

Namun, penjagaan kesihatan sebaliknya perlu lebih diutamakan manakala penggunaannya jika perlu, haruslah bersesuaian dengan keadaan individu.

Untuk pesakit jantung misalnya, jangan goreng ikan dengan minyak. Lebih baik, elakkan makanan bergoreng. Sebaliknya, gantikan dengan menu ikan yang dibakar,” katanya.

Menurut Ho, ada dua faktor utama penyediaan menu sihat, keseimbangan zat dan kepelbagaian zat. Selain itu, pemakanan yang sihat bukan hanya untuk mereka yang sudah disahkan menghidap penyakit kronik tetapi juga untuk kita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

Misalnya dalam masakan yang menggunakan minyak. Memang kita tidak boleh lari daripada menggunakan minyak tetapi jumlahnya harus dipantau selain jenis minyak dan berapa kali kita menggunakan minyak yang sama perlu diambil kira,” katanya.

Ho berkata, apabila minyak dipanaskan, karakter atau cirinya akan berubah. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

Justeru, apabila memilih minyak masak, penting untuk anda memadankan kepanasan minyak dengan cara penyediaan masakan.

Apabila menggunakan minyak untuk menggoreng, pastikan ia tidak lebih dua kali. Selepas itu gantikan dengan minyak baru,” katanya.


 Dua jenis minyak:

# Minyak poli tak tepu - minyak soya, jagung dan bunga matahari.
Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng

# Minyak mono tak tepu - minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng.

Sumber : SINI

p/s:

Memang guna minyak kelapa sawit :p maklumlah, anak peneroka :)

Tuesday, November 9, 2010

info 56 : Kuasa Buah

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal.
Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.

“Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.
Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

# Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

# Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

# Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

# Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

# Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.


# Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

# Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

# Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.


Sumber : SINI

p/s : 

My Nuha memang suka makan buah especially pisang dan anggur .
Abah, sila beli pisang dan anggur untuk Nuha yer :)

Monday, November 8, 2010

100: Ketam Rebus Serai




Bahan bahan :-

1 ekor ketam
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah- hiris
1 inci lengkuas- dihiris
8 biji cili padi- jika suka lebihkan atau kurangkan
1 keping asam keping/gelugor
Garam secukup rasa
Bahan perasa jika suka
Sedikit air


Cara cara :-

1.Rebuskan air dan masukkan bahan-bahan hiris, serai dan asam keping.

2. Masukkan ketam perasakan dengan garam dan bahan perasa.
3. Biarkan ia mendidih dan ketam masak. Angkat dan hidangkan.

Sesuai jugak untuk pesakit yang terkena demam denggi :)

Thursday, November 4, 2010

99 : Lempeng Kelapa

Bahan-bahan:-

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan kelapa parut
* Air - ikut kepekatan
* Sedikit garam
* Minyak

Cara-cara:-

1. Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair.
2. Panaskan minyak dlm kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis.

Wednesday, November 3, 2010

98 : Mee Wantan


Bahan-bahan :-


1) Mee Wantan - dicelur hingga lembut (1 bungkus)
2) Udang - dibuang kulit (150g)
3) Isi Ayam - dipotong kecil (150g)
4) Cendawan Butang - dicelur dan cincang kasar (2 biji)
5) Taugeh (50g)
6) Daun Bawang - dicincang (1 tangkai)
7) Bawang Besar - dihiris nipis (1 biji)
8) Minyak Bijan (2 sudu besar)
9) Sos Ikan (2 sudu besar)
10) Kicap Pekat (2 sudu besar)
11) Sos Tiram (2 sudu besar)
12) Serbuk Lada Putih (sedikit)
13) Garam (sedikit)

Cara-cara:-

Goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak sama, masukkan ayam, cendawan dan udang. Goreng hingga separa masak.

Masukkan mee wantan, kicap pekat, sos ikan, garam, sos tiram dan minyak bijan. Kacau rata.

Masukkan bawang goreng, serbuk lada putih, taugeh dan daun bawang. Gaul sebati sebelum dihidang.


resepi credit to : here

Tuesday, November 2, 2010

Info 55 : Oracle Technology Summit | 23 & 24 November 2010 |



Day 1 will feature major highlights and announcements from Oracle OpenWorld 2010.


This includes Oracle's updated Cloud Computing strategies, new product announcement around Oracle Exadata, Oracle Exalogic Elastic Cloud and many more. You will also learn about Oracle's solutions for maximizing value from your existing Enterprise Applications with Integration, Security and Manageability solutions.

Who Should Attend :

* CTOs / CIOs
* IT Directors / VPs/ General Managers / Heads
* IT Managers
* Infrastructure Managers
* IT Architects
* Database Administrators (DBA)

Click Here to view Day 1 Agenda


Register here : http://www.oracle.com/go/?&Src=7018099&Act=214&pcode=APACFM10043059MPP064&SC=evite=214



Day 2 will ignite your imagination with Java at Oracle Technology Network's (OTN) Developer Day. This day has been specifically designed for the enterprise Java developer and will enable attendees to learn how to enrich their development experience with the latest developments in the Java technology.

Who Should Attend :

* Java Developers
* IT Architects
* IT Managers

Click Here to view Day 2 Agenda


Register here : http://www.oracle.com/go/?&Src=7009948&Act=139&pcode=APACFM10037745MPP032&SC=evite=139

97 :Cucur Badak


Bahan-Bahan:

600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:
½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai 10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air

Cara-cara :-

Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang.
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan.
 Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.

Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati.

Ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Monday, November 1, 2010

Info 54 : Jawatan Kosong di UiTM

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


Jawatan Yang Ditawarkan :-

1 PEGAWAI PERUBATAN Pegawai Perubatan UD47

2 PEGAWAI PERGIGIAN Pegawai Pergigian U41

3 PEGAWAI FARMASI Pegawai Farmasi U41

4 PEGAWAI DIETETIK Pegawai Dietetik U41

5 JURURAWAT PERGIGIAN Jururawat Pergigian U40

6 JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN Juruteknologi Makmal
Perubatan U36

7 PENOLONG PENSYARAH
(BIDANG : FOOD & BAVERAGE/JUALAN DAN PEMASARAN/DEMI CHEF) Penolong Pensyarah DM29

8 JURURAWAT Jururawat U29

9 PENOLONG PEGAWAI FARMASI Penolong Pegawai Farmasi U29

10 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN Penolong Pegawai Perubatan U29

11 WARTAWAN (KONTRAK)Pembantu Wartawan/Wartawan S27

12 PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Penolong Pegawai Penyelidik Q27

13 JURURAWAT MASYARAKAT Jururawat Masyarakat U19

14 PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN Pembantu Pembedahan Pergigian U17

15 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (PRAMUSAJI) (KONTRAK) Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) N17

16 PENGAWAL KESELAMATAN Pengawal Keselamatan KP11

17 PEMANDU Pemandu Kenderaan R3

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Untuk Bukan Staf UiTM

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara atas talian (“ON-LINE”)sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

b. Untuk Staf UiTM Sahaja

Permohonan dari staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui
Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui system aplikasi atas talian (“ON-LINE”)
melalui i-staf portal-> eproses & Sistem Sokongan->epengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 15 November 2010.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha