Kerang memang enak sekiranya dimasukkan ke dalam Char Kue Tiaw, dibuat sambal kerang, rendang dan sambal tumis. Namun, agak sukar juga untuk mengopeknya memandangkan cengkerangnya akan tertutup apabila kita menyentuhnya. Mungkin anda boleh mencuba petua ini sekiranya ingin mengopek kerang.
 
BAHAN-BAHAN:
  • Kerang
  • Air
  • Minyak masak
 
 
CARA MEMBUATNYA:
 
1. Basuh kerang sehingga bersih.
2. Masukkan ke dalam periuk merebus.
3. Rebus di atas api dan masukkan sedikit minyak masak. Bila cengkerangnya sudah terbuka bolehlah tutup api. Biarkan sejuk dan kopeklah isinya.