Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, October 30, 2009

25 : Jemput malas (cekodok)




Bahan-bahan:-

Gandum 2 cawan
Garam satu sudu
Bawang besar dicincang halus
Ikan Bilis

Cara-cara:

Masukkan gadum kedalam bekas..tuangkan air suam satu gelas besar.Masukkan garam, ikan bilis dan bawang serta lada .Gaul sebati.

Sedia untuk digoreng.Angkat.Hidang.

Wednesday, October 28, 2009

Info 11: V6 For Sale

Tip top condition
tahun 2002 (original V6 Engine) 
CD player +cassette player (2 in 1)
RM 43K (negotiable/bleh runding) 
XXX 9686 








Berminat/ Interested? Email him at norisdarmadi.mokhtar [at] citi [dot] com

Monday, October 19, 2009

Info 10: Ingin Kembali Dara?

Tajuk jer semua dah tahu kan?Itu adalah penangan BIDADARI.Sila rujuk entry INI.




So untuk berkongsi kebahagian malam pertama hari-hari, kali ni, aku nak war-warkan, Elyn telah berbesar hati mengadakan giveaway yang mana hadiahnya adalah sebotol BIDADARI.
AMARAN : ops, sorry bagi para mommies yang sedang mengandung, jangan dimakan yer :) dan yang tengah datang bulan atau jepun menyerang pun tidak sesuai hokay...dan bleh makan lepas beranak dan semasa tidak datang bulan..ambil 2 sudu sehari dan jangan minum air selepas sejam yer..guna sudu plastik gitu..Insya Allah, period pun teratur lepas minum BIDADARI ni...dan ramai yang melekat tau !

Berminat?? Jom tengok syarat-sayaratnya..simple ajer...

1. Tepek header Elyn dalam blog u all pastu jangan lupe bubuh link okeh.



2. Ha korang merepek la pasal blog dia lam entry tu pastu habaq mai kat dia yang u all dah siap entry tu lam komen entry di  SINI. Mood melekat ye sehingga "duedate"!!

3. Giveaway ni bermula arini iaitu 16/10/09 - 23/10/09.

4. Repekan yang paling kreatif akan dipilih oleh En Faiz @ the daddy Wafiq.

5. Hanya seorang peserta bertuah sahaja yang akan terima giveaway BIDADARI.

Monday, October 12, 2009

24 : Puding Trifle






Bahan-bahan:
1 tin susu cair
½ tin air sejuk
1 tin kecil mix fruit
1 biji swiss roll
2 sudu besar makan tepung kastard
1 biji telor
sedikit esen vanilla
Gula ikut rasa

Caranya:
  1. Masukkan tepung kastard dan gula dalam periuk. tuangkan susu cair serta air dan lebihan air buah td. masukan telur dan esen vanilla kacau hingga sebati .masak dengan api perlahan. kalau kurang manis tambah gula

  2. Potong swiss roll setebal 2 inci aturkan dalam bekas, tuangkan sedikit air buah2 td dan tuangkan adunan kastard dan taburkan mix fruit keatasnya, kalau suka boleh beli agar2 ready made warna ikut suka tuang pada lapisan buah2 tadi

  3. Sejukan dulu selapas tu boleh simpan dalam fridge


resepi ihsan : email dr kak ema, oleh pn mardziah (mantan boz)

Sunday, October 11, 2009

23 : Pulut Panggang




Bahan-bahan:- 
 

500 gm beras pulut (dikosek & ditoskan)
1 ½ cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2-3 sudu minyak jagung
90 gm udang kering (direndam,dibersihkan & ditumbuk)

Bahan Tumbuk:

 
2 batang lada merah
10 ulas bawang merah
½ sudu lada sulah
4 biji buah keras
1 culas bawang putih
½ biji kelapa (dibuang kulit arinya & dipatutkan & ditumbuk)
Daun pisang untuk membungkus (dilayurkan)
2 helai daun pandan
1 sudu garam

2.5 cm kunyit hidup
1 sudu ketumbar (direndang)
1 sudu belacan (dibakar)
½ sudu gula pasir
1 sudu garam


Cara-cara:- 
 

Dalam sebuah kuali mungkum,gaulkan pulut,santan,daun kunyit,daun pandan & garam. Kukuskan campuran itu hingga pulut masak tetapi tidak terlalu kembang (benyet).Keluarkan daun-daun itu & ketepikan pulut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana & gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit lagi.Masukkan kelapa,kacau & gorenglah sehingga kering. Jaga jangan sampai hangus. Rasalah garamnya & angkat dari api. Sejukkan. Bubuh sedikit pulut di atas pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.
Bahagikan inti dengan sama rata,& gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama 30 minit, dengan membalik-baliknya selalu. Hidangkan panas-panas atau sejuk dalam bungkusan.



resepi credit to :here

Saturday, October 10, 2009

22 : Puteri Ayu





Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. 
resepi credit to :here

Friday, October 9, 2009

21: Karipap

 

Bahan-bahan untuk doh:


½ kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Air garam (suam) Bahan-bahan untuk inti:
4-5 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus)
Bahan A:
5 tangkai cili kering (dikisar)
1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)
1-2 sudu besar lada hitam (dikisar)
2 kuntum lawang (dikisar)
5 kuntun bunga cengkih (dikisar)
1-2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Garam,gula dan MSG secukup rasa


Untuk membuat doh: 

Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan.

Untuk membuat inti: 

 
Kisar semua bahan-bahan A
Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar
Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu
Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa
Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari.
Masak sehingga kering 


resepi credit to :here

Thursday, October 8, 2009

20 : Popia Basah




A: KULIT POPIA

1kg tepung gandum
1 litre air
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil garam

Masukkan cuka makan dan garam kedalam air. Bancuh tepung di dalam bekas.. dan biarkan lebih kurang 1 jam. Gunakan tangan untuk membuat kulit popia.

B: BAHAN SOS

250 g lada kering, buang biji, rebus dan blend
200 g kurma (tanpa biji) atau ksimis hitam
Gula pasir/ perang secukup rasa (1/2 cawan), jika ingin rasa manis lebihkan sedikit.

Blend lada dan kurma berasingan. Masukkan dalam periuk.. masak dengan api perlahan hingga hamppir pekat. Masukkan gula dan masak lagi hinga betul2 pekat

Kacang tanah, disangai dan ditumbuk halus

C: BAHAN INTI

Kacang Panjang (hiris kecil2)
Taugeh
Kedua-duanya kacang panjang dan tauge dicelur dan ditoskan

Udang Kertas digaul dengan tepung jagung dan digoreng (deep frying) kemudian di cincang halus atau blend kasar.

Bawang merah dihiris nipis
Sedikit serbuk kunyit
Tahu di hancurkan
Sengkuang di hiris halus memanjang
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Panaskan minyak, masukkan bawang merah.. tumis hingga garing, masukkan tahu hancur dan akhir sekali masukkan sengkuang. Kacau sebentar dan toskan

CARA MENGHIDANG;
Sapukan kulit popia dengan sos.
Taburkan kacang tumbuk
Letakkan kacang panjang dan taugeh
Letakkan Sengkuang
Gulung seperti membuat kuih ketayap


resepi credit to :here

Wednesday, October 7, 2009

19 : Sambal Tumis Udang Petai




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan Untuk Dikisar~ 1) 15-20 batang Cili Kering (direndam hingga sdikit lembut) 2) 6 hingga 7 Ulas Bawang Kecil 3) 2 Ulas Bawang Putih
  • Bahan Lain~ 300-500gram Udang (Sederhana)
  • Sepaket Petai
  • Semangkuk kecil Air Asam
  • Garam dan Gula (Secukup rasa)
  • 1 Labu Bawang Besar (Dihiris)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

1- Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar dahulu.
2- Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik minyak
3- Masukkan petai dan udang, kacau rata.
4- Terus masukkan gula dan garam. Masukkan air asam dan kacau rata.
5- Biarkan sebentar, masukkan bawang besar yg telah dihiris, kacau.
6- Biarkan sehingga sambal pekat (ikut kepekatan yang diingini). Kacau dari masa kesemasa, angkat dan hidang

resepi credit to : here

Thursday, October 1, 2009

Info 9 : Majlis Suaraya Aidilfitri 2009 UiTM




Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM akan mengadakan Majlis Suaraya Aidilfitri 2009.  Majlis ini
diadakan bagi meraikan kedatangan bulan Syawal yang penuh keberkatan di samping
mengeratkan silaturrahim di antara warga UiTM khususnya. 

Sehubungan itu, seluruh warga UiTM adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini yang
akan diadakan seperti berikut:-

    Tarikh        :    2 Oktober 2009 (Jumaat)
    Masa        :    3.00 - 5.00 petang
    Tempat    :    Padang Kawad UiTM


Mohon tuan/ puan untuk menghebahkan kepada semua staf di jabatan/ bahagian/ fakulti/ unit masing-masing
berkenaan jamuan hari raya ini.

 
Blog Design by HereEdited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009Eliss.Mie.Nuha