Thursday, December 31, 2009
43: Ikan Pari Asam Pedas
Bahan-bahan:-
500 gm ikan pari [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam
Bahan mesin:-
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air
Cara-cara:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.
resepi credit to :here
Dapur Berasap Pada Jam 8:30 AM 0 sedang makan
Labels: ikan
Wednesday, December 30, 2009
Info 22 : Care For Your Gas Appliances
Care For Your Gas Appliances
Your gas appliances require utmost care for safety and reliability. We advise you to follow the instructions in the operating manual provided by your appliance supplier. In the event that you smell any disagreeable odour, witness overflow of flame or find an appliance unusually hot to touch while in use, stop using it immediately and call the appliance supplier. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dapur Berasap Pada Jam 8:30 AM 0 sedang makan
Labels: info
Tuesday, December 29, 2009
42 : Curly Fries
source : here
Dapur Berasap Pada Jam 8:30 AM 0 sedang makan
Labels: kuih muih
Monday, December 28, 2009
Info 21 :Safety in The Kitchen
Whether it's cooking for a party, or just making a cup of coffee for your loved ones, ensure that your kitchen is safe for you and your family. | ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
Note For heat generating appliance to function efficiently, it must have sufficient air and the correct air to gas ration for complete combustion. |
source : here
Dapur Berasap Pada Jam 5:46 PM 0 sedang makan
Labels: info
Friday, December 25, 2009
41 : Solok Lada
Bahan2:-
Lada hijau 10 biji
Santan +secawan air
Bahan2 untuk ditumbuk:-
Ikan selayang 4 ekor (direbus dan diambil isi)
Lada hitam 20 biji
bawang merah 3 ulas
bawang putih 1 ulas
kelapa parut (kelapa muda)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara:-
Lada hijau di belah dan dibuang biji..
Bahan-bahan tumbuk digaul dan dimasukkan kedalam lada hijau..
Kemudian, masukkan lada tersebut ke dalam periuk,buh santan dan secawan air..
Jerang sampai sampai santan kering
Dapur Berasap Pada Jam 8:30 AM 0 sedang makan
Labels: lada
Thursday, December 24, 2009
40 : Sambal Belacan
Bahan-bahan:-
- 1 cawan cili padi
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan garam
- 1 sudu besar belacan
- 1 biji tomato
- 1/2 biji bawang besar
- 1/2 biji lemon diambil airnya
- Sedikit air masak
Cara-cara:-
- Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
- Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
- Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
- Siap untuk dihidang
resepi credit to : here
Dapur Berasap Pada Jam 4:38 PM 0 sedang makan
Labels: lada
Wednesday, December 23, 2009
Curious kids need to be tough inside
Sleep has been linked to balanced hormone levels (including human growth hormone and the stress hormone, cortisol), keeping weight down, clear thinking and reasoning, improved mood, and vibrant, healthy skin. source:here
untuk Outlook- (Laughter and a cheerful Outlook). Penambilan yang gembira dan ceria.Saya memastikan my Nuha sering gembira dan ceria yang kita tahu pepatah ada menyebut Laughter is the "Best Medicine" dan secara faktanya, Sains telah menemui bahawa perasaan yang gembira mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh dari setiap sel yang dihasilkan hasil dari perasaan yang gembira tu.Untuk menggembirkan hati my Nuha saya membelikan permainan yang boleh merangsang bukan sahaja perkembangan minda malah mampu meningkatkan daya tahan badan hasil daripada perasaan gembiranya ketika bermain. source: here .
Entry ini ditulis adalah untuk tujuan contest INI. Nuffnangers yang ingin turut serta boleh rujuk di SINI. Register di SINI bagi yang belum menjadi Nuffnangers.
*Contest ends on 11.59pm, 27th December 2009.
For more information on Friso Gold Growing Up Milk Formula, please visit www.friso.com.my.
For a FREE trial pack, click here.
Dapur Berasap Pada Jam 11:28 AM 1 sedang makan
Labels: contest
Tuesday, December 22, 2009
Info 20: Correct timing to take water
Dapur Berasap Pada Jam 12:44 PM 0 sedang makan
Labels: info
Monday, December 14, 2009
39: Roti Jala
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation 1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning
Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.
Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.
Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.
Dapur Berasap Pada Jam 11:21 AM 0 sedang makan
Labels: dessert
Thursday, December 10, 2009
SWEET moments Contest by lensaMama
Nur Nuha Humayra
Age : 1 years 4 mth
Picture taken during last hari raya.This is very first time my Nuha makan ice cream..Muka nampak macam masam jer padahal sejuk ok!
This pic is for this CONTEST.
Theme for this contest is 'SWEET moments'. Get a picture of your baby/kid with anything that spells S.W.E.E.T! Be it a candy, ice cream, chocolate, cupcakes or lolipops. Just make sure it's SWEET ok! The SWEETer the better... Contest starts Today untill 15th Dec 09.
3. Entry must be submitted by the parents themselves.
4. lensaMama's decision is final and no correspondence will be entertained. Please respect lensaMama's credibility.
5. Venue of the photoshoot session shall be determine by lensaMama (we are based in KL).
6. lensaMama have the rights to change, amend, delete or add on to these T&C without prior notice.
7. lensaMama reserves the right to cancel the contest at any stage if deemed necessary in our opinion.
Dapur Berasap Pada Jam 5:04 PM 0 sedang makan
Labels: contest
38: Bihun Sup/ Mee Sup/ Mihun Sup/Kuey teow sup
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Dapur Berasap Pada Jam 4:07 PM 0 sedang makan
Labels: mee
Wednesday, December 9, 2009
MOBS END OF YEAR CONTEST
VOUCHER RM50 from Mrs Baby Cool
VOUCHER RM50 from Branded Baby Closet
Dapur Berasap Pada Jam 12:48 PM 2 sedang makan
Labels: info
Tuesday, December 8, 2009
37 : Soto Ayam
Bahan-bahan:-
- 1 ekor ayam - direbus
- Sup Bunjut ADABI
- B.merah, b.putih, halia - ditumis
- Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
- Suhun - digoreng
- [Hiasan]
- Bawang goreng
- Daun Bawang
- Daun Sup
- [Bahan kicap]
- 20 batang cili padi
- 2 ulas b.putih
- 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara:-
- Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
- Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
- Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
- Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
- Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
- Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *
- Akhir sekali, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
- Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
Dapur Berasap Pada Jam 10:32 AM 0 sedang makan
Labels: mee
Friday, December 4, 2009
36 : Daging Masak Halia
8 cm halia (dimayang)
1 sudu besar (rempah 5 spices atau rempah lima)
¼ cawan kicap masin 1 sudu besar tepung jagung
2 batang daun bawang putih (dikerat 5 cm)
2 sudu besar cuka
1 sudu besar serbuk lada hitam
Masukkan minyak ke dalam mangkuk kaserol dan panaskan dengan kuasa high selama seminit. Kemudian barulah dimasukkan halia. Tutup mangkuk rapat-rapat dan masak dengan kuasa high selama dua minit.
Keluarkan, kacau kemudian dan dimasukkan daging perap tadi serta masak dengan kuasa high selama tiga minit.
Larutkan tepung jagung dengan 3/4 cawan air kemudian tuangkan ke dalam daging bersama-sama batang daun bawang putih dan cuka serta masak selama tiga minit lagi. Kacau dan hidangkan panas-panas.
Dapur Berasap Pada Jam 10:15 AM 0 sedang makan
Labels: daging
Wednesday, December 2, 2009
Info 19 : Tauge
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
Dapur Berasap Pada Jam 8:00 AM 0 sedang makan
Labels: info
Tuesday, December 1, 2009
35 : Ikan Celup Tepung
Bahan-bahan ( 3 orang )
- 3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan)
- 3 camb tepung beras
- 1 camt serbuk kunyit
- sedikit kapur
- sedikit garam
- air secukupnya utk bancuhan
- 1 biji telur
- minyak yg banyak utk menggoreng
Cara-cara
-
Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
- Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
-
Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
-
Kemudian goreng sampai btl2 garing.
- Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba!
Dapur Berasap Pada Jam 10:47 AM 0 sedang makan
Labels: ikan