Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

80 : Biskut Makmur




Bahan Doh/Kulit

500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara-cara :-


1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.


resepi credit to : here

Friday, August 27, 2010

79 : Biskut Gajus



Bahan-bahan ( 150 kpg atau lebih mengikut acuan. )

* 225 g mentega - lembut
* 140 g gula icing - ayak
* 1 biji kuning telur
* 140 g gajus - panggang dan kisar halus
* 380 g tepung gandum - ayak
* 1 sk baking powder
* 1 sk emplex atau lacinta (jika tk ada tk apa)
* 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
* secukup kuning telur - utk sapu
* secukup kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan

Cara-cara

1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.Masukkan pula vanilli,emplex,baking powder,gajus kisar dan kacau sebati lagi.
2.Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
3.Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari,sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus.
4. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.
5. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.


resepi credit to : here

Thursday, August 26, 2010

78 : Biskut Shortbread


Bahan-bahan:

220gm mentega
70gm gula caster
250gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras, diayak bersama tepung gandum
1/4 sudu teh garam

coklat hiasan
190gm coklat masakan
1 sudu besar vege shortening
* Dicairkan melalui kaedah `double-boil`

100gm coklat putih
* Dicairkan melalui kaedah `double-boil`

Cara2:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. Jika agak melekit di tangan tambah sedikit tepung gandum.
3. Ratakan atas acuan pembakar yg telah dialas grease proof paper. Cucuk dengan garpu dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 40 minit.
4. Keluarkan dari oven dan biarkan selama 10 minit.
5. Tuangkan coklat masakan dan ratakan.
6. Titiskan coklat putih atau buat garisan halus menggunakan coklat putih dan gunakan lidi satay or hujun gpisau untuk melakar corak `marble` mengikut kreativiti sendiri.
7. Biarkan sehingga coklat benar2 keras dan boleh dipotong bentuk empat segi bujur.
* Lebih mudah jika menggunakan loyang cutter.


resepi credit to :here

Tuesday, August 24, 2010

76 : Coklat Chip

pic credit to : yorya.com


 Bahan-bahan:-

8 oz         butter
1/2 cwn     gula halus
3/4 cwn        brown sugar
2 biji        telor
2 cwn        tepong gandum
1 camca teh    baking powder
1 camca teh    baking soda
1 1/2 cwn    oat kisar kasar
1 cwn        coklat chip
1/4 CWN    KOKO
1 cmca        Vanilla
1 cwn kekacang cincang  ( walnut,hazelnut,gajus.badam dan sebagainya mengikut kemampuan

Cara-cara :-


Ayak tepong dengan baking powder, baking soda dan koko gaul rata

Dalam mangkuk gaul butter dan ke dua-dua jenis gula tadi kalau tak suka manis kurangkan sikit gula masukan telor dan vanilla

masukan kekacang yang telah dicincang, choklat chip dan tepong

gaul kesemua bahan tadi hingga sebati  buat bulat-bulat kemudian tekan dengan garpu untuk leperkan dan bakar

sumber : Kak Ray

Tuesday, September 15, 2009

14 : Tat Nanas



Bahan2:
Bahan-bahan untuk inti:
4 cawan nanas parut
3 ½ cawan gula
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan untuk kulitnya:
500 gm tepung gandum
300 gm tepung naik sendiri
500 gm mentega
2 biji kuning telur
¼ sudu teh serbuk vanilin

Bahan hiasan:
1 biji kuning telur dipukul sedikit
Bunga cengkih secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Cara2:
Ayak kedua jenis tepung dalam mangkuk adunan.
Masukkan mentega dan gaul sampai berbiji.
Tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit dan campurkan serbuk vanilin.
Uli perlahan. Biarkan selama 15 minit.
Sekiranya adunan terlalu lembut masukkan sesudu tepung gandum dan uli sampai sebati, sepertimana adunan tat biasa.
Ambil sejemput adunan.
Leperkan, masukkan inti dan bentuk seperti nanas.
Gunting atasnya untuk membuat kulitnya.
Cucukkan bunga cengkih sebagai tangkainya.
Sapu telur merah dan isikan dalam mangkuk kertas serta bakar sampai masak.

Resepi credit to : here

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha