Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Agar-agar Santan Kopi

 

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1000 ml air
  • 200ml santan kotak
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cawan kopi instant ( saya guna kopi power root ali cafe )  
Cara-cara
  • Satukan gula, serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  • Kacau sehingga mendidih dan tambah kopu
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau dengan garfu hingga menggelegak seketika
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

Thursday, June 6, 2013

Global Donut Day: Donut PERCUMA @ Dunkin Donuts ( 7 JUN 2013)

Global Donut Day @ Dunkin Donuts (7 JUN 2013) .Dapatkan Donut percuma apabila anda membeli mana-mana minuman dengan tambahan 10 % diskaun jika anda membuat pembayaran dengan Touch N Go. T& C Apply.




Thursday, July 28, 2011

Promosi Kuih Raya Hotel UiTM Kembali Lagi !!!


Promosi Kuih Raya Hotel UiTM Kembali Lagi !!!


Senarai Kuih Raya 2011


·        Biskut Makmur                             RM 18  / 50 Biji

·        Biskut Mazola                                RM 15  / 50 Biji

·        Biskut Bangkit Sago                     RM 18  / 50 Biji

·        Biskut Gajus                                  RM 18  / 50 Biji

·        Biskut Sampret                              RM 18  / 50 Biji

·        London Almond                             RM 20  / 50 Biji

·        Tart Nenas                                     RM 20  / 50 Biji

·        Choc. Chips                                    RM 20  / 50 Biji

·        Maruku                                          RM 15 (1/2 kg)

·        Kuih Kapit                                      RM 17 (1 Balang)

Kepada sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke Meranti Grill
 Hotel Uitm.
Dari 02 Ogos hingga 26 Ogos. Jam 12.00 tgh hingga 09.00 mlm.

Hubungi Zaini 017 2300545 / Hotel UiTM Shah Alam
Amy 019 3178483 (Hotel UiTM)

Tempahan juga boleh dibuat secara email ke


Seperti biasa tempahan tuan puan boleh dihantar terus ke pejabat atau mengambilnya di Hotel UiTM


Terima Kasih &Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Wednesday, March 23, 2011

Info : RM25 instead of RM56 for 12 Cupcakes + 10 Cream Puffs + 7 Cheese Tarts from Irenebakelove Online Bakery, Shah Alam [55% OFF]






Redemption period: 27 March 2011 - 31 May 2011




Jangan terlepas peluang untuk deal yang lebih hebat, daftar sekarang Klik sini laju-laju :)

Thursday, December 23, 2010

104 : Yong Tau Foo / Yong Tau Fu


Bahan-Bahan:


Bahan A :
Untuk Kuah

1.5 liter air rebusan udang/stok udang
4 keping biskut tawar
5 sudu petis
bijan
2 sudu kicap manis
2 sudu sos ikan
3 sos tiram
sedikit air asam jawa
sedikit gula merah
kalau nak pedas tambah sedikit cili boh.

Bahan B (ikut citarasa sendiri)

Kangkong
Fishball
Fish cake
Sosej
sotong kembang

Cara-cara :

Kesemua bahan dimasukkan ke dalam periuk kecuali bijan.biskut tawar hendaklah di blender hingga hancur sebelum masukkan ke dalam periuk. setelah itu tapis adunan kuah tersebut. Masukkam bijan, rasa dahulu, tidak perlu garam. setelah puas hati jerang sehingga pekat. kacau sekerap yang mungkin supaya tidak melekat di periuk.

Cadangan Hidangan:
makanan petang dan malam

resepi credit to : here

Thursday, November 4, 2010

99 : Lempeng Kelapa

Bahan-bahan:-

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan kelapa parut
* Air - ikut kepekatan
* Sedikit garam
* Minyak

Cara-cara:-

1. Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair.
2. Panaskan minyak dlm kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis.

Tuesday, November 2, 2010

97 :Cucur Badak


Bahan-Bahan:

600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:
½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai 10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air

Cara-cara :-

Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang.
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan.
 Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.

Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati.

Ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Thursday, October 28, 2010

95 : Sandwic Gulung


Bahan-bahan :-


Roti Sandwic
Sardin
Cili
Timun
Tomato
Perahan limau nipis
Telur
garam secukup rasa

Inti :-

Masukkan sardin kedalam bekas, dan masukkan garam dan kacau sebati.Masukkan perahan limau nipis, timun , cili dan tomato.

Cara-cara:-

1) Gelekkan roti dengan penggelek dan masukkan inti yang telah disiapkan tadi.Gulung dan celupkan di dalam telur untuk gam agar inti tidak terkeluar.

2) Goreng dengan api yang sederhana.Balik-balikkan.Sedia untuk dihidang.

Friday, October 15, 2010

92 : Tepung Suji / Tepung Talam Suji


* BAHAN LAPISAN BAWAH

* 1 1/2 cawan tepung suji
* 4 cawan santan pekat
* 3/4 cawan gula pasir
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning


* BAHAN LAPISAN ATAS

* 4 cawan santan pekat
* 2 sudu besar tepung kastard
* 1 cawan tepung gandum
* 3 sudu besar gula
* 1 cawan gula merah

Cara-cara :-

1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

2. Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.


resepi credit to : here

Friday, October 8, 2010

88 : Cream Puff


Bahan Pastry:


330 gm air
190 gm mentega
secubit garam
240 gm tepung gandum
9 biji telur
Custard Cream:
55 gm custard powder
2 biji telur
1 tin susu cair - dibahagikan dua
225 ml air
160 gm gula
½ sudu makan mentega
sedikit esen vanilla

Cara-cara untuk membuat pastry:

1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.

Cara-cara untuk membuat custard cream:

Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
Tapis dan ketepikan.
Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.

Tips : Pastikan yang adunan tadi sejuk dahulu jika tidak ia akan menjadi leper!!

resepi credit to http://resepi.mesra.net/Detailed/4222.shtml

Friday, September 3, 2010

82 : Kuih Tok Aji Serban Resepi Bonda


Bahan-bahan:-

Lapisan Bawah
1 cawan pulut untuk loyang bulat yang sederhana besar.
Santan cair
Garam
Gula
1 helai pandan yang disimpul

Lapisan Atas
Santan pekat dari satu biji kelapa
Gula pasir (secukup rasa)
Gula Melaka / Nisan Terengganu 1 ketup
5 biji telur
1 sudu teh garam
Air daun pandan

Cara-cara :-

Lapisan Bawah

1. Basuhkan pulut dan toskan sehingga tiada ada dalam beras pulut tersebut.
2. Masukkan santan cair ,2 inci dari ketinggian pulut tu.
3. Masukkan garam dan gula dan gaul rata dan daun pandan.
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil-sambil tu, jangan lupa kacau pulut tersebut supaya senang nanti nak potong.
6.Keluarkan dari kukusan.
7. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik dengan plastik.
*Masukkan kain dalam plastik dan tekan.Hati-hati pulut panas yer..

Lapisan Atas

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan tapiskan.Masukkan kedalam pulut tadi.
2. Jerang dahulu kukusan sampai menggelegak, kemudian baru masukkan loyang.
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru potong.

Tuesday, August 17, 2010

75 : Agar-agar Santan





AGAR-AGAR SANTAN

Bahan
1 peket agar-agar
5 cawan air
1 ketul gula merah seperti dibawah..kalo trg punya aku rasa 3 ketul kecil gula merah (nisan-panggilan org kat trg)


1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]/aku guna santan kotak 1 kotak..
2 biji telur ayam
1 helai daun pandan (mak ai banyak gila pandan aku beli..satu dahan baru 60sen)


Cara-cara
1. Masakkan agar2 dengan air dan daun pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendidih lagi.
3. Tapiskan (A) ke dalam agar-agar tadi.
4. Kacau. Biar mendidih sekali.
5. Angkat adunan dan tuangkan dalam loyang. (aku tadak loyang, so buh dalam bekas plastik jer..huhuhu)
6. sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Untuk bahagian (A)
1.Pecahkan telur dalam mangkuk dan buang pusat telur..yang warna putih tu utk hilangkan hanyir..(niza yang ckp ) -tenkiu niza..
2.Gaulkan telur dengan santan sehingga sebati.

p/s: aku guna santan kotak, so aku panaskan dulu ngan satu cwn air dan baru masukkan telur..kalo guna santan yang diperah bleh laa follow step diatas..

Monday, August 16, 2010

74 : Puteri Mandi




Bahan-Bahan:
250 grm tepung pulut
i sudu teh kapur makan
½ biji kelapa muda parut
2 ketul nisan trg or gula melaka seketul
4 sudu besar gula pasir
Air secukupnya
2 helai daun pandan (kisar amik air)
1 helai daun pandan (simpul)

Cara-cara:
Gaul tepung pulut bersama air pandan yang dibancuh dengan satu sudu teh kapur sedikit demi sedikit hingga tepung boleh diuli.Sementara itu didihkan air di dalam periuk. Bulat-bulatkan adunan tepung pulut sebesar guli dan tekan di tengahnya. Masukkan ke dalam air didihan. Buat hingga tepung habis.

Tips:Untuk tahu kuih sudah masak, ia akan timbul dan angkat dengan menggunakan tapisan teh. Ketepikan dahulu.

Masak nisan/gula melaka bersama gula pasir, kelapa muda, daun pandan dan kira-kira dua cawan air didihan kuih tadi. Biar pekat baru masukkan kuih tadi. Kacau-kacau seketika dan angkat.bleh mkn!

Monday, July 19, 2010

73:Tuna Rolls



1 can tuna, drained
1/2 c. onions, chopped
1 egg, beaten
1/2 c. celery, chopped
Pepper, salt or garlic powder to taste
1 can cream of celery soup
1 can crescent rolls

Mix the tuna, onion, celery, pepper, salt or garlic powder and beaten egg together in a bowl. Open the can of crescents and tear into triangles. Place a small amount of tuna mixture in the middle and fold all three sides together. Place on cookie sheet. Repeat to each crescent. Bake at 350 degrees for 10 to 12 minutes until brown.

In small pan make soup as directed on cans. When tuna is done place roll ups on a plate and spoon soup over tuna and serve. Makes 8 to 10.

credit to :here

Wednesday, June 23, 2010

70 : Portugese Egg Tart / Tat Telur Portugis





Ingredients

Crust

500g ready made puff pastry

Filling
200g whipping cream
300g milk
80g sugar
3eggs
3 egg yolks
1/4 tsp vanilla essence


How to make Portuguese Egg Tarts

1. roll our the pastry to a rectangular shape about 3mm thick. roll it up like a swiss roll. chill until firm.
2. divide the pastry into 25g portions, flatten the pastry and roll it into about 3mm thickness. press onto the tart moulds.
3. filling: cook whipping cream and mil until 70c.stir in sugar and cook until sugar dissolves. add into the beaten eggs and egg yolks. mix until well blended. lastly add in the vanilla essence. set aside to cool.
4. pour the filling into the pasrty tarts from step 2. then bake at 220Cfor 20-25mins.


resepi credit to :here

Friday, May 21, 2010

66 : Durian Pancake / Mango Pancake / Cempedak Pancake



Durian Pancake / Mango Pancake / Cempedak Pancake/(makes 6)

Pancake:
  • Flour - 60g
  • Sugar - 20g
  • Egg yolk - 3 each
  • Butter - 10g
  • Milk - 15ml

Filling:
  • Mango / Cempedak / Durian
  • Fresh whipped cream

Mix three egg yolks in a bowl, then add sugar and stir.
Add sifted flour in the mixture and stir.
Add milk, then melted butter and stir.

Lightly oil the fry pan with a paper towel. Put 2 spoonfuls of mixture in the pan on low heat so it won't burn. Turn the pancake with care. Wait until the pancakes cool down. Wrap it up with mango slices and some whipped cream before serving.

Note: It takes some practice to make a perfect pancake with no holes, no burns and the right thickness. Don't be frustrated if it does not turn out looking like the one in the restaurants, it's still very edible and very yummy.

Wednesday, May 19, 2010

65 : Akok Terengganu



BAHAN-BAHAN:-

500 gm gula pasir

500 gm tepung gandum

20 biji telur ayam

1 1/2 liter santan pekat


CARA-CARA :-

1. Telur dipukul bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan santan dan kemudian tepung gandum perlahan-lahan. Gaulkan hingga sebati.

3. Panaskan acuan dan sapukan dengan minyak.

4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan arang atas dan bawah.

Tuesday, May 18, 2010

64 : Kuih Dorayaki


Bahan-bahan ( 10 biji ) :-
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara :-
1.Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur.
Kacau adunan secara kaup balik.
Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
4.Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil,
masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5.Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang,
masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak.
Ulang sampai habis (20 keping).
6.Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake,
tutup dgn satu keping pan-cake.
Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Friday, May 14, 2010

62 : Cucur badak



 Bahan-bahan :-

600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:

½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai

10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air

Cara-caranya  :-

Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Tuesday, May 11, 2010

60: Satar / Satar Kuala Kemaman

 Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara

  1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak. 
Resepi credit to : here

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha