Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Showing posts with label pengambilan uitm. Show all posts
Showing posts with label pengambilan uitm. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA e-PJJ (PENGAJIAN SEPARUH MASA DI iNED, UiTM) SESI MEI 2015

Permohonan kemasukan pelajar ke program Diploma e-PJJ (Pengajian Separuh Masa) sedang dibuka bermula pada 1 Februari 2015 sehingga 1 Mac 2015. Permohonan boleh dibuat di http://online.uitm.edu.my/ined/





Berita baik untuk kakitangan UiTM, tuan/puan layak menerima diskaun 50% yuran pengajian jika ditawarkan.

Calon yang berkelayakan juga boleh memohon biasiswa di bawah program MDAB iNED, maklumat lanjut di http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/
Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pusat Jaringan Industri, Pemasaran dan Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo (iNED)
Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Tel : +603.5544.8339 / 8341 / 8375/ 8340 / 8338 / 8337
Web : http://www.ined.uitm.edu.my/

Tuesday, April 8, 2014

PERMOHONAN PRA/DIPLOMA DI KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU UiTM SESI MEI 2014 & PERMOHONAN SARJANA MUDA e-PJJ/PLK SESI SEPTEMBER 2014

Dimaklumkan bahawa permohonan Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi September 2014  telah dibuka sehingga 25 Mei 2014 (Ahad), manakala tarikh akhir penghantaran borang permohonan dan dokumen sokongan pada 28 Mei 2014 ( Rabu).

Bagi permohonan Pra Diploma/Diploma secara usahasama dengan Kolej-kolej Bersekutu (KKB) pula, tarikh tutup permohonan online adalah pada 18 Mei 2014 (Ahad) dan tarikh akhir secara walk in di KKB pad 1 Jun 2014 (Ahad).


SESI KEMASUKANPERINGKAT PENGAJIANPERMOHONANTARIKH BUKATUTUP
SEPTEMBER 2014IJAZAHPERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA (KLIK DISINI)
25 MEI 2014
MEI 2014DIPLOMAPERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG MASA (KLIK DISINI)
2 MAC 2014
MEI 2014PRA/DIPLOMAPERMOHONAN PRA DIPLOMA / DIPLOMA KOLEJ BERSEKUTU UiTM (KLIK DISINI)
11 FEBRUARI 2014
18 MEI 2014

Cara Memohon :-

1. Pemohon dikehendaki untuk membeli wang pos di mana-mana kaunter Pejabat Pos Malaysia
atas nama Bendahari UiTM dengan harga RM10 bagi setiap permohonan.

2. Permohonan boleh dibuat melalui :

• Aplikasi atas talian (online) : sila ke laman sesawang  www.online.uitm.edu.my/ined/
untuk mengisi borang permohonan. Pemohon diminta untuk membaca terlebih dahulu
“Syarat Kemasukan Program Akademik” sebelum mengisi borang permohonan.

• Datang terus (walk-in) ke Kolej-kolej Bersekutu pilihan masing-masing dengan
mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
i. Salinan kad pengenalan Calon, Ibu dan Bapa
ii. Salinan sijil kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
iii. Salinan sijil keputusan peperiksaan SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Nota : Semua salinan dokumen i, ii, dan iii di atas hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Pengambilan Pelajar iNED di talian 03-5522 5291/5584/5406.


Thursday, December 6, 2012

Pengambilan Pelajar Lepasan SPM ke INTEC Education College Kemasukan Januari 2013


International Education College (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 telah membuka pengambilan pelajar tajaan persendirian sesi Januari 2013. Oleh itu pihak INTEC ingin mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon program-program yang ditawarkan. 

Maklumat tentang program yang ditawarkan dan syarat kemasukan adalah seperti di bawah:

Bidang Tawaran
Program                   : Australian Matriculation Programme (AUSMAT)
Jangka Masa         : 11 bulan

Program                   : A-Level Programme (A-Level UK, A-Level MEDICINE )
Jangka Masa         : 18 bulan

Program                   : American Degree Foundation Programme (ADFP)
Jangka Masa         : 12  bulan

Program         : INTEC Apprentice Programme in Professional Business Accounting (APPBA)
Jangka Masa         : 12 bulan

*Syarat Kemasukan

Calon-calon SPM 2012 boleh memohon dengan keputusan peperiksaan percubaan  SPM 2012

Bahasa Malaysia        : Minimum C
Bahasa Inggeris          : Minimum B+
Minimum empat B+ dan satu B dalam subjek-subjek lain.

Bagi program APPBA
Bahasa Inggeris         : B+
Matematik                  : B+
Dan 5A- dalam subjek-subjek lain

Tarikh Tutup Permohonan

1 Januari 2013

*Terbuka hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja

Sebarang pertanyaan sila hubungi Prof. Madya Zurina Mahmood (03-55227062), En. Nordin Sharif (03-55227232) atau emailkan pertanyaan anda ke zurin111@salam.uitm.edu.my atau nordi734@salam.uitm.edu.my.

Untuk memohon sila klik pada pautan ini:
http://intec.uitm.edu.my/component/content/article/294.html

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program-program lain sila layari laman sesawang berikut:
http://intec.uitm.edu.my/

Tuesday, October 30, 2012

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda iNED, UiTM (e-PJJ & PLK) Sesi Kemasukan Mac 2013


Permohonan mengikuti Program Sarjana Muda iNED (e-PJJ & PLK) Sesi Kemasukan Mac 2013 telah dibuka - 25 September 2012 (Selasa). Permohonan boleh dibuat melalui online:

Klik disini ---->> Permohonan Online Ijazah Sesi Kemasukan Mac 2013  

Pelawaan untuk memohon pengecualian "Yuran Bayaran" melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (iNED). Keterangan lanjut -->> sila klik disini  http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/ **untuk staf UiTM sahaja.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 November 2012 (Selasa) dan tarikh akhir penerimaan borang permohonan & dokumen sokongan adalah pada 30 November 2012 (Jumaat).

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Unit Pengambilan Pelajar, 03-5522 5443 (Pn. Syakira) / 03-5522 5291 (En. Syurahbil) / 03-5522 5444 (En. Azu) dan 03- 5522 5484 (Pn. Kartini).

Permohonan boleh dibuat melalui http://online.uitm.edu.my/ined/  Mohon kerjasama tuan/puan agar dapat memanjangkan hebahan emel ini kepada calon-calon yang berminat.

Tuesday, April 24, 2012

Tawaran Meneruskan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Secara e-PJJ/PLK Sesi September 2012



Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi KPM / Diploma untuk menjadi siswazah UiTM dengan mengikuti Program Sarjana Muda yang ditawarkan.


Untuk Melihat Program-program yang ditawarkan berserta syarat-syarat kelayakan --> Sila Klik disini.
  • Pelawaan untuk memohon pengecualian "Yuran Bayaran" melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (InED). Keterangan lanjut -->> sila klik disini
  • Untuk Permohonan Borang Online e-PJJ/PLK sesi September 2012 ------->> Sila klik disini.
  • Untuk Keratan Iklan Di Akhbar ------->> Sila Klik Di sini
  • Tarikh akhir penerimaan borang permohonan e-PJJ dan PLK adalah pada 23 Mei 2012 (Rabu)
Sila Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut Permohonan-->> Klik Disini

Maklumat lanjut :  http://www.ined.uitm.edu.my.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha