Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, May 25, 2010

68: Nasi Briyani / Nasi Beriyani / Nasi Briyani Gam/ Nasi Beriyani Gam Asli Johor




NASI BRIYANI


Bahan-bahan:-

Beras Basmati - direndam 15 minit
2 sudu rempah briyani
5 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
susu cair, minyak sapi.
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang bunga chengkih
buah badam, kismis hitam, biji gajus, daun pudina bawang goreng dan daun pandan.

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak sapi Tumis Bawang putih/ merah/halia dan bunga chengkih, bunga lawang, kulit kayu manis buah pelaga serta daun pandan
2. Bila sudah naik bau masukkan rempah briyani, susu cair dan masukkan air ikut sukatan beras.
3. Bila sudah mengelegak masukkan beras bila nasi sudah hampir kering masukkan buah badam, kismis, biji gajus dan daun pudina akhir sekali taburkan bawang goreng.


 NASI BERIANI GAM

Bahan-bahan:-
½ kg.daging - dipotong kiub
10 gm. Halia
25 gm. Bawang putih
30 gm. Rempah beriani
daun pudina

Blender halia, bawang putih dan daun pudina. Gaul daging dengan rempah beriani dan bahan yg.telah di blend.

Bahan utk. Menumis daging :
3 biji bawang besar - blender
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pala
Susu cair
Kulit kayu manis
Minyak masak (utk. menumis)
garam

Bahan untuk nasi beriani :
500 gm. Beras basmati
3 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
2 kuntum bunga cengkih
20 gm. Gajus
20 gm. kismis
2 ulas bawang putih
2 biji buah pelaga
halia
kayu manis
sedikit air mawar (utk. mewangikan nasi)

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak, tumis bawang, bunga cengkih, buah pala dan kayu manis.
2.Masukkan daging yang telah digaul tadi, kacau hingga pekat (kering) kemudian masukkan susu dan garam, kacau lagi hingga betul2 kering.
3. Panaskan minyak sapi, tumis halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih dan bawang besar yang telah di kisar. Masukkan beras dan air secukupnya, biarkan hingga tiga suku masak, kemudian masukkan ke dalam periuk daging tadi dan tutup periuk, biar sehingga nasi betul2 masak.

* Enak dimakan dengan acar rampai

2 sedang makan:

AMINUDDIN said...

nasi briyani tu nk masak tuk brapa org??byk mana satu kampit beras 10 kg ker?utk nasi briyani gam ok boleh fhm..

AMINUDDIN said...

cara tuk buat nasi briyani tu nk masak berapa byk berasnya..tak faham.10 kg beras ker?maaf....

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss