Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts
Friday, March 18, 2011
112 : Singgang Sotong
Bahan-bahan :-
8 ekor sotong sederhana
3 biji lada merah / cili padi
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - diketuk
3 keping asam keping/ gelugur
2 tangkai daun kesum
4 batang bendi dipotong dua
Secubit garam dan bahan perasa
Air
Cara-cara :-
1.Bersihkan sotong, potong bulat-bulat.
2. Kisar lada, bawang dan kunyit hingga lumat.
3.Masukkan air bersama bahan yang dikisar kedalam periuk.
4.Masukkan lengkuas, serai, asam gelugur dan bendi.
5. Setelah mendidih,masukkan sotong , daun kesum serta garam dan bahan perasa.

Dapur Berasap Pada Jam
9:00 AM
0
sedang makan
Thursday, March 17, 2011
111: Paprik Seafood
Bahan-bahan :-
Seafood - sotong , udang, lala dan sebagainya - direbus sekejap
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong dadu
5 biji cili padi - diketuk
Daun limau purut, bunga kobis, kacang buncis/panjang, lobak dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara : -
1.Panaskan kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yg diketuk, kacau sekejap.
2.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.
3. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
4.Masukkan seafood, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5.Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. Masukkan bahan perasa.

Dapur Berasap Pada Jam
2:03 PM
0
sedang makan
Monday, January 24, 2011
106 : Sotong Goreng Kicap Pucuk Paku
Bahan-bahan ( 2 - 3 orang ):-
- 3 ekor sotong (saiz besar)
- 3 biji bawang putih - dititik
- 1 biji bawang besar - hiris bulat
- Kicap manis secukup rasa
- garam & serbuk perasa jika mahu.
Cara-cara:-
- Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
- Tumis bawang putih dan bawang besar.Masukkan pucuk paku dan masukkan sotong.
- Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.
- Biarkan hingga pucuk paku & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Dapur Berasap Pada Jam
11:50 AM
1 sedang makan
Thursday, October 21, 2010
93 : Steamboat Tomyam / Steamboat Seafood/Steamboat Ayam
* A. BAHAN2 UNTUK SUP :
Perasa Ayam
* Air - 4 liter
* Tulang / kerangka ayam
* Garam secukup rasa
Perasa Tomyam
Masukkan pes tomyam ke dalam air dan renehkan hingga masak.(macam nak buat tomyam)
* B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :
* 6 biji cili merah - dimesin
* 1 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 sudu minyak bijan
* 3 sudu besar sos ikan
* cuka makan
* air
* gula
* C. BAHAN2 UNTUK DISTIMKAN :
* Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
* udang/ayam/sotong/cuttlefish
* kobis cina/cendawan tiram/pak choy/enoki mushrooms
* telur ayam
resepi edited n credit to :here

Dapur Berasap Pada Jam
12:29 PM
0
sedang makan
Thursday, June 24, 2010
71 : Tomyam / Mee Tomyam / Bihun Tomyam/Tomyam Campur/Tomyam Udang/Pes Tomyam
TOMYAM CAMPUR
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
100 gm daging - potong kecil
1 batang lobak merah - potong kecil
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
50 gm kobis bunga - potong kecil
3 batang putik jagung - potong kecil
1 labu bawang besar - dibelah 4
2 biji buah tomato - dibelah 4
10 tangkai cili padi - ketukkan
5 helai daun limau purut
3 biji limai nipis
daun ketumbar - hiriskan
air
Garam
minyak
Cara
1. Serai, lengkuas dan bawang putih diketuk.
2. Kemudian ditumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan air. Biarkan sehingga air mendidih.
4. Setelah itu, masukkan ayam dan daging yang telah dipotong kecil.
5. Biarkan sehingga daging empuk.
6. Apabila daging telah empuk, masukkan lobak merah dan putik jagung.
7. Apabila kedua-dua hampir lembut, masukkan pula kobis bunga dan bawang besar.
8. Akhir sekali masukkan garam, limau purut dan buah tomato. Biarkan seketika. Jangan biarkan sayuran terlalu masak.
9. Masukkan cili padi dan perahan air limau.
10. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
PES TOMYAM
Bahan-bahan
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.
Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.
resepi credit to : here
Mee Tomyam/Bihun Tomyam
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
* mee kuning 1 paket / Bihun
* Udang 10 ekor--lagi banyak lagi sedap
* 3 sb minyak masak
* 2 sb cili boh/cili kisar
* 1 sb sos tiram
* 3 sb sos cili
* 2 sb sos tomato
* 1 sk serbuk pati ayam
* 1/2 kiub pati ikan bilis
* garam & gula secukup rasa
* sedikit serbuk kunyit untuk dicampur bersama udang (kalau tak letak pun tak pe)
* cili merah hidup, limau kasturi & daun ketumbar--untuk hiasan dan penambah rasa
* air panas 3 1/2 cawan
* kicap manis 2 sb
* 4 biji bawang putih & 2 biji bawang merah saiz besar--kisar
* kiub tomyam Knor--1/2
Cara-cara
1. kisar bahan seperti bawang merah dan bawang putih. panaskan minyak dalam kuali.
2. Sebelum itu, basuhkan mee dan toskan. Basuh juga udang. Udang tak perlu buang kepala. gaul bersama serbuk kunyit.
3. Tumis bawang putih& merah. Biar naik bau baru masukkan udang. Terus masukkan sos cili,sos tomato, kicap,sos tiram, pati ayam, pati ikan bilis, pati tomyam dan cili boh.Tambah gula dan garam secukup rasa
4. Masukkan air panas.Biarkan mendidih.Biar dalam 3 minit. Rasa sikit.takut2 tak masin ke x manis ke.
5. Last masukkan mee tadi.Gaul biar rata. Dalam masa 5 minit dah boleh angkat. Kalau lama, air akan kering..klu air kering tambah sikit.Tapi kena jaga masin dan manis.Boleh adjust dengan tambah kicap dan sos.
6. Hidang dan hiaskan dengan cili merah yang dihiris, limau kasturi dan daun ketumbar/daun sup.
7. ** kalau nak tambah sawi pun ok gak. Boleh gak tambah sotong kalau ada.mesti best..Selamat Mencuba!!

Dapur Berasap Pada Jam
1:44 PM
2
sedang makan
Monday, May 10, 2010
59 : Sotong Celup Tepung
Bahan-bahan:-
2 Sudu Tepung jagung
2 Sudu Tepung gandum
2 Sudu Tepung beras
3 biji telur & sedikit garam
(dipukul)
6 ekor sotong (potong bulat)
Cara-cara:-
Bersihkan sotong (buat kulit hitam dulu)
kemudian toskan airnya
3 jenis tepung (dicampur, gaul)
panaskan miyak, celup sotong kedalam telur kemudian gaulkan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan. Sedia Untuk dihidangkan.
Wednesday, May 5, 2010
58 : Seafood Pasta Carbonara
Bahan-bahan:-
1 tin sos carbonara dalam tin
1 paket spagetti
Udang
Sotong
Bawang Putih
Cendawan butang
Cara-cara:-
Celur spageti seperti arahan pada paketnya.Toskan.Untuk elak melekat, masukkan sedikit minyak ke dalam air untuk mencelur spageti.
Celur udang dan sotong.
Tumis bawang putih dan masukkan sos carbonara.Masukkan udang dan sotong yang telah direbus sebelumnya dan cendawan butang.Taburkan keju jika suka.

Dapur Berasap Pada Jam
8:54 AM
2
sedang makan
Thursday, April 8, 2010
52 : Kerabu Epal Udang Sotong
Bahan-bahan:-
500 gm udang (direbus)
4 ekor sotong dipotong bulat (direbus)
5 biji cili (ditumbuk halus)
3 batang serai (dihiris)
1 biji epal dipotong nipis
2 biji tomato (dibelah empat)
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah dipotong dadu
1 biji limau nipis (diambil airnya)
2 sudu besar besar sos ikan
Cara-cara:-
Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan.

Dapur Berasap Pada Jam
10:13 AM
0
sedang makan
Subscribe to:
Posts (Atom)