Tuesday, March 22, 2011
Menu Si Cilik : Kuey Teow Rebus Terengganu Simple
Bahan-bahan :-
Keuy teow
Ayam direbus untuk dijadikan stok dan ditambah sedikit garam jika suka.
Sayur
Fish ball
Tauhu dipotong dadu
Cara-cara:-
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.Masukkan tauhu.
2. Masukkan stok ayam
3. Masukkan kuey teow , sayur dan fish ball.
4. Sedia dihidangkan.Taburkan dengan daun bawang atau kucai.
Wednesday, November 3, 2010
98 : Mee Wantan
Bahan-bahan :-
1) Mee Wantan - dicelur hingga lembut (1 bungkus)
2) Udang - dibuang kulit (150g)
3) Isi Ayam - dipotong kecil (150g)
4) Cendawan Butang - dicelur dan cincang kasar (2 biji)
5) Taugeh (50g)
6) Daun Bawang - dicincang (1 tangkai)
7) Bawang Besar - dihiris nipis (1 biji)
8) Minyak Bijan (2 sudu besar)
9) Sos Ikan (2 sudu besar)
10) Kicap Pekat (2 sudu besar)
11) Sos Tiram (2 sudu besar)
12) Serbuk Lada Putih (sedikit)
13) Garam (sedikit)
Cara-cara:-
Goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama, masukkan ayam, cendawan dan udang. Goreng hingga separa masak.
Masukkan mee wantan, kicap pekat, sos ikan, garam, sos tiram dan minyak bijan. Kacau rata.
Masukkan bawang goreng, serbuk lada putih, taugeh dan daun bawang. Gaul sebati sebelum dihidang.
resepi credit to : here
Monday, October 25, 2010
94 : Meatballs Spagetti / Spagetti Bebola Daging / Spaghetti with meatballs
Bahan-bahan :-
*Bebola Daging
* 1 1/2 camca besar minyak zaitun
* 1 ulas bawang merah didadu
* 1 ulas bawang putih diketuk
* 2 camca besar tomato puri
* 400g spaghetti
* 1/4 cawan daun parsley dicincang
* 2 camca besar daun basil dicincang
* Garam dan serbuk lada hitam
*Stok air rebusan daging
Cara-cara:-
1.Panaskan minyak zaitun dalam api yang sederhana.Masukkan bawang mereah dan masakkan hingga lembit dan masukkan bawah putih untuk menambah aroma.
2. Masukkan tomato, stok dan tomato puri. Panaskan api sehingga mendidih.Kemudian perlahan api sederhana.Masukkan bebola daging dan kacau sampai sos pekat dan bebola daging tu masak.
3.Boleh la nak rebus spagetti tu dan letak garam dan minyak zaitun sket dalam air untuk elakkan melekat dan toskan.
4.Masukkan daun parsli dan daun basil kedalam kuah dan kacau.Boleh tambahkan bahan perasa iaitu garam dan serbuk lada hitam.Nak best, masukkan keju kalo ada.Tak der tak per.Belasah ajer :p
5.Boleh laa dihidangkan.
Wednesday, June 2, 2010
69: Laksa Penang
Bahan-bahan :
Sebungkus laksa yang direndam dan ditoskan.
Kuah Laksa:
5 ekor ikan sardin
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tambahan :
Timun
Bawang besar
Daun selom
Nenas
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
Cara-cara :
1. Ikan dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan
jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan-bahan yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan-bahan tambahan. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

Dapur Berasap Pada Jam
2:07 PM
1 sedang makan
Monday, May 24, 2010
67 : Spagetti Goreng Simple
Bahan-bahan:-
Spagetti direbus sampai empuk
Bawang besar dihiris bulat
Bawang Putih diketuk
Udang kering
Cuka
Sos tomato
Kicap
Sos tiram
Cili boh
Cara-cara:-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2.Masukkan udang kering dan cili boh.Masukkan bahan perasa[gula , garam, kicap, sos tomato/cuka,sos tiram] secukupnya.
3. Masukkan spagetti.
4. Masukkan sayur.
5.Sedia dihidangkan.
Monday, May 17, 2010
63: Mee Bandung
Bahan-bahan:-
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara-cara:-
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram
Masukkan udang, daging rebus
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
Hidangkan.
Thursday, December 10, 2009
38: Bihun Sup/ Mee Sup/ Mihun Sup/Kuey teow sup
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Tuesday, December 8, 2009
37 : Soto Ayam
Bahan-bahan:-
- 1 ekor ayam - direbus
- Sup Bunjut ADABI
- B.merah, b.putih, halia - ditumis
- Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
- Suhun - digoreng
- [Hiasan]
- Bawang goreng
- Daun Bawang
- Daun Sup
- [Bahan kicap]
- 20 batang cili padi
- 2 ulas b.putih
- 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara:-
- Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
- Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
- Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
- Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
- Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
- Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *
- Akhir sekali, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
- Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
Tuesday, November 10, 2009
29 : Laksa Penang
Bahan-bahan ( 4 org mkn )
- Ikan sardin 1/2 kilo
- Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
- Bwg Merah (5 ulas)
- Belacan (sebesar ibu jari)
- Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
- Bwg Besar (dimayang halus)
- Timun
- Cili masak atau cili padi
- Daun Salad
- Telur Rebus
- Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
- Daun Kesum dan Bunga Kantan
- Limau Nipis
Cara-cara
- Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
- Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
- Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
- Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
- Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
- Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
- Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang)
Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain.
Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai.
Tapi kalau masuk pun tak der masalah.
Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .
Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri .
Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam
dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat
credit to : here
Wednesday, September 30, 2009
18: Penang Char Kuey Teow
Bahan-bahan ( 2 org )
* * UTK PASTE *
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
* 1 sk gula
* * UTK MEE *
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh
* kerang
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur
Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
resepi credit to : here
Wednesday, July 8, 2009
1: Yee Mee Hot Plate
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
* 2-3 sanggul (gulung) yee mee
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan
potong 4
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada
hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
p/s:resepi credit to sini