Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Monday, May 21, 2012

Laksa Terengganu / Laksa Kuah Lemak Putih



Bahan-Bahan

Laksa:

  • ½ kg laksa beras

Ulaman:
  • 1 biji timun (dihiris)
  • 2 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 30 sen tauge
  • Seikat daun kesum(dihiris)
  • seikat tenggek burung (dihiris)
  • pucuk daun ketereh (gajus - dihiris)
  • pucuk ceylon dan lain-lain pucuk yang ada :)

Kuah (Bahan A):
  • 3 ekor ikan selayang (sardin) direbus dan dibuang tulang.
  • 4 labu bawang merah (ditumbuk halus)
  • 1 camca besar lada hitam
  • 1 peket santan kotak
  • 2 camca besar gula pasir, garam secukup rasa

Sambal
  • 100 gm cili boh untuk tambahan rasa dan garam serta belacan


Cara-cara

  1. Bahan-bahan A dicampurkan bersama santan.
  2. Masukkan gula dan garam
  3. Masak hingga menggelegak, kemudian angkat.
  4. Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.


resepi asal : credit resepi to : here

2 sedang makan:

sawaNiLa said...

laksa teganu and laksa kelantan sama ke lain?

Eliss Mie said...

sama ajer :)

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss