Tengah Makan Dengan Gembira Dan Lupa tinggal komen !

Friday, August 14, 2009

8:Siput Sedut Masak Lemak Dengan Batang Keladi



Bahan-Bahan:

3 kilo siput sedut (potong bahagian ekornye)
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
2 Sudu besar garam (ikut sesedap rasa)
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi (direndam bersama garam agar hilang gatal)kmudian direbus (jgn terlalu masak)
minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar


Cara-cara:


1.Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
2.Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam,
cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
3.Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
4.Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi,Tumis hingga naik bau.Masukkan serai tadi.Kemudian kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5.Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
6.Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7.Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
8.Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.

p/s:resepi credit to here.

0 sedang makan:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen, do visit my personal blog elissmie.com :)

xoxo,

Eliss