Friday, December 2, 2011
Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia di Kompleks Centrum Setiawangsa

Dapur Berasap Pada Jam
10:40 AM
0
sedang makan
Wednesday, June 1, 2011
114 : Gulai Tempoyak Ikan Patin Temerloh
Bahan-Bahan:-
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya
Stok ayam
Cara-cara:-
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )
Masukkan air stok ayam dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.
sumber : resepi diraja Pahang - TV
Memerlukan 3 orang lagi untuk cash out churpchurp :p kalo berani silalah register churpchurp dengan klik sini laju-laju... Tak rugi tau sebab korang pun boleh dapat duit :)
Wednesday, January 26, 2011
108 : Ikan Tongkol Masak Sambal
Ikan tongkol seekor direbus
Air Asam jawa
Belacan 1/2 inci
Cili giling / Cili boh
Bahan B
Bawang merah 3 bijik
Bawang putih 2 bijik
Halia satu inci
Cara-cara:-
Goreng ikan dan ketepikan.
Kisar Bahan B.Tumiskan.Masukkan cili giling.Biar mendidih.Masukkan air asam jawa dan belacan.Letakkan gula, garam dan sedikit bahan perasa.Tunggu sampai menggelegak.Masukkan ikan yang telah digoreng.
Tuesday, January 25, 2011
107 : Ikan Jeruk Goreng
Bahan-bahan :-
2-3 keping ikan tenggiri yang telah dijeruk
3-4 ulas bawang merah dicincang
Sebiji limau nipis
Cili padi ikut tahap kepedasan dicincang
Tomato dicincang
Cara-cara :-
Goreng ikan jeruk sehingga garing. Perah asam limau nipis dan gaul bersama bahan-bahan yang lain sehingga mesra.
Sedap dimakan bersama nasi panas :)
Wednesday, October 13, 2010
91 : Resepi Sardin Segera
Bahan-bahan :-
Satu Tin Sardin
Garam secukup rasa
Limau Nipis dan Lemon Secukupnya
Bawang Merah dipotong nipis
Tomato 1 biji dicincang dadu
Cili padi ikut suka
Cara-cara :-
1) Tuang Kuah Sardin kedalam bekas.Jangan keluarkan ikan lagi.
2) Masukkan sedikit garam dan kacau rata.
3) Masukkan ikan sardin kedalam bekas .
4) Perah asam limau dan lemon secukupnya.
5) Masukkan bawang merah dan tomato dan cili padi.
Siap ! Enak dimakan dengan nasi panas-panas dan telur dadar :)
Wednesday, August 25, 2010
77 : Siakap Stim Halia
Bahan-Bahan :
1 ekor siakap
3 ulas bawang merah ( di mayang halus)
2 ulas bawang puteh (di mayang halus)
½ cm halia (dimayang halus)
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang puteh (kisar)
1 cm halia(kisar)
1 cm lengkuas(kisar)
2 btg serai(kisar)
100 gram cili kering (kisar) (kalau nak pedas tambah)
minyak utk menumis
gula & garam secukup rasa
asam keping/asam jawa
Cara:
Bahan A
Setelah bersihkan ikan letakkan dlm pinggan pengukus kemudian masukkan bahan-bahan yang di mayang tadi.Kemudian kukus ikan sehingga separuh masak.
Bahan B
Kisar semua bahan- bahan B kemudian tumiskan sehingga naik minyak dan bahan-bahan B masak dan masukkan garam,gula dan asam jawa atau asam keping secukup rasa.kemudian taburkan keatas ikan kukus yang separuh masak tadi dan kukus sehingga ikan masak sepenuhnya.Setelah masak angkat dan hidang kan
Tambahan:
Sedap dihidang kan panas semasa hendak makan
resepi credit to : here
Wednesday, June 2, 2010
69: Laksa Penang
Bahan-bahan :
Sebungkus laksa yang direndam dan ditoskan.
Kuah Laksa:
5 ekor ikan sardin
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tambahan :
Timun
Bawang besar
Daun selom
Nenas
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
Cara-cara :
1. Ikan dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan
jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan-bahan yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan-bahan tambahan. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

Dapur Berasap Pada Jam
2:07 PM
1 sedang makan
Wednesday, May 12, 2010
61 : Laksa Johor /Laksa Johor Asli /Laksa Johor Ori
Bahan-bahan:-
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk) 1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus
Sambal belacan
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara-cara:-
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

Dapur Berasap Pada Jam
2:06 PM
3
sedang makan
Tuesday, May 11, 2010
60: Satar / Satar Kuala Kemaman
Bahan-bahan ( 5 org makan )
- 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
- 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
- 8 biji buah keras
- 2 cm halia, dicincang halus
- 3 biji bawang merah, dihiris
- 1 ulas bawang putih, dicincang
- 150 g kelapa parut putih
- garam
- 1/2 camca gula
- 1 camt belacan
- 2-3 biji lada merah, dicincang
- 1-2 camt serbuk lada
- 1 helai daun salam, dimayang
- 1 helai daun kunyit, dimayang
- Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
- Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)
Cara-cara
- Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
- Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
- Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
- Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
- Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

Dapur Berasap Pada Jam
10:18 AM
4
sedang makan
Monday, February 22, 2010
49 :Ikan Bawal Masak Diraja
125 ml / 4 fl oz Minyak untuk menggoreng
3 ulas Bawang putih, potong dadu
¼ Cup / 2 oz Gula
½ Cup / 4 oz California Golden raisins, potong dadu halus
2 sudu makan / 1 fl oz Air Asam Jawa
6 cili merah, ditumbuk halus
1 Potong daripada Mangga, potong menjadi dadu
3 sudu makan / 1 ½ fl oz Tomato Ketchup
Kaedah
Ikan bawal digoreng, sampai rangup. Sisihkan.
Tumis bahan tumbuk. (bawang putih dan cili) Tambahkan California Golden raisins, mangga dan bahan lain untuk sos. Biarkan mendidih. Tambah Cuka, Garam dan Gula secukupnya. Boleh tambah Tepung Jagung untuk mengentalkan sos. Tuangkan di atas ikan dan sajikan.
Tuesday, February 9, 2010
47:Ikan Bawal Putih Masak Serai
Bahan-bahan:-
Ikan bawal putih
Cili padi
Batang saderi
Serai
Bawang Merah
Bawang putih
Cara-cara:-
Tumis bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan air.Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.Apabila menggelegak, masukkan ikan .Tambah garam dan bahan perasa.Dan letakkan batang saderi dan cili padi.Angkat!
Saturday, January 2, 2010
44 : Sambal Tempe Ikan Bilis/Sambal Goreng Tempe Ikan Bilis
Bahan-bahan:-
1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang....]
1 cawan ikan bilis.. goreng garing
Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka
1 s/b cuka
minyak
garam
gula
Cara memasak:-
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...
resepi credit to :here

Dapur Berasap Pada Jam
8:30 AM
1 sedang makan
Thursday, December 31, 2009
43: Ikan Pari Asam Pedas
Bahan-bahan:-
500 gm ikan pari [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam
Bahan mesin:-
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air
Cara-cara:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.
resepi credit to :here
Tuesday, December 1, 2009
35 : Ikan Celup Tepung
Bahan-bahan ( 3 orang )
- 3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan)
- 3 camb tepung beras
- 1 camt serbuk kunyit
- sedikit kapur
- sedikit garam
- air secukupnya utk bancuhan
- 1 biji telur
- minyak yg banyak utk menggoreng
Cara-cara
-
Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
- Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
-
Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
-
Kemudian goreng sampai btl2 garing.
- Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba!
Monday, November 9, 2009
28 : Ikan Singgang
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan tongkol
Bendi (ikut suka)
Bahan A:-
1 inci lengkuas
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 keping asam keping
Cili padi (ikut suka)
Cara-cara:-
Rebus kesemua bahan A sampai mendidih..lepas tu masukkan ikan dan bendi..letak garam dan serbuk perasa..
Friday, November 6, 2009
27 : Sate Ikan
Bahan-bahan Pemprosesan Sate Ikan
100% Ikan
1.6% Halia
0.85% Lada putih
8% Gula
3% Cili Boh
3% Kicap Cair
1% Cuka
0.75% Garam
0.75% MSG
25% Air
Cara-cara Pemprosesan Sate Ikan
Penyediaan Ikan
1. Ikan disiang dengan membuang kepala, ekor dan sisik. Ikan kemudian dibelah dari bahagian bawah dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu.' Bersihkan dari kotoran darah dan lemak.
2. Ikan yang telah siap dibersihkan, dijemur di bawah cahaya matahari sehingga kering (1 hingga 3 hari).
3. Ikan yang telah kering dinipiskan dengan menggunakan mesin penggelek. Ikan dicelup ke dalam kuah 5 hingga 10 minit, kemudian dibakar dalam ketuhar pada suhu 130 0 C hingga 140 0 C sehingga ranggup.
2. Masak bahan campuran sehingga mendidih dan ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan.
resepi credit to : here
Tuesday, September 29, 2009
17 : Rempah Ikan Bakar
Bahan-bahan:-
Cili boh
Bawang merah dan bawang putih (dikisar sekali)
Serai dan halia(dikisar sekali)
air belacan
Gula melaka 1 ketul
Gula dan garam secukup rasa
Bunga kantan dikisar
Daun limau purut 3 helai
Cara Menyediakan:-
Panaskan minyak...
Tumiskan cili boh sehingga garing..
Lepas tu masukkan gula melaka..
Tumiskan pula bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..
Pastu masukkan serai dan halia..
Pastu masukkan bunga kantan yang dikisar tadi..
Masukkan air belacan,gula dan garam secukup rasa dan daun limau purut
Memula tu bakar ikan ala2 setengah masak macam tu, balik depan belakang, kendian taruk rempah ikan bakar ni dlm ikan tersebut.. selepas itu ikan di balut dengan daun pisang atau aluminium foil..
Tuesday, August 25, 2009
9: Ikan Percik
Bahan-bahannya-utk 4 orang makan:-
Bahan A
2 atau 3 batang serai
cili boh
santan
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
bawang merah 4 bijik
bawang putih 2 biji
santan kalo kotak kecik dah laa(separuh guna masa nak blend, separuh buh dlm periuk)
Bahan B
asam keping
bahan perasa
gula
garam
jgn dilupakan ikan..
cara-caranya:-
UTK KUAH
sila blender kesemua bahan diatas ok(bahan A)..dengan santan tau..kalo x nak pekat sgt tambah air sket coz aku guna kotak nyer santan..kalo tak,biasa guna air lebihan terakhir santan yang diramas..
kemudian masukkan kedalam santan yang telah diblender itu kedalam santan yang di dalam periuk tadi..
panaskan api...
bleh buh bahan B..
UTK IKAN
sila bakar ikan anda setelah dilumur garam+aji+kunyit mcm nak goreng tu..pastu kuah dier dituang keatas ikan itu bila dah hampir masak..jgn tuang semua..separuh jer..separuh lagi buat kuah la.
Friday, August 7, 2009
4: Ikan Pari Masak Kicap
Kacang panjang
Kubis bunga
air asam jawa
garam/sos tiram
gula/kicap
cili boh
Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara:
1. Ikan dibersihkan.Untuk hilangkan hanyir, basuh dengan air asam jawa.
2.Tumis bahan tumbuk dan goreng sampai garing dan naik bau.
3.Masukkan cili boh.Masukkan air asam jawa.
4.Masukkan kicap/gula dan sos tiram/garam secukup rasa.
5.Masukkan ikan dan sayuran.
6.Tutup dengan periuk untuk menjamin ikan pari betul-betul masak.
7.Sedia untuk dihidangkan.
p/s: resepi sendirik
Wednesday, July 8, 2009
2: Kerapu Sweet Sour
Bahan-Bahan:
1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
Garam secukup rasa 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
½ batang lobak merah dipotong kiub
½ batang timun dibuang biji & potong kiub
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
1 potong nenas dipotong kiub
½ cawan air
Cara-cara:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.
p/s: resepi credit to sini