Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, May 11, 2010

60: Satar / Satar Kuala Kemaman

 Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara

  1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak. 
Resepi credit to : here

4 sedang makan:

honeyz said...

mmph satar... Honeyz suka sangat satar ni. Kalau ada member gi balik Terengganu mesti kirim.

Norfa Lyana said...

waaau..cm sedap...lama dah xmakan..
nih da balik ganu bleh la carik..sape nk??
carik snedirik.heheh

Fiza Nordin said...

wow ade resipi satar...sukernye kat satar walaupun sy ni bukanlah org ganu.takpun kawin ngan orang ganu...alah, 1 malaysia!!!

Amalia Zaini said...

First recipe found!!!Saya baru buka kedai di Cherating...nak tambah menu Satar besides Satay Tradisi @ my Sizzling's Corner...kira baru nak cuba lah ni...hopefully menjadi....

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss