Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, September 4, 2009

Info 6: Exclusive Online Deals from Ogawa just for You

As you might have already knew, Ogawa is having a Mega Raya promotion where all their items are sold at 50% of their retail price! But guess what?You are entitled to a special online promotion for 4 exclusive items from Ogawa offering up to 70% discount!!

ogawa-coupons-view.JPG

Click on the image above and print out the vouchers (color or BW are both accepted). Just bring along the printed voucher to any Ogawa centres in Malaysia and you can make purchase for any of the 4 items for the exclusive online price!! There are no limits to how many times you can print the vouchers, so by all means you can print and share them with your friends, family and colleagues!Start printing and enjoy these special online promotions from Ogawa now.

Be sure to also check out OgawaWorld.net to find out more about their Mega Raya promotion! You don’t want to miss out sales giving 50% discount and win up to RM10, 000 shopping vouchers and a shopping experience with Aznil!

Info 5 : Inginkan Duit Raya?

mysuperkids giveaway


Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!


weblog popular 1Malaysia



Mommy Lina telah berbesar berkecil hati membuat giveaway,

The PRIZES will be:

1st:
PETRONAS fuel voucher worth RM70
Special blog review by MySuperKids
2nd:
PETRONAS fuel voucher worth RM50
3rd:
PETRONAS fuel voucher worth RM30

How to join?
Very easy-peasy. Sangat-sangat senang.
Just copy and paste code yang  Mommy Lyna provide to your sidebar, and inform them when you’re done. Simple, ain’t it?
  1. Tampalkan code di atas di sidebar – 1 KAD CABUTAN <— ini syarat wajib utk sertai giveaway ni.
  2. Buat satu entry ringkas, just copy+paste code di atas juga dalam entry anda – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  3. Buat satu lagi entry tentang giveaway ni dengan backlink ke MySuperKids – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  4. Add MySuperKids.net di blogroll – 1 LAGI KAD CABUTAN (yg dah add pun dikira).
  5. Masukkan link entry ini di FaceBook (notes/status/wall,etc.) – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  6. Masukkan link entry ini di Twitter – 1 LAGI KAD CABUTAN.
  7. Kalau ada lebih dari satu blog dan buat benda yang sama – CABUTAN DIKIRA 2 KALI.
Makin banyak anda buat, makin banyaklah peluang untuk menang :D
Senang je kan?

*this giveaway is open to everybody and anybody. if you don’t have blog and you’re interested to be in, just create a simple blog with www.blogger.com or www.wordpress.com or any bloghosting your prefer and just do the same thing :) Senang kan.

**this giveaway is closed on 30 September 2009 (still mood raya lagi kan? Open house tak habis lagi tu)

Apa lagik, terjah laa skang...hikss

p/s: Kalo menang, jimat aku nak balik trg ni..hehehehe

Sunday, August 30, 2009

Info 4: Bunga Lawang untuk anti-virus H1N1

 Bunga lawang/Star anise (english)

Star
Scientific
Kingdom:
Plantae
Division: Magnoliophyta
Class:
Magnoliopsida
Order:  Austrobaileyales
Family:
Illiciaceae
Genus:
Illicium
Species:
I. verum

Binomial name
Illicium verum
Hook.f.

pic source : sini
Dapat dari email untuk dikongsi bersama..

Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang
digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1.
Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar - sila
rujuk kepada Lampiran pdf.

Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua
orang minum - rasa payau.

Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 di Malaysia, tiada
satu pun dari kalangan kaum India..... Ini mungkin kerana kaum India
mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka.

Semoga boleh kita amalkan
(Nanti harga bunga lawang melambung)

Shahrom
PPSains Fizik
USM

p/s: lepas ni bleh laa banyak2an masakan dengan guna bunga lawang..



 Lampiran yang dier ckp tadi > rujuk bawah


Usages

Culinary

Star anise contains anethole, the same ingredient which gives the unrelated anise its flavor.
Recently, star anise has come into use in the West as a less expensive substitute for anise in
baking as well as in liquor production, most distinctively in the production of the liquor
Galliano.

Medicinal
Star anise has been used in a tea as a remedy for rheumatism, and the seeds are sometimes
chewed after meals to aid digestion. As a warm and moving herb, Ba Jiao is used to assist in
relieving cold‐stagnation in the middle jiao, according to TCM.
Shikimic acid, a primary feedstock used to create the anti‐flu drug Tamiflu, is produced
by most autotrophic organisms, but star anise is the industrial source. In 2005, there
was a temporary shortage of star anise due to its use in making Tamiflu. Late in that
year, a way was found of making shikimic acid artificially. Roche now derives some of
the raw material it needs from fermenting E. coli bacteria. The 2009 swine flu (H1N1)
outbreak led to another series of shortages as stocks of Tamiflu were built up around
the world, sending prices soaring.[1]
Star anise is grown in four provinces in China and harvested between March and May. Its also
found in the south of New South Wales. The shikimic acid is extracted from the seeds in a ten‐
stage manufacturing process which takes a year. Reports say 90% of the harvest is already used
by the Swiss pharmaceutical manufacturer Roche in making Tamiflu, but other reports say
there is an abundance of the spice in the main regions ‐ Fujian, Guangdong, Guangxi and
Yunnan.
Japanese star anise (Illicium anisatum), a similar tree, is not edible because it is highly toxic
(due to containing sikimitoxin); instead, it has been burned as incense in Japan. Cases of illness,
including may inflammation.

Notes
1. ^ Louisa Lim, "Swine Flu Bumps Up Price Of Chinese Spice", NPR, 18 May 2009 
2. ^
Botanical nomenclature".
http://www.iso.org/iso/iso_catalogue/catalogue_tc/catalogue_detail.htm?csnumber=4844.
Retrieved 8 June 2009. 
3. ^
Adulterant Illicium anisatum Linn. by Fluorescent Microscopy and Gas Chromatography". Journal
of
15492355. http://www.atypon‐link.com/AOAC/doi/abs/10.5555/jaoi.2005.88.3.703. Retrieved
10
4. ^
Rational
(American
5. ^ International Organization for Standardization. "ISO 11178:1995 Star anise (Illicium verum
Hook. f.) ‐‐ Specification". http://www.iso.org/iso/catalogue_detail.htm?csnumber=19183.
Retrieved 8 June 2009. 
6. ^
. "GB/T 7652‐2006
". http://www.chinaios.com/BZ‐
shuju/standshow.asp?table=gbtwo&id=18357.

Saturday, August 29, 2009

Info 3: Ron 95 mula 1 sept -Car Model CAN and CAN'T use RON 95

Diterima dari email sorang sahabat..

Juz 4 info, September juz around the corner..,
Our Goverment akan menetapkan pada 1 September minyak hijau RON97 akan dinaikkan ke RM2.00p/liter (it's depends pada harga minyak global).
Maka kerajaan memperkenalkan minyak baru RON95 (compulsory pada semua station minyak di Malaysia) harga syiling dan dikawal sepenuhnya oleh our Goverment seliter RM1.75.
So dah bleh test ngan minyak baru ni di station minyak yang terpilih.

Kebanyakan kereta sesuai ngan minyak baru nih lagipun ianya murah. Be carefull n lihat listing n jenis kereta yg u all guna..



Most Mercedes-Benz engines, except the high-performance ones in the AMG and SL/SLK models, are able to run on fuel with RON91 to RON95. However, for optimum performance, RON95 is recommended while use of RON92 will result in marginally reduced output



For the Cefiro 3.0, Murano, 350Z/370Z, RON97 is recommended for optimum performance. For older models such as the Sunny 130Y, Bluebird, Altima and AD Resort, RON95 can be used.


Volvo engines can use RON91 to 98 RON unleaded petrol. Volvo Car Malaysia says that for best performance and lowest fuel consumption, RON98 (or closest RON) is recommended. For normal driving, RON95 is acceptable and RON91 should only be used in cases where RON95 is unavailable. Knock sensors in the engines will adjust the engine timing to prevent damage with very low RON fuel.

Source: sini

Friday, August 28, 2009

11: Ayam Masak Merah



Bahan-bahan:-

Ayam sebelah
Air Asam jawa
Belacan 1/2 inci
Cili giling

Bahan B

Bawang merah 3 bijik
Bawang putih 2 bijik
Halia satu inci

Cara-cara:-

Goreng ayam macam biasa.Letak kunyit + garam.
Kisar Bahan B.Tumiskan.Masukkan cili giling.Biar mendidih.Masukkan air asam jawa dan belacan.Letakkan gula, garam dan sedikit bahan perasa.Tunggu sampai menggelegak.Masukkan ayam yang telah digoreng.

Hiasan:-
Goreng kentang dan hiaskan.

Thursday, August 27, 2009

Info 2 : Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

"Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas."

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

"Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas." (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa."(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

"Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya."(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

"Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air."(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

"Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air."(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu."(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

"Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa."(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah:

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

"Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk." (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

"Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah."(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.(Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

"Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan."(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: "Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota." (Faidh al-Qadir, 2/500).

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

"Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah." (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

"Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat."

(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

source : sini

Wednesday, August 26, 2009

10:Bubur Lambuk



Bahan-bahan:-
Beras 3 cawan
Pucuk midin
Daun kunyit sehelai
Daun halia sehelai
Daun kesum
Pucuk manis
Santan kelapa (sebiji)

Bahan untuk ditumbuk:-
10 ekor Ikan sardin(orang terengganu panggil ikan selayang) direbus dan diambil isinya
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia

Cara-cara:-
Jerang beras dengan 6 cawan air (sukatan dier 1 cawan beras 2 cawan air) hingga jadik bubur..(pekat)
Pastu masukkan pucuk2 yang ada kat atas...
Pastu masukkan bahan tumbuk ,garam,gula,pak aji secukup rasa...
Pastu masukkan kerisik (Kelapa parut di goreng dan ditumbuk sampai keluar minyak,1/3 dr sebiji kelapa)
Pastu masukkan santan dan biarkan mereneh seketika..

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha