Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, May 14, 2010

62 : Cucur badak



 Bahan-bahan :-

600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:

½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai

10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air

Cara-caranya  :-

Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Thursday, May 13, 2010

How Many Wiggies?



Sila kira! 207 kan??Banyaknya wiggies, bagi aku satu boleh?hahaha.Kalo korang hebat sertai ujian mengira kat bawah dan tweet jawapan anda ke  @ProjectAlphaMY dan @P1W1MAX, dan masukkan hashtag #wiggycount. The first 10 correct/closest guesses will win a P1 bag each, and your readers can guess too!


Jom layan Project Alpha Season 2 Episode 22 hingga 25.


EPISODE 22


EPISODE 23


EPISODE 24


EPISODE 25



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

I Blog About Food – Pick Me!



Blog Name / URL - Aku Bukan Chef  http://mieeliss.blogspot.com

When do you start blogging? - Mula berbelog sejak tahun 2006 iaitu di belog http://elissmie.com dan dalam belog tu sendiri ada banyak jugak entry pasal makanan/dan review tempat makan  selain cerita peribadi dan tutorial di bawah label juadah.Di belog ini bermula pada July 2009.

Introduce yourself and your blog - Sebenarnya belog ini di buat untuk my hubby, since dia tak berkesempatan untuk update belog , saya meneruskan usahanya untuk berbelog.Blog ini bukanlah memuatkan resipi semata-mata tetapi. turut memberikan beberapa tips berkenaan keselamatan terutamanya untuk para pemasak dan pemakan sekalian...almaklumlah my hubby ni keje dalam bidang keselamatan, kesihatan dan alam sekitar...bahagia berkongsi dan berkongsi bahagia katanya.Info berkaitan dengan keselamatan adalah diemail oleh my hubby kepada saya untuk dipost ke dalam belog ini.iika ada yang berminat untuk menghantar resepi emailkan pada elissmie [@] gmail [dot] com. Nanti resepi itu akan dilinkkan kepada empunya blog tersebut :) (untuk tambahkan hits) Konsep yang diwujudkan dalam blog ni, sharing is caring :) Untuk menambah pendapatan belog ini jugak hehehe. :)

Why do you blog about food? - Sebab kecintaan kami terhadap makanan maka terhasil lah belog ini. Lagipun my hubby ni, anak seorang tukang masak.So, dia pandai menilai yang mana tempat makan yang sedap dan tak sedap berdasarkan tekak dia lah.hehehe.So, makanan tu kira dekat sangat lah dengan kitorang.Maka terhasillah belog ini.

Do you make money with your food blog? -Cuma pasang iklan Nuffnang sahaja pada belog.Ada ke orang nak beli kalo aku masak ni? Biasanya majlis kecil-kecilan di rumah, saya masak sendiri lah.Hari biasa memang saya masak sendiri dan mendapat komen dari my hubby utk sentiasa memperbaiki mutu masakan..J

Why should we pick your food blog? Untuk menambahkan keceriaan kepada industri belog masakan/makanan dan saling bertukar-tukar resepi dari seantero dunia.Cita-cita tinggi melangit.Medium ajer tiada :)Mungkin dengan peluang menyertai MBP ini peluang terbuka cerah.Insya Allah.

    MBP – http://mombloggersplanet.com
    Contest Page – http://mombloggersplanet.com/contest-i-blog-about-food-pick-me/

    Wednesday, May 12, 2010

    61 : Laksa Johor /Laksa Johor Asli /Laksa Johor Ori


     Bahan-bahan:-

    150 gm udang kering (rendam -mesin)
    sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
    20 biji bawang kecil
    20 tangkai cili kering
    10 biji bawang putih
    1 inci halia
    2 senduk kari ikan (adabi)
    10 keping asam keping
    1 biji kelapa (kerisik)
    1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
    5 batang serai
    2 inci lengkuas (ketuk) 1 paket sphageti (rebus 10 minit)
    50 sen taugeh
    Daun selasih/kesom
    Timun (buang isi/biji) racik halus
    Limau kasturi
    Lobak asin halus
    Sambal belacan
    600 gm laksa (direbus)
    1 biji timun (dihiris)
    1 biji bawang besar (dihiris)
    1 tangkai daun salad (dihiris)
    1 batang bunga kantan (dihiris)
    1 tangkai daun kesum (dihiris)


    Cara-cara:-

    Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

    Tuesday, May 11, 2010

    60: Satar / Satar Kuala Kemaman

     Bahan-bahan ( 5 org makan )

    • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
    • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
    • 8 biji buah keras
    • 2 cm halia, dicincang halus
    • 3 biji bawang merah, dihiris
    • 1 ulas bawang putih, dicincang
    • 150 g kelapa parut putih
    • garam
    • 1/2 camca gula
    • 1 camt belacan
    • 2-3 biji lada merah, dicincang
    • 1-2 camt serbuk lada
    • 1 helai daun salam, dimayang
    • 1 helai daun kunyit, dimayang
    • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
    • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

    Cara-cara

    1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
    2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
    3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
    4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
    5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak. 
    Resepi credit to : here

    Monday, May 10, 2010

    59 : Sotong Celup Tepung


    Bahan-bahan:-


    2 Sudu Tepung jagung

    2 Sudu Tepung gandum

    2 Sudu Tepung beras

    3 biji telur & sedikit garam

    (dipukul)

    6 ekor sotong (potong bulat)


    Cara-cara:-

    Bersihkan sotong (buat kulit hitam dulu)

    kemudian toskan airnya

    3 jenis tepung (dicampur, gaul)
    panaskan miyak, celup sotong kedalam telur kemudian gaulkan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan. Sedia Untuk dihidangkan.

    Wednesday, May 5, 2010

    58 : Seafood Pasta Carbonara


    Bahan-bahan:-

    1 tin sos carbonara dalam tin
    1 paket spagetti
    Udang
    Sotong
    Bawang Putih
    Cendawan butang


    Cara-cara:-

    Celur spageti seperti arahan pada paketnya.Toskan.Untuk elak melekat, masukkan sedikit minyak ke dalam air untuk mencelur spageti.

    Celur udang dan sotong.

    Tumis bawang putih dan masukkan sos carbonara.Masukkan udang dan sotong yang telah direbus sebelumnya dan cendawan butang.Taburkan keju jika suka.

     
    Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha