Bahan-bahannya-utk 4 orang makan:-
Bahan A
2 atau 3 batang serai
cili boh
santan
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
bawang merah 4 bijik
bawang putih 2 biji
santan kalo kotak kecik dah laa(separuh guna masa nak blend, separuh buh dlm periuk)
Bahan B
asam keping
bahan perasa
gula
garam
jgn dilupakan ikan..
cara-caranya:-
UTK KUAH
sila blender kesemua bahan diatas ok(bahan A)..dengan santan tau..kalo x nak pekat sgt tambah air sket coz aku guna kotak nyer santan..kalo tak,biasa guna air lebihan terakhir santan yang diramas..
kemudian masukkan kedalam santan yang telah diblender itu kedalam santan yang di dalam periuk tadi..
panaskan api...
bleh buh bahan B..
UTK IKAN
sila bakar ikan anda setelah dilumur garam+aji+kunyit mcm nak goreng tu..pastu kuah dier dituang keatas ikan itu bila dah hampir masak..jgn tuang semua..separuh jer..separuh lagi buat kuah la.
Tuesday, August 25, 2009
9: Ikan Percik
Friday, August 14, 2009
8:Siput Sedut Masak Lemak Dengan Batang Keladi

Bahan-Bahan:
3 kilo siput sedut (potong bahagian ekornye)
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
2 Sudu besar garam (ikut sesedap rasa)
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi (direndam bersama garam agar hilang gatal)kmudian direbus (jgn terlalu masak)
minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar
Cara-cara:
1.Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
2.Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam,
cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
3.Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
4.Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi,Tumis hingga naik bau.Masukkan serai tadi.Kemudian kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5.Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
6.Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7.Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
8.Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.
p/s:resepi credit to here.
Thursday, August 13, 2009
7: Durian Pulut Santan
Bahan-bahan ( 2 orang makan ):
* 2 biji durian
* 2 cawan/pot beras pulut
* santan dari sebiji kelapa
* 1/4 kerek manisan (kalau nak tukar gula, gula perang, gula melaka pun boleh)
* garam sikit
Cara-cara:
1. Tanak beras pulut dulu, nak kukus pun boleh.
2. Jerang santan dan tambahkan secubit garam.
3. bolehla makan...kalau malas nak tanak beras pulut, makan ngan nasik pun jadi.
4.Masukkan santan kedalam pulut dan letak hirisan gula melaka
p/s:resepi credit to here -edit sket :)
Wednesday, August 12, 2009
6: Roti Bakar Telur Bawang Lada

pic credit to here
resepi from Abg Gengz..
Bahan-bahan:-
1. 5 biji telur..
2. roti (8 keping )
3. garam secukup rasa
4. planta sesudu
5.Bawang sebiji
6.Lada ikut tahap kepedasan kesukaan masing2..
Cara-cara:-
1. Memula pukul telur sampai kembang..
2. Mentega dan garam dimasukkan dalam telur dan digaul2 gituh..
3.Masukkan bawang yang telah dihiris2
4.Panaskan kuali..buh minyak sket...
5.Celup la roti tu dan letak atas kuali..masukkan bawang lada kat bahagian atas...bila garing balikkan dan sedia utk dihidangkan...
Tuesday, August 11, 2009
5: Dadih

Bahan-bahan:-
Bahan-bahan dier:-
1.Sepaket dadih..perasa ikut suka..ni perasa jagung
2.Yang diperlukan adalah 3000ml air
3.susu cair
Cara-cara:-
1.memula panaskan air...sampai menggelegak gituh...letak gula 100g
2.Bila dah panas airnya, buh laa susu cair tuh..
3.Bila dah menggelegak susu nya tu, padamkan api ok...
4.Masukkan kandungan dadih..kacau laa 5 menet...apalagi, sedialah bekas untuk meletakkan dadih.
p/s:resepi credit to here
Monday, August 10, 2009
Info 1 : Penawar H1N1
Friday, August 7, 2009
4: Ikan Pari Masak Kicap
Kacang panjang
Kubis bunga
air asam jawa
garam/sos tiram
gula/kicap
cili boh
Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara:
1. Ikan dibersihkan.Untuk hilangkan hanyir, basuh dengan air asam jawa.
2.Tumis bahan tumbuk dan goreng sampai garing dan naik bau.
3.Masukkan cili boh.Masukkan air asam jawa.
4.Masukkan kicap/gula dan sos tiram/garam secukup rasa.
5.Masukkan ikan dan sayuran.
6.Tutup dengan periuk untuk menjamin ikan pari betul-betul masak.
7.Sedia untuk dihidangkan.
p/s: resepi sendirik
9: Ikan Percik






