Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Ketam Masak Sos




Bahan-bahan -:

 3 ekor ketam direbus/digoreng
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
Halia 2.5 cm dihiris
2 Sudu besar sos tomato
Serbuk lada sulah/ garam/gula untuk perasa
Stok ketam/ ayam

Cara-cara :-

1) Tumiskan bahan hirisan sehingga naik bau.

2) Masukkan sos cili dan ketam

3) Masukkan stok ketam atau ayam dan perasakan dengan lada sulah, garam dan sedikit gula. 

4) Sedia dihidangkan


Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 



Monday, November 8, 2010

100: Ketam Rebus Serai




Bahan bahan :-

1 ekor ketam
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah- hiris
1 inci lengkuas- dihiris
8 biji cili padi- jika suka lebihkan atau kurangkan
1 keping asam keping/gelugor
Garam secukup rasa
Bahan perasa jika suka
Sedikit air


Cara cara :-

1.Rebuskan air dan masukkan bahan-bahan hiris, serai dan asam keping.

2. Masukkan ketam perasakan dengan garam dan bahan perasa.
3. Biarkan ia mendidih dan ketam masak. Angkat dan hidangkan.

Sesuai jugak untuk pesakit yang terkena demam denggi :)

Thursday, October 21, 2010

93 : Steamboat Tomyam / Steamboat Seafood/Steamboat Ayam


* A. BAHAN2 UNTUK SUP :

Perasa Ayam


* Air - 4 liter
* Tulang / kerangka ayam
* Garam secukup rasa

Perasa Tomyam

Masukkan pes tomyam ke dalam air dan renehkan hingga masak.(macam nak buat tomyam)


* B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :

* 6 biji cili merah - dimesin
* 1 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 sudu minyak bijan
* 3 sudu besar sos ikan
* cuka makan
* air
* gula


* C. BAHAN2 UNTUK DISTIMKAN :

* Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
* udang/ayam/sotong/cuttlefish
* kobis cina/cendawan tiram/pak choy/enoki mushrooms
* telur ayam

resepi edited n credit to :here

Wednesday, July 7, 2010

72 : Ketam Masak Lemak Cili Padi



Bahan-Bahan:

ketam
serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam 2 sudu teh/secukup rasa
gula 1 sudu teh/secukup rasa
asam keping 2 keping
lengkuas 3 cm, ditumbuk sedikit
santan pekat 300ml
air satu gelas Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 10 ulas
bawang putih 4 ulas
halia 2cm
kunyit hidup 4cm
cili padi 10 biji


Cara-cara:

Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih. Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

Tambahan:

Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.

Tuesday, April 13, 2010

54: Ketam Berlada /Chili Crabs



Bahan-bahan:-

5 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu cili boh
2 sudu kicap cair
1 biji telur dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu Sos tomato
1 sudu Sos cili
Bahan perasa


Cara-cara:-

Tumis bawang putih sampai naik bau.Masukkan cili boh, kicap cair, sos tomato, sos cili , garam dan bahan perasa.
Masukkan ketam.Lepas hampir masak, masukkan telur.Hidangkan panas-panas.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha