Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Tuesday, November 23, 2010

101 : Sayur Pedas Labu Air Bersama Cendawan Tiram Resepi Bonda


Bahan-Bahan:-

Sebiji labu air di belah dan dipotong separa bulat
5-6 kuntum cendawan tiram 
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan untuk ditumbuk :-

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

 2 ekor ikan selar/kembung/sardin direbus dan diambil isinya.
 Lada hitam mengikut tahap kepedasan

Cara-cara:-

1. Masukkan air, dan masukkan labu sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Tunggu sehingga labu empuk.Kemudian masukkan cendawan.
3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan :)

*Sesetengah orang tambah budu dan keropok, mengikut tekak masing-masing :)

1 sedang makan:

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

hye...dah follow, follow back ok... nice blog.. =)

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss